Nuffnangs

Sunday, July 3, 2011

Bemulanya Satu Episod Baru Bagi Aku...

Assalamualaikum...

Lama dah rasanya tak update blog aku. Maklumlah agak sibuk ketika ni. 1 hb haritu, aku telah melakukan satu penghijrahan yang boleh dikira agak besar dalam kehidupan aku. Setelah memikiorkannya dalam kurang lebih 3 bulan, satu keputusan telah pun aku buat. Dengan 1 bulan notis, berakhir pada 30hb Jun 2011, maka berakhirlah juga episod aku dengan firma lama aku, Tetuan Sucha Singh & Partners. Setelah bergelumang dengan kerja2 di sana selama lebih kurang 7 tahun, maka bermulalah pula episod baru di Firma Syarikat Rodziah yg juga berpangkalan di Kluang pada 1/7/2011.

Di sini nampaknya, kerja-kerja adalah lebih kepada conveyancing atau urusan hartanah. Boleh dikatakan sebanyak 80% adalah urusan2 tersebut. Untuk litigation, ada sedikit je. Itu banyak yg dah setel. Dengan itu, tugas aku adalah membawa masuk seberapa banyak fail litigation dan juga belajar semula conveyancing yang dah lama aku tinggalkan.


Malas aku nak citer lebih2. Aku nak mulakan karier aku dgn lebih baik di sini dan bekerja dengan penuh dedikasi. Di sini, kita kena anggap ofis itu adalah ofis kita sendiri. So, x de kerja, x de gaji le. Sendiri mau ingat la.

Okle, chow dulu lah. Banyak kerja nak diselesaikan ni. Jumpa lagi dilain kesempatan. Doakan kejayaan aku di sini.

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE