Nuffnangs

Monday, December 31, 2012

2013

Assalamualaikum,





Mood? Malash sgt2 sbb kebanyakkan org sdg excited anak2 nak masuk sekolah sedang aku plak bekerja di outstation dan x dpt nak bersama dengan anak-anak. Tq kepada isteriku yg menguruskan semuanya dgn ketiadaan aku. Kadang2 aku rasa bersalah gak tak dapat nak membantu tapi apakan daya jauh diperantauan dan cuti plak x boleh amik sesuka hati sbb baru jer bertukar kerja.

Alhamdulillah duit yuran sekolah dan segala keperluan sekolah telah aku tunaikan. Itu yg membuatkan aku sebak sbb anak2 pasti memerlukan ayahnya ketika hari pertama persekolahan. Nasib baik x de anak2 yg masuk tahun 1 atau baru jer nak masuk tadika. Alhamdulillah.

Anak yang sulung tahun ni akam melalui exam besar pertama beliau iaitu UPSR dan ayah doakan kakak mendapat kejayaan cemerlang. Usaha lebih sikit pasti berjaya dan jadilah seorang anak yang solehah dan sentiasa patuh dengan suruhan agama.

Tahun 2013 walaupun aku xde azam spesifik sbb dah buat masa awal Muharram dulu tapi aku bertekad untuk melunaskan hutang yang agak banyak ketika ini. Kereta, rumah dan pelbagai lagi. Semoga Allah sw memurahkan lagi rezeki aku dan keluarga aku dan memberi aku keupayaan untuk berbuat demikian. Aameen.

Kat sini aku nak sarankan kepada setiap pembaca muslim untuk istiqomah dan mengamalkan solat sunat Dhuha yg begitu banyak kelebihannya dalam mempermudahkan segala urusan setiap hari dan membuka pintu rezeki samda dilangit atau dibumi.

Sekarang ni sahabat2 aku semakin bertambah samada di twitter atau FB dan aku rasakan yg sekarang ni ramai muslimah dah ada keyakinan kepada Islam dan x segan2 lagi untuk berhijab, berniqab dan paling penting menutup aurat secara sempurna. Aku sering berkata di dalam hati apabila ternampak ada muslimah yang memakai tudung setakat menutup rambut sahaja tetapi pada zahirnya tidak menutup aurat secara sempurna. Alhamdulillah mereka tetap memakai tudung. Mungkin mereka perlu masa untuk betul2 faham akan maksud menutup aurat. Aku hanya mampu berdoa kerana tidak mampu memberikan tarbiah secara direct kpd mereka.



Kepada yang masih tidak bertudung, aku doakan mereka terbuka hati untuk berbuat demikian walaupun dalam keadaan terpaksa. Takkan nak tunggu sampai seru seperti yang biasa kita dengar sebab kematian jelas tidak akan menunggu sekiranya masanya telah sampai kan.

Paling penting dalam hidup ni adalah kita janganlah selalu bersangka buruk kepada orang lain kerana seburuk mana orang itu, sejahat mana orang itu, kita tak tahu semasa kita menghembuskan nafas yang terakhir nanti samada kita ni masih beriman atau tidak. Hanya Allah sw yang Maha Mengetahui segalanya. Berdoalah saja agar mereka yang masih belum menurut kepada tuntutan Islam diberikan hidayah untuk berubah.

Kepada yang sudah berubah, istiqomah lah dan sentiasa dekatkan diri dengan orang2 yang beriman dan beramal soleh kerana dengan cara itu kita sentiasa dalam suasana yang memberikan kita motivasi untuk kekal dalam suasana Islam yang sebenarnya. teruskan menimba ilmu dan tingkatkan pengetahuan agama untuk tidak mudah terpedaya dengan helah dan tipu daya syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan kita.

Sentiasa beringat bahawa kematian akan menjemput kita pada bila2 masa seperti kata pepatah buatlah ibadah sepertinya kita akan mati esok hari dan carilah rezeki sepertinya kita akan hidup 1000 tahun lagi.

2012 telah melabuhkan tirainya dan 2013 telah memulakan langkahnya. Jadi mulakan langkahmu dengan keyakinan yang mendalam bahawa Islam adalah agamamu yang membawa kamu ke jalan kebenaran, jalan yang membawa kamu ke syurga. Kepada para daie, teruskan kerja2 dakwahmu dan semoga Allah sw memberikan kamu semua kesabaran dan keteguhan iman untuk terus menjalankan kerja2 mulia ini. Kepada pemerintah yang mempunyai kuasa terhadap negara ini, yakinlah kepada Islam kerana rezeki dan segalanya adalah kurniaan Allah sw dan bukannya hadir begitu sahaja. Sekiranya Allah berkehendakkan, bila2 masa sahaja dia akan mengambilnya tanpa mengira masa dan tempatnya.

Semoga Malaysia dipimpin oleh pemimpin yang menuruti syarak dengan sepenuhnya dan meletakkan Islam di puncak.

Asallamualaikum wbt.

Thursday, December 27, 2012

Johor Darul Takzim FC vs Woodland Wellington FC

Assalamualaikum

smlm aku berpeluang untuk menonton match antara dua team yg disebut di atas. Ini merupakan perlawanan pertama kejohanan 4 Penjuru yg membabitkan Johor DT FC, Johor United, Pahang dan Woodland Wellington FC.

Aku sampai kat Stadium Larkin dlm pkl 815 mcm tu. Lupa lak nak mention. Aku pg dengan member kau, Hafez. Dia yang amik aku kat Impian Emas. Sampai kat dpn stadium pergh ramainya manusia hinggakan jalan jem. Pusing kat tmpt parking last2 dptlah satu tmpt. Alhamdulillah.



Nasib baik mmbr lain dah belikan tiket dan dptlah aku duk kat grandstand...memandangkan stadium kecik, rasa dkt jerk dgn padang. 1st time masuk stadium larkin. Padangnya akan ok dgn keadaan rumput yg dijaga baik cuma lampu limpahnya yg masih mencapai standard. Scoreboard elektronik dah ok.

830 sharp match pun mula. Nampak sgt perbezaan pemain2 kebangsaan spt Safiq, Zakuan, Azmi Muslim, Safee main dgn sgt tenang. Pemain lain spt Guiza jgn ceritalah. Yang aku respek adalah kerajinan Guiza mencari bola dari bawah ke atas x kenal penat. Tapi pemain2 johor yang lain agak gugup pada awalnya tapi atas pengalaman Safiq yg mengawal bhg tengah jelas membantu. Johor DT mengawal hampir 60% possession sepanjang perlawanan. Match aku katakan berat sebelah sbb Woodland jarang2 sekali dapat menembusi benteng defence Johor DT.

Gol pertama Johor DT dilakukan oleh Daniel Guiza hasil sepakan percuma yang jelas tidak begitu mengancam tapi bola sedikit terbias kekiri gol WW hinggakan keeper tergamam tak mampu buat apa2.

Gol seterusnya dijaringkan oleh Safee yang diberikan hantaran cantik oleh Guiza dari sebelah kanan dan tindakan Safee yg tidak gopoh berjaya menembusi gol lawan dengan meletakkan bola disebelah kiri gol. Sblm tu Safee telah diberi 2 peluang terbuka hasil hantaran Guiza juga tapi beliau terlalu gopoh didepan gol.

Gol ketiga dihasilkan melalui gerakan cantik Safiq, Guiza dan Safee yang akhirnya menggelecek 2 pertahanan lawan dan melepas rembatan deras dari luar kotak penalti dan bola menerjah masuk di sebelah kiri gawang.

Separuh masa  berkesudahan 3-0 dan separuh kedua bermula dengan Zakuan dikeluarkan dan Aidil masuk menggantikan Ahmad Thamimi di bhg bek tengah.

Johor DT bermain agak lewa hingga WW berjaya mengawal sedikit permainan dan hasil gerakan cantik bhg tengah, pemain import WW berjaya membuat tendangan dari luar kotak yang agak deras ke sebelah penjuru kanan gol Johor DT dan terus menerjah masuk tanpa dapat di tepis oleh keeper Johor DT.

Tapi gol WW ini tidak merencatkan serangan Johor DT yang berjaya mendapat beberapa peluang melalui sepakan percuma luar petak. 2 sepakan yang diambil Safiq mengegar palang gol tapi sepakan percuma yang ketiga diambil dengan tenang dan sepakan cantik lencong yang agak rendah menerjah gawang sebelah kiri WW. Kedudukan 4-1 dan Guiza juga beberapa kali mempunyai peluang terbuka tapi gagal dimanfaatkan sepenuhnya. Kemasukan Mat Yo @ Wak Lan menampakkan kembali penguasaan Johor DT. 

Hasil gerakan solo cantik Wak Lan, beliau berjaya membuat rembatan rendah deras ke sebelah kanan gawang WW dan bola terus melepasi keeper membuatkan lebih 20 ribu penyokong Johor DT bersorak riang.

Aku boleh simpulkan perlawanan malam sebagai satu perlawanan berat sebelah yang seumpama team Harimau Malaya menentang pasukan liga perdana Malaysia. Langsung tiada tentangan menarik dari WW.

Apapun aku ucapkan tahniah kepada Johor DT dan teruskan kecemerlangan di final pada hari Jumaat nanti cumanya aku tak berpeluang untuk menonton sebab pulang ke Kluang pada hari itu.

Southern Tigers .....Luaskan Kuasamu!!!!Aummmmm!!!!! 

Thursday, December 13, 2012

Malaysia vs Thailand Review

Assalamualaikum

Sakit buah pinggang aku menonton perlawanan smlm. Sejak dari minit Fazdli Shaz dibuang padang hinggalah tamat masa penuh perlawanan penuh dengan caci maki terhadap pengadil dari korea (aka pengadil k-pop aka pengadil gangnam style).

Sudahle bermain diatas padang yang macam bendang tmpt kerbau berkubang, tahap atau mutu pengadilan yang lemah oleh kesemua pengadil menyebabkan perlawanan semlm seperti ada yg tak kena. Biarlah pihak berwajib yang menyiasat.

Pengadil K-pop tu dengan terang2 sejak dari awal perlawanan mmg jenis yang suka bagi kad. Fazdli telah mendapat kad kuning seawal 10 minit perlawanan yang sepatutnya hanya dberikan amaran shj. Keadaan ini jelas merencatkan permainan skuad HARIMAU MALAYA yang juga jelas gagal mencari rentak dalam keadaan padang yang teruk.

Sejak dari min ke 26 Malaysia telah bermain dengan 10 org mengingatkan aku dengan perlawanan Sukan Asia di China dimana kita lawan team China dan telah bermain dengan 9 org sejak dari minit ke 10. Aku salute dengan semangat juang para pemain dan berjuang bermatian sehingga ke wisel penamat. Dalam keadaan yang cacat itu, mereka berjaya juga untuk membuat beberapa serangan berbahaya terutamanya tandukan Norsahrul pada minit ke 70 yg hampir meletakkan Malaysia seri 1-1.

Corak permainan Malaysia sebenarnya tidak berapa menjadi akibat dari kehilangan fokus terhadap perlawanan mungkin dengan kekurangan kreativiti di bhg kiri dan kanan dengan keluarnya Kunalan dan tanpa kehadiran Wan Zack untuk merencanakan bahagian sayap. Bahagian tengah juga gagal menyerlah kerana terlalu berhati-hati akibat kekurangan pemain.

Pertahanan Malaysia bahagian kiri dan kanan tidak dapat membuat overlapping yg berkesan kerana juga berhati-hati agar tidak memberi ruang lebih kpd Thailand. Mahali dan Bunyamin bermain baik tetapi gagal memberikan sumbangan berkesan kerana kurangnya support di bhg tengah dan sayap yang sedikit pincang.

Namun beberapa hantaran lintang oleh Mahali dapat juga beberapa kali mengecutkan tali perut pertahanan Thailand namun nasib tidak menyebelahi pasukan Malaysia.

Apa yang dapat aku lihat, pemain2 Thailand lebih fokus dan berjaya memainkan peranan dengan baik, Dengan hantaran kemas dan kawalan bola yang baik terutama di bahagian tengah dan sayap, membuatkan pertahanan Malaysia terpaksa bekerja lbih keras. Sayap kiri mereka jelas terlalu mudah memasuki ruang pertahanan Malaysia kerana kurangnya sokongan antara Mahali dan Azamudin yang kadangkala naik terlalu tinggi dan gagal turun dengan cepat. Bahagian midfield mereka terutama yang dikuasai oleh Adul Laso dan Tanglao begitu banyak diberi ruang utnuk bergerak. Kerap bola hantaran kepada penyerang mereka Terasil Dangda berjaya menyelit masuk dicelah2 pertahanan Malaysia. Namun tahniah diucapkan kepada Farizal yang menjaga gawang dengan cemerlang sekali.

Kemasukan Faizal sebagai pertahanan tengah boleh dikatakan baik tetapi kegopohan Amar Rohidan yang hilang tumpuan memberikan peluang kepada Terasil menghasilkan gol pertama Thailand. Safee yang masuk menggantikan Baddrol jelas tidak banyak mengubah corak serangan Malaysia walaupun diberi peluang yang sangat baik sekali hasil hantaran Mahali tetapi tandukannya tersasar.

Hasil dari satu sepakan percuma, bola sepakan Tanglao muntah dari tangkapan Farizal dan disambar dengan tenang oleh Terathon yang menjaringkan gol kedua Thailand.

Keadaan berlanjutan hingga wisel penamat dan begitulah juga berlanjutannya cacian dan makian terhadap pengadil k-pop tu.

Anyway, tahniah kepada pasukan Malaysia yang berjaya ke semi final walaupun pada awalnya tidak beri harapan langsung. Corak permainan yang bersemangat adalah sebenarnya satu kemenangan moral kepada rakyat Malaysia.

Tahniah sekali lagi kepada semua pemain dan paling penting jangan patah semangat. Bukan rezeki kita kali ni. Cuba lagi 2 tahun lagi dan harapan agar pemain2 muda akan menyerlah.

Aummmmmm.....Harimau Malaya tetap dihati.

Tuesday, December 11, 2012

Giant Killer

Assalamualaikum

Tajuk bukan main gempak lagi tapi ekceely xde apa-apa pun. Tadi aku ada sembang dengan sorang kawan ni. Terkenal dengan panas baran dan gagah berani dia. Aku suka kawan dia sbb dia ni walaupun dia muda sgt dari aku tapi beliau dimatangkan dengan pengalaman2 dan background yg sgt berbeza dari aku.

Mulanya kami hanya bercerita tentang kenangan masa di sekolah dan universiti. Aku ceritallah pasal awek lama aku dan gaya hidup aku. Aku rasa cerita aku masa tu dah cukup gempak lah. Tapi bila dia mula bercerita, maka dengan sendirinya aku ternganga sbb apa yg dia lalui sgt2 lah gempak dan x prnh terfikir utk aku buat.

Rupanya gaya hidup dia mmg x boleh blah langsung dengan aku sbb kalolah aku masa tu jadi kawan dia, mungkin aku juga akan terjebak. Dengan clubbing, perempuan, dikelilingi oleh orang2 yang togak air kencing setan, kehidupan gansterism dan sebagainya. Yang aku respek dia, walapun dia bercampur dengan kehidupan yang macam tu, dia masih dapat hindarkan diri dia dari menonggak air haram tuh dan juga berzina. Alhamdulillah, Allah telah lindungi sahabat aku ni.

Masa tu dia kata kawan2 dia respek dia sbb walaupun yang perangai dia x sebaik mana tapi dia masih berjaya utk mendapatkan segulung ijazah yang ibu dan ayah dia idamkan. Maknanya dia tak pernah menghampakan kedua orang tua dia dan paling penting orang yang dia sayangi ketika ini, isteri dia sendiri. Rahsia ini hanya aku dan dia aje yang tau. Biarlah menjadi rahsia. Yang aku nak ketengahkan kat sini adalah peristiwa2 yang berlaku atau terjadi kepada kita dahulu jgnlah dijadikan modal utk bermegah-megah tetapi hendaklah dijadikan pengajaran yang berguna kepada kita  dan dijadikan sebagai pemangkin kepada kejayaan kita. 

Tajuk kat atas aku letak sbb ada sorang lg mmbr ni menjual basikal MTB dulu2. Tapi la ni kalo nak order dengan dia boleh jer. Giant adalah satu jenama MTB yang agak murah tetapi berkualiti. Bila dia tunjukkan blog dia yang terkenal (kata dia) , kalo korang rajin bolehlah ke sini gilergiant.blogspot.com dan/atau rajasikal.blogspot.com.

Kepada peminat2 MTB, ni bukannya promosi sbb mmber ni dah hentikan jualan, cumanya kalo nak dapatkan nasihat daripada dia bolehlah ke blog dia tu.

Ok lah guys, aku nak stop kat sini dulu...jumpa lagi. Ingat hidup di dunia ni hanyalah sementara sahaja, akhirat jua yang kekal abadi selamanya. So jgn pernah lupakan pencipta kita. Wassalam

Monday, December 10, 2012

Sepi

Assalamualaikum

weekend lepas adalah weekend yg sgt sepi dan sunyi bagi aku sbb anak-anak dan wife ke Putrajaya. Anak yg sulung dan no 2 ada kem solat di Masjid Putrajaya dari 10-12hb Dis. Aku plak ada meeting dgn klien pada hari sabtu lepas. teringin nak pergi ttp ada sesuatu yg menghalang.

Nasib baik ayah dan ibu ada kat Kluang. Tgh sabtu tu aku ke rumah mereka dan makan tengahari di sana. Petang dalam pukul 2 ada meeting dgn Shah di Rengit. Lama juga meeting tu sampai pkl 10 mlm. Adalah business ckit.

Sepi dan sunyi sebenarnya banyak mengajar aku bahawa hidup di dunia ni kalo kita x bersedia utk sunyi dan bersendiri maka hidup kita pasti akan terumbang-ambing sebab kita asyik melayan perasaan rindu hanya kepada insan. Aku cuma nak ingatkan kepada diri aku dan sahabat-sahabat bahawa harta, anak-anak, adalah perhiasan di dunia ini yg membolehkan kita rasa bahagia bila semuanya ada. Tetapi kita harus tau bagaimana nak menggunakan perhiasan ini untuk kehidupan di akhirat kelak. Korang mesti tertanya-tanya kenapa aku cakap macam tu. Aku bagi contohlah. Kalo harta kita banyak dan kita infak atau sedekahkan kepada mana2 badan kebajikan atau mereka yang berhak, maka harta inilah yang akan menjadi bantuan kepada kita diakhirat kelak. Begitu juga dengan anak2. Didikan yang baik akan menjadikan anak2 ini anak2 yang soleh dan sentiasa mendoakan ibu dan bapanya. Dengan doa yang disedekahkan apabila kita sudah tiada akan juga menjadi bantuan kepada dari alam barzakh lagi hingga lah ke akhirat. Beringatlah!

Jangan layan sangat sunyi dan sepi tu. Sunyi dan sepi inilah yang terbaik untuk kita mendekatkan diri kita dengan Allah Azza Wajjala. Pencipta kita. Bila lagi kita nak bersama-sama dengan Dia. Kesibukan kita dengan hal dunia da perhiasan2 kita seharian sedikit sebanyak melalaikan kita untuk bersama dengan Allah sw. Sebab itu digalakkan untuk bangun di sepertiga malam untuk melakukan solat sunat dan tahajjud dengan objektif bahawa jiwa pada masa itu adalah paling tenteram dan damai. Hanya kita dan Allah sw sahaja ketika itu. Dapatlah kita khusyuk dan tawadduq dalam menjalankan ibadat kepada Nya.

Alhamdulillah aku diberikan waktu itu utk bersama-samaNya. Walaupun perasaan sepi dan sunyi itu menyelubungi, aku tau Allah sw sentiasa ada bersama-sama aku untuk selamanya.  

Sunday, December 2, 2012

Sayang Ungu

Assalamualaikum

Lama benar x melawat dan membuat entri kat blog ni. Sibuk betul 2-3 menjak ni dengan kerja-kerja yang hari-hari berlambak.

Korang tajuk entri dengan isi kat sini boleh jadi relevan x. Ntah aku pun tak tau. Aku minat sgt dengan lagu ni walaupun pada aku tajuk lagu nya tak sesuai dgn isinya. Ada ke orang nak berpisah dipanggil sayang lagi. Lagi2 yg nak break tu adalah sang lelaki. Nak break, break jelah. X payah panggil sayang dah. Haha...anyway tertarik sbb melodi nya dan suara Pascha yang agak unik.

Satu lagi lagu yang tiba-tiba aku suka adalah lagu Keris patih "Bila rasaku ini rasamu" yang aku rasakan juga agak unik dan best utk berkaraoke...huhu

-foto yg rasanya tiada kena mengena-


Cumanya kat sini, nak layan lagu, layan jelah tapi paling penting jangan lupa dan tinggalkan sembahyang tanpa sebarang keuzuran. Cinta kita pada insan jangalah berlebihan hinggakan melebihi cinta kita pada Allah sw dan RasulNya terutamanya Nabi Muhammad saw.

Semoga hidup kita ni sentiasa mendapat barakah daripadaNya dan janganlah putus berdoa kepadaNya walau dalam apajua situasi pun. Adakalanya, kita hanya berdoa ketika kita susah atau sedih saje dan ini jelas tidak betul. Berdoalah setiap masa dan Allah sw itu Maha mendengar setiap doa yang dibuat.

Wallahualam...semoga jumpa lagi di entri yg lain.

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE