Nuffnangs

Friday, August 24, 2012

The Arrivals

Salam 6  Syawal...
 
Diam tak diam dah 6 hari kita beraya. Jap benar rasanya. Baru jer nak bercuti dah nak masuk keje. Frankly speaking, aku dah masuk keje hari ni. Habiskan keje yang tertunggak, lagipun aku ni kuli jer. Boss2 bolehlah cuti lamer2 kan.
 
Semalam dapat lepaking dengan member sekolah sebelah malam. Banyak gak yang diborakkan. almaklumlah dah lama x jumpa. Yang sorang tu memang kaki barang2 terpakai, dan suka repair barang2. So banyaklah benda yang dia ceritakan. Ada sekali tu dia kata, dia beli jam terpakai RM10 jer. Cek punya cek, jam tu dikira original sebab ada delima kat mesin dia. Dia kata sebelum dia beli memang dia akan pastikan jam tu berfungsi dengan mendengar bunyi mesin. Yang rosaknya jam tu cuma takde cermin. So sorang member dapat tau terus tangkap. Member jual RM50 jer. Betulkan cermin, kedai jam siap tanya mana dia dapat jam tu. Dia kata kalo second ni senang2 jer boleh RM4-5 ratus. Pergh mmg berbaloi.
 
member sorang ni mmg kaki cerita. Dia tanya kitaorg, pernah tak tengok siri The Arrivals kat youtube. Korang pernah dengar tak? Kalo korang tak tau, siri ni sebenarnya satu dokumentari yang memaparkan kisah perjalanan Antichrist (Dajjal) dari mula hingga sekarang serta agenda mereka. Termasuklah freemasonary dan adakah kita secara diam2 menyokong mereka. Ok korang boleh tengok di sini. Yang aku bagi ni dah siri ke 9. Korang boleh lihat dari 1st episod.  Dan selepas itu korang buatlah keputusan sendiri.
 
Kita ni hanya menyampaikan, semoga korang semua sedar tentang agenda tersembunyi dan telah bermula sejak dulu lagi. Sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh kamu yang paling nyata. Wallahualam...

Wednesday, August 15, 2012

Balik Kampung

Dengar citer dah ramai yg sudah bergerak atau memulakan perjalanan pulang ke kampung. Ada sorang member aku tu, mg lepas dah balik sbb kg dia kat Kuching. Mebbe flight susah nak dapat. Anyway aku ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kpd En Abdullah yang rasanya sdg bersiap dan berkemas dirumah keluarganya di Kuching.

Aku plak esok akan bergerak ke Nilai, N9. Kali ni mak mertua kata nak beraya kat sana instead of Putrajaya. Rasanya adik beradik ipar akan bersama, so akan crowded sedikit. jadi rumah di Nilai agak selesa berbanding apartment di Putrajaya.

Yang aku terkilan sbb PLUS highway hanya memberi diskaun bagi tarikh2 tertentu shj. Tarikh yg diberi tak kena langsung dengan aku. At least bagilah diskaun dalam tempoh seminggu sebelum dan selepas raya, barulah adil. Kalo tak 30% pun. 10% ke, 20% ke, taklah ralat sgt kan. Banyak tu kalo 30%, yelah kalo biasa dah RM30, lps diskaun cuma RM21 jer...ishk3x. Tak pelah bukan rezeki aku. Anyway thanks kepada Plus yg telah memberikan tips dan cadangan jadual perjalanan untuk mengelakkan kesesakan lalulintas di lebuhraya.


foto hiasan shj



Pesanan kepada semua pengguna jalanraya, berhati-hatilah dijalanraya dan sentiasa patuhi peraturan lalu lintas. Semua orang ada hak menggunakan jalanraya termasuklah penunggang basikal dan motorsikal. Jangan amalkan sikap pentingkan diri sendiri. Bukan hanya menyusahkan diri sendiri tetapi menyusahkan orang lain juga.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin

Tuesday, August 14, 2012

Lailatul Qadar

Semalam aku menziarahi channel 114 Al Hijrah, 30 Minit Ustaz Don.

Topik yang dibincangkan adalah berkenaan dengan Malam Lailatul Qadar atau Al Qadri.

Semua dah tahu yang malam tersebut adalah malam yang sangat ditunggu oleh ramai orang kerana jikalau kita bertemu dengan malam itu, ibadat yang kita lakukan adalah lebih baik daripada 1000 bulan. Maksudnya apa juga ibadah yang kita lakukan di malam tersebut akan digandakan berkali-kali ganda banyaknya.

Kenapa Allah sw memberikan kita umat Islam malam lailatul qadar ini? Ustaz Don menyatakan bahawa ada 3 cerita yang paling utama yang mana cerita2 ini adalah berkisar tentang kehebatan seorang atau 4 orang dari kalangan Bani Israel yang begitu hebat, gagah perkasa ketika berperang dan bertahajud kepada Allah sw di malam hari tanpa henti. Ini menimbulkan perasaan kurang senang dikalangan musuh2nya yang mana ingin menghapuskan. Kegagahan beliau ini akhirnya dikalahkan setelah beliau dipujuk rayu oleh isterinya yang telah dirasuah oleh musuh. Beliau memberitahu yang janggutnya ada beberapa helai yang sangat panjang dan itulah punca kekuatan beliau. Isterinya telah mengikat dia dengan janggut itu ketika tidur dan dapatlah musuh menangkap dan menyiksa beliau. Ketika disiksa inilah beliau telah memohon kepada Allah sw untuk melepaskan nya dan akhirnya beliau berjaya dan membunuh semua musuhnya.

Kekuatan dan keimanan beliau ini tiada tolok bandingnya tetapi Allah sw telah berjanji kepada umat Islam bahawa ada satu malam yang lebih baik daripada segala kebaikan dan ibadah yang telah dilakukan oleh pemuda Bani Israel ini. Itulah dia malam lailatul qadar. 

tapi bagaimana hendak bertemu dengan malam itu atau adakah formula untuk mengetahui adakah malam tersebut adalah malam yang dicari-cari.

Formula yang biasa diguna seperti banyak dibicarakan dalam hadis Nabi saw adalah carilah malam itu dalam 10 malam terakhir Ramadhan. Dan yang lebih tepat dalam malam2 yang ganjil di dalam 10 malam tersebut contohnya mlm 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan.

Dan smlm Ustaz Don juga ada mengatakan bahawa sekiranya malam tersebut adalah malam lailatul qadar, maka pagi hari tersebut akan merasa nyaman dan dingin walaupun matahari bersinar.  Ini adalah disebabkan turunnya para malaikat ke bumi untuk memberi rahmat. Jumlah malaikat yang begitu banyak yg menyebabkan suasana akan berlainan dan nyaman sehinggalah semuanya naik kembali setelah terbit fajar keesokkan harinya.

Ada juga yang mengatakan sekiranya malam itu adalah malam lailatul qadar, maka akan turunlah hujan rintik-rintik yang menyamankan bumi. Wallahualam.

Aku ingin berkongsi pengalaman aku pagi. Tapi tak taulah samada ia adalah petunjuk kepada malam yang dicari-cari ini.

Cuba korang lihat foto di bawah :-

 tompokan hitam yang seperti payung

Nilah adalah foto Gunung Lambak di Kluang yang diambil jam 7.15 pagi. Kita boleh lihat di atas gunung tersebut terdapat tompokan hitam yang dipercayai adalah awan seolah-olah memayungi gunung dilatari dengan cahaya atau kilauan matahari yang agak unik dibelakangnya.

Dan suasana pagi ini juga agak berangin dan sejuk. walaupun tiada hujan rintik-rintik seperti formula yang  dinyatakan di atas.

Lebih kurang 5 minit selepas itu dilihat awan tersebut bergerak laju meninggalkan gunung dalam keadaan sekata ke arah barat.

gumpalan awan yang bergerak laju


Samada malam ini adalah malam yang kita cari, wallahualam. Hanya Allah sw yang Maha Mengetahui. Apa yang perlu kita buat adalah meningkatkan ibadah kita pada malam-malam terakhir ini agar kita tidak terlepas malam yang lebih baik daripada seribu bulan ini. Semuanya adalah ketetapan ilahi. Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.

Kenapa 10 malam yang terakhir bukan malam2 yang awal. Sebab paling mudah adalah supaya kita mudah melakukan ibadah kerana telah berlatih sejak awal dan satu lagi adalah kebiasaannya banyak ujian dan cabaran kepada manusia ketika malam2 terakhir ni. Nak buat kuih raya lah, shoppinglah, dsbnya.

Wallahualam.

  

Monday, August 13, 2012

Robin Van Persie and Old Trafford

Berita hangat nih...Robin Van Persie dikatakan sahih ke Manchester United untuk season 2012/13.


Robin Van Persie

Pergh, nampaknya akan terancamlah seteru2 Man U kali ni. Dengan  kehadiran RVP, Welbeck yang berada di kemuncak prestasi, Chicarito yang telah pulih, Man U berada dilandasan terbaeeek  untuk mengungguli BPL kali ni. Pada aku biar Rooney main di posisi attacking midfielder kerana dia mempunyai keupayaan mengawal bola dan mengumpan yang baik.


Akan menjadi member kamceng



Pasti  Man City ternganga atau dengan kata kasarnya melopong gara2 gagal untuk membawa RVP ke gelanggang mereka walaupun mempunyai keupayaan dari segi kewangan. hahaha....kelakar siot. eh tak baiklah ketawakan orang. Anyway hardluck bg Man City dan team lain yang berhajat kat RVP nih.

Rasanya the Gunners lagilah terasa akan kehilangan RVP sebab ikut statistik season lepas majoriti jaringan dibuat oleh RVP sebanyak 30 gol. Kita tengok jelah masa mereka lawan Malaysia dan Kitchee. Mereka tiada striker yang baik, yang opportunis macam RVP. Anyway, untuk the Gunners gud luck k.

Kepada fan Man U, please don't put the whole burden to RVP if he doesn't perform well. Football is a teamwork game. Support and be supported. Chewah, cakap orang putih lak.

So kepada Robin Van Persie,  to the best and be the legend in Man U squad. The whole Man U fan will always support you.

VOLVO XC60

Korang pernah tengok citer Korea Love You Thousand Times..wifey lah yang ajar tengok citer tu. tapi selalu miss mlm Isnin, Selasa dan Rabu sbb hntr anak pg tuisyen. Channel 393 Astro selalu ada ulangan hari Ahad secara marathon utk siri Hari Isnin hingga Khamis. So mmg jarang2 miss lah.

Sbb apa tajuk aku kete Volvo. Dalam citer ni kete pelakon2 mereka semua volvo. kalo x salah akulah. Aku rasa ni semua kete sponsorship. Yg paling aku minat nilah jenis SUV yang Kang Ho guna. Mmg smart lah. SUV Volvo ni ada beberapa siri. XC60, 70 dan 90. Tapi paling aku minat adalah XC60 ni. X besar sangat dan cantik serta nampak gagah.


 Gold colour-sama spt yg diguna oleh Kang Ho

Warna merah pun ok gak. Cer tgk kat bawah ni.

Nampak garang kan...

tapi paling aku suka sbb interior dia memang cun bro...bila aku tengok Kang Ho drive, mmg rasa membuak-buak nak beli jer. Tp apakan daya kewangan x mengizinkan.

 seat kulit yang cantik dan mengujakan


 
 Ruang yang kemas dan nampak elegan


Nampaknya aku kena berusaha lebih keras ni, memang teringin nak pakai keta ni. Manalah tau kan. Rezeki tu Allah yang tentukan.  Specs aku  tak turunkan kat sini. Sorry  yer.

Anyway apa kereta idaman korang eh...nak tau gak.


Sunday, August 12, 2012

PERIA KATAK ATAU BITTER GOURD

Peria katak atau dalm bahasa inggeris Bitter gourd atau dalam istilah sains Momordica charantia.

Peria Katak

Korang pernah makan tak peria ni. Biasa dijual secara goreng nipis dan garing di kedai-kedai makan mamak atau india muslim atau restoran daun pisang. Memang sedap. Aku pun tatau macamana mereka masak dan goreng. Memang pandai mereka goreng kerana kerangupan kekal. Aku ada cuba gak goreng peria ni, tapi sekejap je dah lemau. mesti ada bahan rahsia yang mereka guna. Try juga risik2 tapi tak berjaya dapat resepi.

Khasiat perubatannya dikenali sebagai penawar penyakit kencing manis atau bahan pengawal kadar gula dalam badan. Tulah orang tua-tua kata, benda yang pahit biasanya adalah ubat. Tapi bukan nak kata apa, memang pahit sesangat. Ntah mcm mana aku mmg suka makan peria ni. Tak kiralah peria biasa atau peria katak.

Siapa yang belum dan takut nak makan peria ni, cubalah cari dan makan kat kedai mamak. Pasti anda semua teringat-ingat dan pasti nak cuba lagi.

CPUV dan CPC

Alhamdulillah bila check blog hari ni ada 2 campaigns masuk.  CPUV punya dah masuk 9hb Ogos lepas dan on going. Harap2 banyak le kan kali ni.

CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns

These are earnings from banner ad campaigns according to the number of unique visits the advertiser bought from your blog at the end of the campaign period.
CampaignBlogStart DateStatusCTRCTR BonusAmount
RHB Easy Smart Cardtalam keladi09 Aug 2012On Going0.00%0.05
Taylors University Open D...talam keladi02 Jun 2011Credited0.00%0.58
Maxis Nokia E7 LBtalam keladi14 Mar 2011Credited0.00%0.51
Nestle Milo Fuze 2011 LBtalam keladi07 Feb 2011Credited1.32%+0.110.43
LG Optimus One LBtalam keladi07 Feb 2011Credited0.00%0.34
Lens-page LBtalam keladi15 Jan 2011Credited0.00%0.26
Celcom XPAX Reload and Wi...talam keladi04 Sep 2010Credited0.00%0.53
Malaysian Airports LBtalam keladi08 Aug 2010Credited1.83%+0.381.50
DiGi Broadband Sustenance...talam keladi12 Jul 2010Credited0.85%+1.455.78
Anyway, blog ni mesti kena hari2 update baru bole pergi. Masalah kat aku ni, bila weekend jer malas nak buka laptop. Tu yang asyik miss n3 2 kali seminggu.

Apa2 pun aku nak terima kasih pada nuffnang walaupun takat ni belum boleh cash out lagi.

Alhamdulillah...rezeki bulan Ramadhan.

Friday, August 10, 2012

Petua Talamkeladi : Untuk Kecerdasan Minda Dan Melawan Kanser

Pernah dengar pokok lempoyang. Lebih kurang pokoknya macam pokok kunyit atau lengkuas dan isinya pun lebih kurang kunyit cuma ia tidak kuning mcm kunyit.

Pokok Lempoyang

Masa kecik2 dulu, mak aku rajin ambil lempoyang ni. Disagat lalu diperah airnya. Biasanya mak aku x bagi banyak sangat. Biasa gelas kecil tu suma kurang dari suku.

 Kami adik beradik akan beratur untuk minum. Siap dengan gula atau susu. Sbb lempoyang ni rasanya sangat pahit. Akan terasa di tekak selama beberapa jam. Sbb tu bila mak aku nak bagi minum ni, biasanya secara paksa. Tu yang siap gula, susu, atau air manis.  Biasanya kami akan diberi minum 2 minggu sekali.

Apa yang mak beritahu, minum lempoyang ni bagus untuk otak atau minda agar lebih cerdas dan mudah untuk belajar.

Sekarang baru aku tau, banyak lagi khasiat dia. Terutama sebagai agen melawan kanser. Ada juga yang cakap bagus untuk kulit muka. Tapi betul kot sebab kulit muka aku agak bersih dan tak berjerawat sehingga sekarang. Begitu juga dengan adik beradik aku yang lain.

So, korang bolehlah mula amalkan untuk minum lempoyang ni. Sesiapa yang muka berjerawat, nilah yang paling baik untuk anda.

Semoga berjaya semuanya.

Thursday, August 9, 2012

10 Lagu Raya Terbaik Pilihan Talamkeladi.com

Talamkeladi.com : 10 Lagu Raya Terbaik Pilihan

1. Dendang Perantau (Allahyarham Tan Sri P Ramlee)

2. Balik Kampung (Allahyarham Sudirman)

3. Dari Jauh Ku Pohon Maaf (Allahyarham Sudirman)

4. Suasana hari raya (Anuar Zain & Ellina)

5. Cahaya Aidil Fitri (Black Dog Bone)

6. Suatu Hari Di Hari Raya (Dato' M Nasir)

7. Kepulangan Yang Di nanti (Aman Shah)

8. Selamat Hari Raya (Saloma)

9. Ku Pohon Restu Ayah Bonda (Mamat)

10.Bersabarlah Sayang (Sanisah Huri)

Kalo korang ada pilihan masing2 bolehlah komen k. Tapi aku rasa nilah lagu2 yang boleh menyentuh qolbu aku takat ni.

Nak download Mp3 boleh lah klik sini.

Enjoy yourself...

Wednesday, August 8, 2012

Basikal Trek : Omnium

Korang pernah dengar tak acara ni...trek omnium. Aku pun first time dengar ni. Kat Olimpik 2012 ni lah.

Apa yang aku tengok kat tv, acara ni dah macam acara lebuhraya. Memang lama dan cara dia berlepas secara beramai-ramai. Ada 2 lapis atau barisan sekali heat. Daripada korang berteka teki apa itu omnium, korang bacalah kat bawah ni.


 lepas beramai-ramai

Apa yang aku dapat tau, acara omnium ni telah merangkumi kombinasi pelbagai acara trek atau pengganti kepada acara pecut  individu, point race dan madison. Kalo korang pernah tengok olimpik, kita ada acara point race mcm kat lebuhraya tu. Point dikira ketika zon pecut dan sebagainya.

Omnium sudah diperkenalkan di kejohanan dunia sejak 2007 lagi. Cumanya dalam olimpik, inilah kali pertama diperkenalkan walaupun mendapat pelbagai kecaman dan bantahan.

Ok kalo dah faham ini pula cara pengiraan pointnya. Bagi yang mendapat tempat pertama di zon pecut, dia akan mendapat 1 markah, no 2 dapat 2 markah, no 3 dapat 3 markah. Markah2 ini dikira secara terbalik yg bermaksud sesiapa yang mendapat markah terendah menjadi pemenang.

Ada 6 events dalam omnium ni.
  1. Flying lap (lawan jam)
  2. Perlumbaan mata
    30 km untuk lelaki elit, 20 km untuk wanita elit, 15 km untuk junior lelaki, 10 km untuk junior wanita
  3. Penyingkiran
  4. pecut individu
  5. 4000 metres untuk lelaki elit, 3000 metres for junior lelaki dan elit wanita, 2000 metres wanita junior
  6. Scratch
  7. Ujian masa
  8. 1km lelaki, 500 metres wanita
Korang faham tak...tak faham...iskh3x. Aku sendiri pun x faham. tak pe. Kalo tak faham, korang jenguk2 lah youtube ke atau google. No problem lah.

Harap2 adalah pelumba Malaysia dalam acara ni nanti.


Tuesday, August 7, 2012

Azizul Hasni Awang dan Acara Keirin

Siapa tak kenal sekarang ni dgn Azizul Hasni Awang atau pocket rocket man kita...kecik jer orangnya tapi hatinya sangat besar.

 Azizul Hasni Awang aka Pocket Rocket Man (PRM)
 (foto hiasan)

Malam tadi aku tengok le dia fight semi final acara kegemaran dia iaitu keirin. Pencabar dlm heat dia masa tu termasuklah juara dunia Chris Hoy dari Great Britain, dan 4 yang lain yang semuanya dari Eropah. Body mereka semuanya solid2 beb. PRM juga yang kerdil kat situ. Sori ye Azizul bukan nak ngata tapi kenyataan. Fizikal memang ketara sangat berbeza.

Cer korang tengok yg no 3 tu adalah PRM, beza kan fizikal dia....haha

Tapi apa yang aku nak cakap kat sini adalah semangat dia dan hati dia yang sangat besar. Aku rasa dia tak takut pun berada dalam kelompok puak2 yang besar tu. Akhirnya, dengan semangat yang membara tu, dia dapat no 2...no 2 tu beb belakang Chris Hoy. Sikit je lagi nak dapat no 1.

Bangun pagi tadi, aku dengar final acara keirin ni dah berakhir dan PRM dpt no 6. Kecewa sikit aku tapi percaya dia dah berusaha yang terbaik untuk negara. Siapa yang tak nak medal kan. Lagi2 emas. Berbaloi-baloi tu kalo dapat. Mau jadik jutawan bila balik karang. Anyway tahniah PRM. Aku rasa lepas ni pesaing2 dari Eropah dan Asia pasti gerun kan tengok dia. Tapi aku rasa, kalo lah ada Josiah Ng masa final tu, pasti keadaan nya berbeza sebab keirin ni memerlukan taktikal dan strategi yang betul. Kita boleh tengok masa Sukan Asia yang lepas macamana Josiah bantu PRM jadik juara. Kadang2 PRM bantu Josiah. Begitulah keadaannya, hadang, himpit dan sebagainya boleh digunakan untuk capaikan matlamat.

yang depan tu le basikal bermotor (foto hiasan)

Cakap pasal keirin ni, korang tau ke macamana cara ia dilakukan? Sebenarnya keirin ni berasal dari Jepun bermula tahun 1948 lagi. Dulu cuma untuk tujuan pertaruhan tapi dijadikan sukan rasmi pada olimpik Sydney tahun 2000. Di lakukan dalam 8 pusingan yang mana pelumba akan mengikut sebuah basikal bermotor dengan kelajuan dalam 40-50 km/jam sehinggalah pusingan ke 6 yang mana basikal bermotor ini akan keluar dari track. Pelumba2 akan meningkatkan kelajuan dalam 60-70 km/jam dan semakin laju ketika pusingan yang terakhir. Kat sinilah strategi dan taktikal sangat penting dan kalo ada rakan sepasukan mmg satu kelebihan.

Oklah. Sebarang kemusykilan bolehlah terus Google k. hahaha...sori.

Hari Ke 18 Berpuasa 2012

Hari ni sakit pinggang aku masih terasa cumanya agak kurang daripada semalam. Rupanya utk melegakan sakit belakang atau pinggang ni kita kena tidur telentang. Mlm tadi sakit bila bangun selepas duduk lama. Pergh mmg teruk rasanya sakit pinggang ni. Ni first time aku kena mcm ni seumur  hidup aku. Anyway, ini semua dugaan oleh Allah sw.

Tadi aku ada dengar ceramah Ustaz Haslin Bahrin aka Ustaz Bollywood, dia kata apa yang kita buat mestilah atas sebab kepentingannya bukan kerana minat untuk buat benda tu. Contohnya, budak2 muda yang x de lesen memandu atau menunggang motorsikal, apa tujuan mereka bawa kereta atau motor. Kita tau kepentingan kenderaan adalah memudahkan pengangkutan. Tapi nampaknya budak2 sekarang memandu atau menunggang kenderaan tersebut atas sebab minat iaitu minat untuk menunggang laju atau merempit di jalanraya. Dahle membahayakan malahan tujuannya juga dah salah. Mak bapak kenalah pantau anak-anak agar mereka dibimbing ke arah jalan yang betul dan tidak tersimpang atau tersasar.

Begitu juga dengan perkara2 lain. Apa2 pun mestilah kena dengan kepentingannya bukan dibuat semata-mata kerana minat.

wallahualam...

Sunday, August 5, 2012

Adakah Anak-Anak Yang Belum Akil Baligh Perlu Di paksa Berpuasa?


Cuba korang dengar ceramah ni. Ramai ibu bapa sekarang ni tak faham situasi berpuasa bagi kanak-kanak yang belum baligh. Anak2 umur 6 tahun, 7 tahun dipaksa berpuasa. Aku pun salah seorang daripada ibu bapa itu. Bila dengar ceramah di atas, jelas hukumnya haram memaksa anak2 berpuasa kecualilah anak2 itu memang nak berpuasa. Kalo anak nak berbuka, maka hendaklah kita biarkan mereka berbuka. Berdosa menghalang mereka dan membiarkan mereka berlapar.

jelas memang tiada dalil mengatakan kewajipan  atau sekurang-kurangnya harus berpuasa kepada anak2 yg belum akil baligh kecuali dalam bab solat. Ramai yang tidak ambil berat tentang solat tapi kalo cakap bab puasa, lain macam pulak dah. nauzubillah...Solat adalah tiang agama, tanpa solat runtuhlah ibadat yang lain. Kena ingat tu.

Alhamdulillah satu penemuan yang baik dan ilmu yang baik dan benar wajiblah dikongsi. Semoga kita lebih peka dan insaf  tentang keadaan ini.  So renung2 kanlah dan ambil iktibar daripada video ini.

Wallahualam

Sakit Belakang

Salam Isnin

Ntah kenapa tetiba jer semalam aku mengalami sakit belakang atau pinggang yg begitu kuat, hinggakan bila aku duduk nak bangun balik, sakit sangat. Seingat aku, tak de pulak aku angkat benda2 berat sebelum. Cumanya aku ada mengemas bilik anak aku. X delah pulak mengangkat barang tapi menolak almari dan katil adalah.


Google punya google aku dpt satu blog yang memberikan petua2 berkenaan dengan sakit2 yang kita hadapi. Cuba korang klik sini.

Aku belum cuba lagi. InsyaAllah balik ni aku akan sapu minyak angin. Wife aku selalu sakit pinggang dan dia selalu sapu balsam cap harimau tu. Kesian aku tgk masa dia sakit. Sekarang aku dah kena baru aku tau betapa sakitnya.

Anyway, hari ni tetap pergi keje walaupun dlm keadaan menahan sakit. Keje tetap keje.
So harap2 sakit ni hilang petang nanti. Ya Allah, sembuhkan penyakit yang ada di dalam tubuhku ini. Amin Ya Rabbal Alamin...

Friday, August 3, 2012

Jubah dan Baju Kurung

Petang2 mcm ni, sejuk lak tu, mari panaskan jari. Hehehe...

Tadi tengahari sebab buat a small shopping. Belikan jubah untuk anak2 perempuan aku. Tanya nak beli baju kurung ke atau jubah, mereka pilih jubah, so ikutkan ajelah. Tahun ni malas nak tempah2 coz anak2 aku ni sedang proses tumbesaran yang cepat, kejap je dah boleh pakai. X sampai 2 bulan dah tak muat.


Cawangan Peace Persiaran Dato Hj Ismail Hassan, Kluang

Dapatlah jubah sorang sepasang utk dipakai dipagi raya nanti. Baju raya yang lain dah siap aku belikan awal2 lagi. La ni tinggal nak belikan untuk si kecik, sang kembar yang x ikut tadi. InsyaAllah malam ni nak settlekan. Malas nak fikirkan lama2. Ponin den dibuek yo.

Aku teringin nak beli baju pakistan atau kurta. Jenis macam baju melayu yang agak labuh sedikit sampai ke lutut tu. Tengoklah malam ni kalo ada aku sambar je. Malas nak buat baju melayu lagi sebab tahun2 sudah, pakai hanya dipagi raya je. Tu pun setengah hari dah buka. Panas seh. 

Ok lah. Nak siapkan keje sikit, lepas tu nak balik. See ya all later.

Thursday, August 2, 2012

Tazkirah Jumaat : Memberi Makan Berbuka dan Bersahur

Assalamualaikum


MEMBERI MAKAN KEPADA YANG BERPUASA

Daripada Zaid bin Khalid al Juhani r.a, Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang memberi makan kepada seseorang untuk berbuka puasa, nescaya ia mendapat ganjaran yang sama dengan orang yang berpuasa itu.” (Riwayat at-Tirmizi)

(Sumber: 300 hadis bimbingan kearah mencari redha Allah, Zahazan Mohamad, Ahmad Hasan Mohd Nazam)

Sesungguhnya begitu besar pahala sesiapa yang bersusah payah di dalam kepenatan berpuasa menyediakan juadah berbuka puasa samada kepada keluarga sendiri atau sesiapa pun dan seperti hadis di atas, pahalanya adalah sama dengan apa yang diperolehi oleh orang yang berpuasa tersebut. Sudahlah kita mendapat pahala kerana berpuasa, ditambah pula dengan pahala yang berganda. Subhanallah...

Begitu juga dengan sesiapa yang bangun awal pagi dan menyediakan juadah sahur untuk keluarga atau orang lain. Mereka juga akan mendapat ganjaran berganda daripada Allah sw. Segala susah payah mereka dalam keadaan mengantuk dan kepenatan dibalas dengan setimpal.

Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Bersahurlah! Sesungguhnya terdapat padanya keberkatan. “ (Riwayat al Bukhari dan Muslim)


Yang paling penting adalah apa juga yang kita kerjakan mestilah ikhlas dan bukannya kerana berkehendakkan nama, balasan atau penghormatan dari orang lain. Kita lakukan semuanya kerana Allah sw. Kita mungkin tidak melihat ganjarannya tapi percayalah  janji Allah itu adalah pasti dan tetap ditepati!

Sekiranya kita beriman dengan hari Akhirat sudah pasti kita akan percaya dengan segala ganjaran yang dijanjikan ini. Percayalah bahawa dunia ini hanya sementara sahaja, akhirat juga yang kekal abadi. Berbuatlah kebajikan untuk menambah pelaburan diakhirat kelak.

Wallahualam...

Tips Untuk Melebat dan Menyuburkan Rambut

Tips Untuk Melebat dan Menyuburkan Rambut


1. Guna Minyak Buah Keras
 
 
Di Indonesia buah keras dipanggil kemiri. Caranya mudah goreng buah keras tersebut tanpa minyak hingga garing. Selepas itu ditumbuk hingga mengeluarkan minyak. Minyak ini diambil dan disapukan dikulit kepala dengan rata atau bahagian kepala yang ingin dilebatkan rambutnya. Biarkan selama 20 minit sambil mengurut bahagian kepala tersebut dengan lebut. Bilas rambut dengan shampoo. Ulang sebanyak 3 kali seminggu dan boleh lihat hasilnya.  







2. Guna Daun Lidah Buaya

Ini adalah petua dari orang-orang tua dan diguna oleh ibu saya semasa saya kecil. Ambil daun lidah buaya, buang duri ditepinya dan sapukan cecair yang keluar dari daun tersebut ke kulit kepala anda. Ramas  kepala atau urut kulit kepala dengan lembut untuk merangsang peredaran darah. Lakukan sekerap yang mungkin. InsyaAllah anda boleh lihat hasilnya.

Daun lidah buaya ini juga bagus untuk kulit muka. Dulu muka saya penuh dengan jerawat, hari-hari saya sapukan cecair lidah buaya ini ke bahagian yang ada jerawat dan alhamdulillah, jerawat hilang dan sehingga sekarang muka saya bersih.  

Selamat mencuba.

Wednesday, August 1, 2012

Bandar ke kampung best untuk beraya?

Salam,

Saja je aku ajukan persoalan ni sbb la ni kebanyakan orang dah x beraya kat kampung. La ni kampung pun dah jadi bandar. So macamana?

Macam aku, keluarga mertua tinggal di Putrajaya. Tahun ni lak kena giliran beraya kat sana. Nak tak nak kena beraya di sana lah. Keluarga aku sendiri pun bukanlah tinggal di kg pun. La ni dah tinggal kat taman.

First time aku beraya  di Putrajaya beberapa tahun lepas, keadaannya memang amat berbezalah. Malam raya senyap jer. Tak de bunyi langsung kecuali takbir raya lah sbb rumah dekat dengan surau dan Masjid. Kebanyakan penduduk Putrajaya dah balik kampung. Tempat parking pun kosong jer.  Tak macam kat kg, meriah dengan bunyi mercun lah, meriam buluh lah, budak2 berlari sana-sini, diselangi dengan bunyi takbir serta keriuhan orang ramai memasak juadah utk hari raya. Pergh...memang syahdu lah kalo terkenangkan zaman dulu-dulu. Tapi  suasana malam raya di Putrajaya sekrang agak berbeza sebab 2 tahun lepas aku balik sana, ramai yang rupanya x balik kg. Beraya di sana. Malam raya agak meriah juga sbb ada majlis buat dodol lah, makan2 lah dan sebagainya. Anyway, orang bandar pun sekarang ni meriah juga sbb kadang2 parents pun dah tinggal dengan mereka dan kebanyakan ahli keluarga  tinggal di kawasan yang sama.

Macam  akulah juga. Adik beradik ipar semuanya akan balik, ruih lah juga dengan jerit pekik anak-anak dan sepupu2 mereka. tapi x delah sibuk nak bakar lemang atau masak ketupat kat luar macam kat kg. La ni beli je lemang kat Langat tu. Mmg power dan berbeza dengan lemang kat Kluang ni. Memang x miss lah beli lemang kat situ setiap kali beraya kata sana.

Apa-apapun, mana2 tempat pun kita beraya sama je. yang penting adalah kita dapat berkumpul ramai2 dengan keluarga dan beramah mesra dengan mereka yang adakalanya memang lama dah kita x jumpa. Inilah peluang untuk kembali menjalin mahabbah sesama kita. Kalo yang masih ada ibu bapa samada keluarga sendiri atau mertua, baliklah. Berayalah bersama-sama. Kepulangan anda sentiasa dirindui.

wassalam

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE