Nuffnangs

Tuesday, November 6, 2012

Tanah Lot atau Rumah Dari Pemaju?

AsSalam

Lama dah aku tak jenguk dan post entri kt dlm blog. Semalam aku berborak dengan beberapa orang kawan. Yang sorang beria bercerita yang dia nak beli rumah daripada pemaju, Harga kalo x silap aku dalam RM250k hingga RM350k. Pergh boleh tahan gak harga dia.

Seingat aku masa aku buat rumah di Kluang tahun 2007 dulu, harga termasuk tanah dalam RM210k je. Siap dengan 7 bilik yg sederhana besar, 3 bilik air, dapur kering dan basah, laman yang luas, pagar elektrik, tembok pagar dsb. Masa tu harga tanah dlm RM55k.

Pada aku sebagai layman yang naif dlm construction material dan dsbnya, aku serahkan bulat2 pada arkitek dan kontraktor yang dicadangkan oleh arkitek. Masa tu aku mmg x tau yang kita boleh mohon untuk buat Construction Loan dari institusi kewangan dengan margin pinjaman sehingga 95%. Alhamdulillah apa yang aku idamkan tercapai walaupun belum cukup memuaskan hati.

Actually aku pun mcm diaorang juga dulu, mula2 sewa rumah. Lepas tu beli rumah yang aku sewa tu jenis terrace. Nak senang kata orang. Sebab rumah terrace atau  rumah dari pemaju kebanyakkannya kita x perlu keluar banyak duit dulu. Kadang2 tu sampai zero moving costs pun ada. Tapi bila dah beli, rasa kesian dengan anak2 sbb x boleh main dengan bebas. Nak bawa basikal main kat luar pun kena berhati2 sbb kereta dan kenderaan banyak.

Itulah yang aku cakap dengan member tu. Lebih baik beli tanah dan buat rumah terus dan guna construction loan spt yang aku buat. Kita boleh design rumah kita sendiri dengan kehendak kita sendiri. Kalo tanah dlm RM75 atau 80K, kos rumah dalam RM200k, so kita hanya keluarkan RM280k untuk rumah idaman kita, Pada aku rumah RM200k dah boleh dpt dlm 5 bilik, 4 bilik air dan mcm2 lagi, Design pulak dengan citarasa sendiri. Terpulang dengan apa yang kita nak. 

Bayangkan kalo kita beli rumah dr pemaju dengan harga RM280k. Kalo boleh masuk cuci kaki je x pe. Ni kita nak masuk, kena buat grill, pasang tiles, wiring, lampu, kipas, suis tambahan, alarm system dan sebagainya. Rasanya tak mati dalam RM20k lagi untuk itu semua.

So decide le sendiri. Makin lama kita berfikir, harga tanah makin naik dan harga rumah pun makin naik. Buat keputusan dengan bijak untuk masa depan kita dan anak2.

Harap pendapat atau pandangan ni boleh berikan korang jalan untuk memilih yang terbaik untuk korang.

wassalam.... 

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE