Nuffnangs

Thursday, August 25, 2011

Kelegaan Di Pagi 26 Ramadhan....

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi...sbb apa, apa yang aku doakan, apa yang aku harapkan hadir pada hari ni...dapatlah aku menyelesaikan apa2 yang patut utk hari raya ni...

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang kepada setiap hambanya yang sentiasa ingat akan Dia. Kadang-kadang kita teralpa dgn keseronokan dunia, dengan kemewahan yang ada. Hinggakan kita lupa akan kewujudan Tuhan pencipta Alam semesta. Apabila kita diajukan dengan dugaan dan cabaran barulah kita mencariNya. Adakah kita ini hambanya yang TAAT...setia....cinta....kasih....padaNya...sejauh mana kasih kita kepada manusia, kasih dan cinta kepada Allah sw mestilah berlebih-lebih lagi. kerana Allah sw tidak pernah lupa dan meninggalkan hambaNya walau di mana kita berada, setiap saat, setiap waktu.

Hari ni aku betul2 insaf akan apa yg telah aku lakukan...aku sentiasa lupa padamu Ya Allah...astaghfirullahalazim....apa yang telah aku lakukan. KuasaMu tidak terjangkau pandangan mata...kau yang menggerakkan mata hatiku, kau yang mengerakkan seluruh tubuhku, memberikan aku roh untuk terus hidup di bumiMu ya Allah....Ya Allah....permudahkanlah segala urusan dan pekerjaaan seharian ku...

Maaf hari ni aku agak emosi sikit...bukannya apa...kadang2 kita ni lupa yg kita ni adalah dibawah kekuasaan Allah sw...tanpaNya, tiadalah kita di dunia ini. Memandangkan Ramadhan akan berlalu dlm 2-3 hari lagi, aku berdoa agar Allah memberikan kekuatan kepada aku utk terus menambahkan ibadat dan zikir kepadaNya. 


Wednesday, August 24, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Dikesempatan ini, aku nak memohon seribu kemaafan kepada semua rakan bloggers dan juga pembaca2 yg lain yg telah sudi menjengah blog aku ni. Mana tau ada tersilap kata, terkasar bahasa yg menyinggung perasaan korang, yelah kita tak tau yg tulisan kita ni kadang2 ada menyentuh isu2 sensitif dan terkena pula kat individu2 terbabit. Harap2 takdelah kan. So, mcmana persiapan korang tahun ni...bagi aku, persiapan agak sederhana dan masih ada yg belum dibeli. Harap2 dalam 1-2 hari dapatlah diselesaikan semuanya.

So, aku nak ucapkan kat sini Selamat Hari Raya Aidilfitri kat korang semua, semoga korang semua berbahagia dan bergembira dalam menyambut aidlfitri kali ini. Kalo nak drive ke kg tu atau nak buat satu perjalanan jauh, preparation sgtlah penting. Dari segi fizikal dan mental. Tidur secukupnya perlu sangat. Kalo korang mengantuk, berehatlah sebentar kerana kadang2 10-15 minit tu yang menentukan segalanya. Namun, paling penting bertawakal kepada Tuhan dan berdoalah agar Allah sw melindungi kita dari sebarang bencana. Semoga korang semua selamat sampai ke destinasi masing2. 



Tuesday, August 23, 2011

Apple Iphone 4 8gb

Hi,



just got a news that Apple will produce a lower-priced version of  iphone 4, with a drive capacity of 8.0 gb soon. According to the sources which cannot be revealed, the smaller version will cost much much lesser than the current version which are 16gb and 32gb.

According to the sources also, the price will not be lesser than USD200 or Apple have to produce Iphone with lower specifications. The  launching of the said version will be held in weeks.

So, I guess the price will be in the range of RM600 to RM750....wow...great...can't wait to grab one. But with lower specs, what can we do with the phone, just wait and see.

See news from Berita Harian here!......

Thursday, August 18, 2011

Virus Serang Facebook

Assalamualaikum semua...

semalam fb aku kena serang dengan satu virus dipanggil koobface...correct me if i'm wrong...mmg menakutkan sbb dalam fb ni dah beratus mmber lama yg aku jumpa...kalo hilang mana nak cari contact...pergh...mmg horror.

Bila dah x ble buka semalam, aku fikir mmg dah x boleh diselamatkan lg fb aku...tp nasib baik pihak admin ada backup utk semua data ttg aku dan friends...

So, apa yg mereka buat adalah meminta kita utk verify account samada melalui mobile data atau friends...maksud aku kena identify friends kita, yg ni utk mengelakkan penipuan...diaorg ada bagi tak silap dalam 10 kawan2 yg ditag, mcm  soalan objektif, kalo kita kenal senanglah...nasib baik semua soalan dpt aku jawab...boleh skip soalan sebanyak 2 kali, tp kalo lbh maknanya gagallah...selamat, masih boleh berfb lg aku dgn account lama. Kalo tak mmg jenuh le nak buat baru dan cari contact yg hilang...

Semua ni dipercayai angkara kita membuka link video yg diberikan...bila kita cuba buka jer, virus tu dgn secara automatik attack fb kita...so korang kena berhati-hati la selepas ini. Harap ini sebagai satu amaran dan peringatan kepada semua rakan-rakan blogger dan fb...sampai berjumpa lagi... 

Wednesday, August 17, 2011

Jersi Man U dan Arsenal utk dihabiskan....

Aku nak lego 2 helai jersi Man U dan 2 helai jersi Arsenal, semuanya "home kit" season 2009/10.

Saiz M bergred AAA.

Harga spesel sempena musim baru dah bermula cuma RM20 jer selai. Posting cuma RM5. Kalo amik 2 helai posting kira 1 jer. Amcm ok tak...ni dah kira tolak jer...x de untung. Semuanya masih di dalam plastik dan baru.


So, aklo korang nak boleh le emel kat aku :-

abubakaranuar@yahoo.com

Pengeposan guna abx courier, dlm semenanjung amik masa sehari jer...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Entri kali ini aku taknak nak buat panjang-panjang sbb letih le kan nak baca. Cumanya saja jer nak bercerita tentang perjalanan hari ke 17 dan ke 18 puasa aku.

Semalam, hari ke 17 berpuasa, merupakan hari yg sgt letih, namun aku gagahkan juga. Mana taknya seawal pkl 6.30 pg dah keluar dari rumah utk ke outstation. Pagi itu aku ada kes bicara di Mahkamah Tinggi Muar yg jaraknya dari Kluang lbh kurang 1 jam 40 minit. Nasib baik tak amik masa lama untuk pendengaran kes, dan alhamdulillah aku berjaya dapatkan apa yg aku nak utk fail itu. Selesai di sana lbh kurang pkl 10 pg, aku terpaksa bergegas ke Batu Pahat pulak untuk satu review dengan pihak Bank Muamalat pada jam 11 pg.

Memandangkan masih awal, so aku bawa le slow-slow dlm 80-100 km sejam. Pertama kali bawa seslow ni tp best gak, minyak jimat, jiwa tenang dan tak rasa terlalu tertekan. Hahaha...gila tak tertekan, kalo tak tekan, tak bergerak ye tak.

Sampai di BP, tepat jam 11 pg. Memang hari tu aku amat bernasib baik, sbb biasa tmpt parking mmg susah nak dapat, tp kali ni dapat betul2 di depan bank. pergh mmg bersyukur sesangat. Review berjalan lancar dan habis lbh kurang pkl 12 tgh. Terus aku bergegas balik ke Kluang kerana banyak kerja yg menanti aku di ofis.   
Alhamdulilah, semalam semuanya berjalan seperti yg dirancang. Cumanya, agak letih sikit sbb pagi tu cuaca agak panas, selepas sampai diofis, hujan mencurah-curah turun...so suasana  agak nyaman dipetangnya.
Malahan semalam juga merupakan hari yg paling relax diwaktu malamnya sbb x perlu hantar anak tuisyen. Kalo x, pkl 8 mlm je dah kena keluar rumah dan menunggu hingga jam 9.45 baru selesai. Yelah, setelah begitu letih di siangnya, dptle aku merehatkan badan dimalamnya.
Hari ke 18, hari ini bermula dgn agak sibuk, sbb wife aku plak outstation ke JB. So, aku kena amik alih tugas menjaga dua anak kembar yg perlu dihantar ke nursery pada pukul 8 pg. Selepas semuanya selesai, aku pun terus ke Mahkamah Sesyen Kluang utk amik tarikh kes yg aku MOB. Nasib baik ada mmbr kat situ, sbb 1 kes tu kena panggil, memandangkan aku tak "fully attire", so x bole appear. Aku terpaksa minta tolong mmbr tu utk MOB  Alhamdulillah semuanya selesai. 

Skrg baru menunjukkan pkl 11.30pg, so aku kena bereskan keje-keje yg ada atas meja aku. Ptg nnti tak taulah apa yg berlaku. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Sampai berjumpa lagi...

Thursday, August 11, 2011

Dah dekat dah...

Assalamualaikum semua...


Alhamdulilllah, hari ni dah masuk hari ke 12 umat Islam semua berpuasa. Tinggal lg lbh kurang 17 atau  18 hari lg kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan al mubarak ni...

dah dekat dah...apa yg dah dekat...apa lg raya le. Itu yg aku risau sgt tu. Mana taknya, persiapan raya nak kena wat juga. Pakaian sendiri, isteri dan anak-anak perlu disediakan. Haaaaa....semput. Tp tahun ni nampaknya fikiran aku hanya memberi tumpuan kepada persiapan bagi isteri dan anak-anak je dulu. Biar lah mereka gembira dan ceria di pagi raya. Pada aku, apa yg ada bagi aku sudah memadai. Janji semuanya bahagia dan tidak berduka dipagi yang mulia itu.
 
Baru jer bulan 2 lepas aku membeli 2 pasang baju melayu, nampaknya boleh dikira baru lagi tu. So. baju tu le yg akan aku pakai nanti...harap2 matching le dgn anak beranak aku...almaklumlah, kebiasaannya mereka nak sedondon...bg aku sedondon ke x sedondon adalah perkara kedua. Yang paling penting adalah kesihatan di pagi raya tu sendiri...kalo x sihat mcmana nak beraya kan. 

InsyaAllah tahun ni, aku akan beraya dihalaman sendiri sbb tahun lepas dah ke tempat mertua. Mebbe raya ke 3 atau ke 4 baru balik ke sana...Putrajaya. Orang balik ke kg, aku plak balik ke bandar...hahahaha...

Apa-apa jelah...paling utama sekarang adalah menghabiskan ibadah puasa ni dgn kalo boleh penuh dengan amalan yang berkat, yelah, kalo kita just berpuasa je, ibadah2 lain seperti solat kita abaikan, berkat ke puasa kita. Penat je kita berpuasa disiang hari, akhirnya dapat penat jer kan...tp itu semua kerja Allah sw. Kita hanya mampu merancang, semuanya adalah ditangan tuhan. Tp, kita hendaklah disiplin kan diri kita, samada Allah nak terima ke tidak amalan kita, kita x tau. Yang penting kita buat semuanya dengan penuh khusyuk dan tawadduk. Aik...macam ustaz dah.


Oklah kengkawan, kita jumpa lagi di coretan lain...insyaAllah...semoga semuanya mendapat setinggi-tinggi pahala atas apa jua amalan ibadat yang dilakukan.




Monday, August 1, 2011

Rebah Bukan Titik Akhir

REBAH BUKAN TITIK AKHIR

GEGAK GEMPITA MALAM ITU
SELURUH PELUSUK MALAYA MENGHARAPKAN SESUATU
BAGAIKAN PESTA  MENYAKSIKAN SEMUANYA BERGANDING BAHU
SORAKAN KALLANG HANYUT ENTAH KE MANA
DITELAN GEMPITA HARIMAU MALAYA

MALAM ITU NGAUMANMU CUKUP GAH
TEMPIKAN MU CUKUP NYARING DAN MENAKUTKAN
KUKUMU CUKUP TAJAM DAN SANGAT BERBISA
BULUMU BERKILAT DAN BERGEMERLAPAN
TARINGMU SUDAH DIASAH DENGAN SEMPURNANYA
DENGAN PADUAN SORAKAN APIT DI SEKELILINGMU
KAU SEPERTI RAJA YANG SANGAT DIHORMATI

NAMUN NASIBMU TIDAK SEINDAH YANG DIHARAPKAN
KETENTUAN ILAHI MELANGKAUI SEGALA-GALANYA
APA YANG DICITA APA YANG DIRANCANG
SEMUANYA TIDAK MENJADI KENYATAAN
KAU REBAH DI CAKAR SINGA-SINGA YANG ENTAH DARI MANA DATANGNYA

AHHH...PERSETANKAN SEMUA ITU
KAU SEBENARNYA LEBIH GAGAH, CUMA NASIBMU YANG TIDAK BERPIHAK
LUKAMU ITU PASTI SEMBUH DALAM BEBERAPA PURNAMA INI
CUMA JANGAN LUPA ASAHKAN TARING DAN KUKUMU SEMULA
AGAR TIDAK TUMPUL SELAMANYA
JADIKAN KETEWASAN ITU SATU PENGAJARAN YANG TERBAIK
USAH TERUS KECEWA KERANA PELUSUK MALAYA SENTIASA BERSAMAMU....

Ramadhan oh Ramadhan...

Assalamualaikum semua,

Hari ni dah masuk hari ke2 kita berpuasa. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan seperti yg dirancang. Termasuklah anak2 aku, Alya dan Aina dan telah berjaya melepasi rintangan hari pertama yg penuh mencabar. Doa aku adalah semoga mereka diberi kekuatan untuk melepasi rintangan bagi keseluruhan Ramadhan kali ini.

Alhamdulilah juga aku telah sebulan bekerja di tempat baru, dan aku berjaya mengharungi sebulan itu dengan penuh yakin dan bersemangat. Cuma kali, aku hanya berharapan dan berdoa agar Aidilfitri yang akan menjelang menjadi hari raya yang paling bermakna dalam hidupku. Aku sedar banyak yang perlu aku lakukan untuk mencapai hasrat itu tetapi aku sanggup melakukan apa saja demi kebahagiaan mereka.
Kunci kejayaan sebenarnya terletak ditangan kita dan Allah sw yg menentukan segalanya. IzinNya juga yang aku harapkan. Kepada isteriku, anak-anakku, dan seluruh umat Islam yg membaca titipan, sama-samalah kita bekerja keras beribadat di bulan Ramadhan ini demi mengejar keberkatan yang ada didalammya. Jangan persiakan segala yang ditawarkan kerana belum tentu kita akan bertemu dengannya di tahun hadapan.  Semoga kita mendapat rahmat dariNya dan beroleh kekuatan iman untuk mengharungi cabaran dan dugaan di bulan puasa ini. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.....

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE