Nuffnangs

Tuesday, July 31, 2012

SEDETIK LEBIH

Ini sudah lebbey...mana ada sedetik lebih, kurang adalah. Ntahlah kenapa hari ni terasa sangat lesu sedangkan pagi tadi aku bersahur melantak nasi goreng dengan kuih donut baki berbuka semalam. Mebbe aku kurang tido kot. Ataupun kerana aku x berapa sihat. 2 hari lepas memang lagi teruk sebab demam dan selsema. La ni kepala masih biol dan selsema belum betul2 sembuh. Tapi kerja tetap kerja. Tu yang membuatkan aku bertambah tension....huwarghhhhh! Kerja  memang banyak tapi aku dah siapkan separuh. Tinggal lagi satu Afidavit yang perlu disiapkan. Tapi  aku ketandusan idealah. Tunggu mereka punya application tak sampai2, tu yg membuatkan aku fed up.  

Hari ni dah masuk 12 hari berpuasa, lagi 18 hari Syawal akan menjelma (macam pantun lah pulak), persiapan raya masih terkontang kanting nih...nasib baik baju raya anak2 aku dah settlekan sebelum puasa lagi. Legalah ckit. Tapi aku rasa macam tak de mood nak raya lah. kenapa ek? Aku cuma berharap agar anak2 dan isteri aku bahagia dan gembira jer di hari raya ni.

Aku tengok bazar ramadhan kat Kluang nih memang meriah tahun ni tapi takat hari ni aku belum singgah lagi kat sana. Balik kerja dah dkt pkl 6, sibuk amik anak2 balik sekolah. Malam pulak sibuk hntr si akak pegi tuisyen sampai pkl 945. Mana ada masa. Balik rumah dah penat. Beli kuih2 atau air pun kat tepi jalan jer. Nasib baik wife aku rajin memasak bulan ramadhan ni, so save ckit duit beli juadah buka atau sahur. Alhamdulillah....

La ni pulak tengah berlangsungnya Sukan Olimpik. Balik jer mengadap tv tgk perkembangan kat sana. tapi takat ni belum ada yang menarik sebab olahraga belum start. Acara yang aku nantikan ialah 100 meter lelaki. Nak tengok sape lelaki paling pantas kat dunia tahun ni. Rasanya Usain Bolt dah ada pencabar dari negara sendiri. Kita tengoklah jelah nanti. Yang x bestnya ialah kebanyakan acara menarik berlangsung awal pagi waktu Malaysia. Mana ada masa nak tengok. Dah le penat berpuasa, takkan nak bersengkang mata lak demi olimpik. Baik aku buat solat terawih atau bertadarus. Bertambah juga pahala aku. Lebih2 kalo acara sukan renang ke atau diving ke atau gimnastik untuk wanita. pergh...berapa banyak lah pahala puasa aku yang hilang haritu. Chit buang karen betul lah. So macamana? tepuk dada tanya iman kata budak2 sekarang.

Sedetik lebih atau kurang semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. Kita yang buat kitalah yang tanggung. Dan terngiang-ngiang ditelinga aku ceramah yang pernah aku dengar, hidup di dunia ni hanya sementara, semuanya adalah pinjaman semata-mata. Tidak ada satu pun harta di dunia adalah hakmilik mutlak kita, even tanah yang atas nama kita yang berdaftar tu pun bukan milik kita sebenarnya. Semuanya akan kembali ke Sang Pencipta, Allah Azza Wajalla.  Walau sebesar mana dosa yang pernah kita lakukan, Allah sw itu Maha Pengampun. Mintalah keampunan dariNya sebelum kita kembali kepadaNya untuk selama-lamanya.    

Review : Malaysia vs Manchester City 2012

Semalam telah berlangsung perlawanan antara Malaysia dan Manchester City di Stadium Bukit Jalil yang berkesudahan Malaysia tewas 1-3. 

Jaringan2 oleh Sergio Aguero, Carlos Tevez dan Adam Johnson bg Man City dan Azzamudin bagi Harimau Malaya.

Bagi aku, perlawanan semalam memang agak berat sebelah pada beberapa bhg perlawanan. Maksudnya, di separuh masa pertama, jelas penguasaan penuh oleh Man City yang mana kita lihat ball possession adalah 60:40 dan ada ketika hampir 70:30. 

Man City jelas menguasai bhg tengah dengan Yaya Toure mengemudi bhg itu sambil dibantu oleh Suarez. Bhg serangan mereka amat mengancam menerusi Aguero dan Tevez dibhg tengah dan Kolarov (kiri) dan Johnson (kanan).

Namun begitu, aku tabik dengan barisan pertahanan negara yang dikemudi oleh Aidil Zafuan bersama dengan Subra serta Azmi dan Bunyamin yang begitu agresif menghalang pergerakan lawan walaupun seringkali mati langkah dengan gerakan cantik oleh Aguero dan Tevez yang begitu lincah.

Separuh masa pertama, Man City hanya berjaya membolosi gawang Malaysia sekali dengan hasil gerakan cantik oleh Aguero yang disudahi oleh beliau sendiri yang jelas mengecewakan Farizal yang beraksi cemerlang sepanjang perlawanan.

Separuh masa kedua, Man City mengatur strategi awal yang mana hasil umpanan cantik Aguero disudahi oleh Tevez dengan ledakan kaki kirinya. Malaysia seolah-olah terpaku dengan jaringan itu yang mana permainan Malaysia agak kucar kacir selepas itu. Safee dan Norshahrul jelas tidak berdaya untuk menembusi pertahanan lawan yang dikemudi oleh Kalo Toure dan Zabaletta. Setiap gerakan mereka dikunci dan aku lihat Norshahrul tidak menunjukkan permainan yang baik malam tadi. Gelecekan beliau tidak menjadi dan sentiasa tersekat. Begitu juga dengan Safiq Rahim yang jelas keletihan dan tidak konsisten.

Aku faham situasi pemain2 muslim yang berpuasa dan mereka boleh diberi "excuse" kali ini dan untuk itu aku berikan ucapan tahniah kepada mereka semua yang berjaya mengharungi perlawanan semalam dengan baik.

Kemasukan Badrol, Khyril, Azzamudin, Faizal, Ahmad Shakir, Rozaimi Rahman dan Ridwan Taj dilihat mengubah sedikit corak serangan dan pertahanan Malaysia. jelas di suku terakhir perlawanan Malaysia banyak menumpukan serangan dibhg kiri dan kanan. Gerakan Rozaimi dan Azzamudin kerap kali mengkucar kacirkan pertahanan lawan. Dilihat Zabaletta juga keletihan di babak akhir tersebut.

Ketika penonton mulai pasrah dengan kekalahan Malaysia kali tanpa jaringan, gerakan Azzamudin pada minit ke 90, hasil hantaran dari Mahali berjaya memperdaya Zabaletta dan berjaya memasuki kotak penalti Man City. Penjaga Gol Man City, Johannsen cuba menghalang namun Azzamudin lebih cepat membuat sepakan grounder yang deras melepasi jangkauan Johannsen. Bergempita Stadium Bukit  Jalil dengan sorakan lebih 50 ribu penyokong kedua-dua pasukan yang puas hati dengan jaringan tersebut.

Secara keseluruhan, Harimau Malaya bermain baik cuma tidak konsisten dibeberapa bahagian yang perlu diambil perhatian seperti bek kiri dan kanan serta bahagian serangan. Faktor cuaca, padang dan juga keletihan juga perlu diambil kira. Safee dan Norshahrul perlu lebih bijak dan tenang dalam mengawal bola dan melihat rakan-rakan yang lain kerana "team work" adalah kunci kejayaan pasukan yang mempunyai fizikal yang kurang seperti Malaysia.  Jelas dilihat bahawa Shahrul sering cuba mengelecek walaupun situasi tidak mengizinkan. Ini akan membantutkan serangan dan membolehkan lawan membuat counter attack yang boleh membahayakan. 

Pujian boleh diberikan kepada Kunalan, Gary Steven Robart dan juga Aidil untuk perlawanan  malam tadi yang mempamerkan permainan konsisten serta penuh kesungguhan.

Manakala bagi Man City pula, aku boleh bagi thumbs up pada Kolarov, Aguero, Tevez, Johnson, Zabaletta, adik beradik Toure yang bermain cukup baik dan membanggakan. Untuk musim BPL yg baru ini, pasukan lain harus memberikan perhatian kepada pemain2 di atas. Aguero dan Tevez memang cukup pantas dan mempunyai daya kawalan bola yang cukup baik. Dalam cuaca dan keadaan padang yang tidak begitu baik, mereka boleh bermain dengan cemerlang, apatah lagi jika bermain digelanggang mereka sendiri! Good luck untuk team ini.







Kepada team Harimau Malaya, jadikan semua perlawanan yang diharungi sebagai pemangkin kejayaan di Piala AFF Suzuki nanti dan semoga berjaya mengekalkan kejuaraan berturut-turut. 

Thursday, July 26, 2012

Arsenal Tour 2012 : vs Manchester City

                          vs
Malam ni team Arsenal akan turun menentang team dari BPL juga, Manchester City yang abru dinobatkan sebagai juara BPL 2011/12.


Korang agaklah apakah keputusan perlawanan ini kan. tapi pada aku kalo Arsenal main macam mereka main lawan Malaysia  tempoh hari, aku agaklah mereka mungkin akan tewas dengan jumlah jaringan yang besar. Bukannya  aku nak menidakkan keupayaan Malaysia hari tu tapi permainan Arsenal ketika itu tidak mencapai grade yang sepatutnya. Level antara Malaysia dan Arsenal jauh tapi Malaysia  mempamerkan semangat juang yang agak tinggi manakala Arsenal pula dilihat ketandusan striker atau penyudah tepat.

Apa-apapun tahniah sekali kepada pasukan Malaysia yang bermain dengan yakin dan bersemangat.

Cerita pasal perlawanan malam ni, difahamkan perlawanan ini diadakan di Beijing, China bermula jam 7 petang waktu tempatan dan tiada siaran langsung untuk tatapan peminat2 semua.

Antara kedua-dua pasukan ni, aku x sokong mana2 tapi aku harapkan agar Arsenal menang untuk menaikkan semangat pemain kita apabila berhadapan dengan Man City hari Isnin depan. Moral pemain agak tinggi ketika ini tetapi sekiranya Man City menang besar malam ni, moral dan semangat pemain Malaysia pasti akan turun sedikit kerana beranggapan bahawa Man City adalah terlalu gagah berbanding Arsenal. Itu hanya anggapan aku sahaja. Korang buatlah penilaian sendiri.

Tentang pemain2 yang akan diturunkan oleh kedua-dua pasukan, aku belum dapat berita lagi tetapi yang pasti adalah Van Persie tidak akan bermain kerana dikatakan tidak dibawa semasa tour kali ini. Vermaelen pula difahamkan akan diturunkan untuk menguatkan barisan pertahanan Arsenal. Begitulah gamaknya.

Kepada fan kedua-dua pasukan ini, harap bersabarlah menanti keputusannya  dan aku pasti akan update bila sahaja perlawanan tamat.


Ramalan kaji Cuaca

Subhanallah...

cuaca hari ni kat Kluang sungguh panas sehingga mencecah 38' celcius. Hari ni plak aku terpaksa out station ke JB. Pergh memang bebtul2 menduga keimanan dan kesabaran aku di bulan Ramadhan ni.

hari ni dah masuk hari ke 6 umat Islam berpuasa dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Harap kesihatan kami sekeluarga akan baik sepanjang bulan Ramadhan ni.

Bercakap pasal cuaca ni, aku difahamkan mengikut kajian Pusat kaji Cuaca Malaysia adalh seperti berikut :-


Kluang
Ramalan Cuaca untuk 7 Hari bagi Kluang
Khamis, 26/07/2012

Hujan sementara di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Hujan sementara di satu dua tempat
 Malam : Tiada Hujan
 Minimum : 25 °C
 Maksimum : 33 °C
Jumaat, 27/07/2012

Hujan sementara di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Hujan sementara di satu dua tempat
 Malam : Tiada Hujan
 Minimum : 25 °C
 Maksimum : 33 °C
Sabtu, 28/07/2012

Ribut petir di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Ribut petir di satu dua tempat
 Malam : Tiada Hujan
 Minimum : 25 °C
 Maksimum : 33 °C
Ahad, 29/07/2012

Ribut petir di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Ribut petir di satu dua tempat
 Malam : Tiada Hujan
 Minimum : 25 °C
 Maksimum : 33 °C
Isnin, 30/07/2012

Ribut petir di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Ribut petir di satu dua tempat
 Malam : Tiada Hujan
 Minimum : 25 °C
 Maksimum : 33 °C
Selasa, 31/07/2012

Ribut petir di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Ribut petir di satu dua tempat
 Malam : Tiada Hujan
 Minimum : 25 °C
 Maksimum : 33 °C
Rabu, 01/08/2012

Cuaca Baik
Sepanjang Hari
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Tiada Hujan
 Malam : Tiada Hujan
 Minimum : 24 °C
 Maksimum : 32 °C


tapi nampaknya ramalan kali ni jauh meleset. Langsung x de hujan mahupun awan mendung kat sini.

Tapi diharapkan semoga Allah sw memberikan kesejukan di dalam kepanasan ini dan semoga ibadah puasa kita diberkati dan diterima olehNya.

kepada semua umat Islam, jangan ponteng puasa walau apa2 situasi korang (kecualilah keadaan memang benar2 tidak mengizinkan).


Wednesday, July 25, 2012

Ulasan Perlawanan Malaysia vs Arsenal 2012

Begitu mengujakan...itu yang dapat aku katakan kat sini. Perlawanan semalam merupakan. satu perlawanan yang cukup seimbang bagi kedua-dua pasukan walaupun ke
sudahannya Malaysia tewas 1-2.

Pada separuh masa pertama Malaysia menurunkan pemain2 utama seperti Safiq Rahim, Kunalan, Bunyamin Omar, Safee Sali, NorShahrul Idlan, Azzamudin, Shakir Shaari, Aidil, Subramaniam  dan lain-lain. Jelas penguasaan bahagian tengah pasukan Harimau Malaya diketuai oleh Safiq begitu berkesan hinggakan pemain Arsenal berkejaran untuk mencari walaupun sekali sekala bek kita tenggelam dengan kelicikan pemain Arsenal yang rata2 adalah pemain muda dan baru. 

Malaysia nampak matang dengan corak hantaran pendek yang berkesan seperti Barcelona (walaupun mmg jauh kalo nak disamakan pun) tetapi sesekali melakukan through pass yang jelas memerangkap benteng lawan yang mempunyai pemain2 yang tegap dan tinggi. Beberapa kali Safee berjaya meloloskan diri dengan lorongan baik daripada Safiq yang dilihat boleh menghasilkan gol. Namun kecekapan penjaga gol Arsenal, Vito Mannone menggagalkan usaha Malaysia. Namun akhirnya, Azmi Muslim meletakkan Malaysia di hadapan dengan ledakan cantik kaki kiri daripada jarak lbh kurang 30 meter. Dilihat pemain bek Arsenal melakukan rantaian terhadap NorShahrul dan Safee yang membolehkan Azmi bergerak bebas dan berjaya melakukan sepakan itu.

Tiada Rosicky, Van Persie, Konchesny dan beberapa tonggak lagi di dalam team Arsenal kali ini. Bahagian tengah mereka hanya dikemudi oleh pemain baru seperti Andre Santos, Thomas Eisfeld, Chuks Aneke dan lain-lain. Namun begitu mereka mempunyai Mikel Arteta, Abou Diaby, Alex Song, Gervinho, Theo Walcott, Oxlade Chamberlain, Marouan Chamakh yang agak berpengalaman. Namun mereka gagal untuk menembusi benteng akhir Malaysia yang dikawal oleh Farizal Marlias yang menggantikan Khairul Fahmi yang masih belum cergas sepenuhnya.

Pertukaran pemain yang drastik dipihak Malaysia jelas mengubah haluan permainan terutama di bahagian pertahanan yang mana dengan ketiadaan Aidil, Subramaniam di bahagian tengah serta Bunyamin dan Azmi Muslim menjejaskan rentak Malaysia yang agak sedikit kucar kacir diakhir babak kedua. Ini menyaksikan Arsenal berjaya mengasak kubu Malaysia menerusi Theo Walcott dan juga Ryo dibahagian kiri dan kanan dan mendapatkan 2 gol dalam 5 minit terakhir perlawanan yang dijaringkan oleh Aneke dan Eisfeld.

Namun, pendedahan semua pemain termasuk Rozaimi Abdul Rahman yang dimasukkan sebagai bek kiri Malaysia jelas menjadi satu pengajaran dan pendedahan berguna kepada mereka semua untuk menghadapi perlawanan seterusnya iaitu menentang Manchester City pada 30hb Julai ini.

Diharapkan pemain2 Harimau Malaya boleh bermain seperti ini lagi atau lebih baik lagi yang mana perlawanan berikut ini bukanlah satu perlawanan yang biasa tetapi menentang pasukan yang menjuarai BPL 2012. Kita tunggu sahaja kesudahannya dan semoga pemain2 bermain secara konsisten seperti ini.



Tuesday, July 24, 2012

Terkini Malaysia vs Arsenal ; 2012 Arsenal Tour

Jaringan Azmi Muslim pada minit ke 47 separuh masa pertama meletakkan Malaysia dihadapan.

Jaringan ini jelas mengejutkan pemain2 Arsenal yang rata2 over confident namun pemain2 Malaysia jelas bermain sebagai satu pasukan...mcm Barcelona main seh. Possession 50:50 yang mana ini jarang berlaku dan ini menunjukkan kematangan pemain2 Malaysia menghadapi pasukan yang nyata lebih kuat.

Harimau Malaya 1 Arsenal 0.....Aummmmm!!!!!!

So nantikan update seterusnya. final result malaysia vs arsenal 1-2

Monday, July 23, 2012

Malaysia vs Arsenal



Malam ni Harimau Malaya akan bertemu sekali lagi pasukan Arsenal selepas bertemu tahun lalu. Ketika itu Malaysia tewas 4-0 dan mereka berharap akan dapat menewaskan Malaysia dengan jumlah jaringan yang sama atau lebih. Chit...ingat ni team anak kucing ke...ini Harimau Malaya la. Kuku dah pun diasah cumanya mungkin tumpul sedikit dengan ketiadaan Safiq Rahim, Khairul Fahmi dan Ahmad Shakir yang dikatakan masih lagi belum pulih dari kecederaan. Apa-apapun diharapkan mereka dapat cergas sebelum perlawanan malam ni.

Bagi aku, Safiq Rahim adalah senjata paling utama kerana beliau mempunyai keupayaan untuk menjaringkan gol dalam situasi bola mati. Aku percaya mereka akan merantai Safee Sali yang ketika ini masih bergelut untuk mencapai prestasi terbaik beliau dan seorang lagi penyerang kemungkinan besar NorShahrul Idlan yang aku rasa juga akan digari oleh Arsenal. Shahrul adalah pengumpan dan kaki dribble yang baik, tanpa beliau susah untuk memasuki benteng Arsenal. Aku harapkan agar penyerang muda Rozaimi berada dalam skuad malam ini kerana sememangnya Malaysia ketandusan striker yang baik ketika ini.


Difahamkan perlawanan akan bermula pada pukul 945 mlm dan dipercayai ada siaran langsung di channel Supersport 813 bermula jam 930 mlm ni bagi yang tak berkesempatan untuk ke Stadium. Bola-bola juga, solat jgn dilupa. Hahaha...begitulah prihatinnya FAM kepada peminat2 bolasepak semuanya.

Memandangkan aku bukanlah fan Arsenal, so aku harapkan agar Malaysia menang malam ni.

Aummmm....Harimau Malaya!

Mimpi Boleh Menjadi Petunjuk Gangguan Jin


Assalamualaikum...



Semalam semasa merehatkan badan selepas solat Isyak, aku dapat ilmu daripada youtube berkenaan mimpi boleh jadi petanda gangguan jin. Saja aku nak kongsikan kat sini untuk jadi pengetahuan kepada rakan2 semua.

Antara mimpi yang boleh menjadi petanda gangguan. Yang pertama, jatuh daripada tempat  tinggi. Samada kita selamat atau tidak semasa jatuh tu. Kadang2 tu selepas jatuh, kita boleh terbang pulak. Dah jadi macam superman atau kita ada kuasa untuk terbang. Yang ni aku tambah je. Yang penting kita mimpi jatuh tersebut.

Yang Kedua, mimpi dikejar binatang berbisa seperti ular, kala jengking  atau lipan atau binatang ganas yang menyebabkan kita ketakutan yang teramat sangat. Disebabkan oleh mimpi tersebut kita terbangun dengan tercungap-cungap dan terasa kepenatan yang teramat sangat.

Yang Ketiga, mimpi rumah dimasuki binatang2 berbisa seperti di atas dan lebih buruk sekiranya kita mimpi dipatuk atau dibelit ular atau disengat binatang berbisa tersebut.

Yang keempat, mimpi menyusukan bayi atau menggendong budak kecil. Yang ini kebiasaan dikaitkan dengan saka yang mengikuti kita

 Sekiranya, rakan2 ada mengalami mimpi2 seperti yang diatas dan terasa badan atau diri korunk semua lain seperti lemah, sentiasa pening2, sakit dibahagian bahu atau belakang, bangun tidur ada lebam2 di bahagian badan, nak bangun tidur susah sangat, cepat-cepatlah mencari orang ilmuan atau yang bijak pandai untuk mengubati korunk. Kemungkinan anda terkena gangguan jin atau iblis ini.  

Ayat-ayat....

Ayat yang paling senang untuk diamalkan untuk mengelakkan gangguan jin ialah ayat akhir Surah Al Baqarah iaitu Ayat Kursi. Amalkan setiap kali habis solat dan sekiranya terasa yang sgt tidak menyenangkan di rumah bolehlah azan ditengah-tengah rumah, kalo ada tiang seri, azan di tiang tersebut sekuat-kuatnya. InsyaAllah jin akan lari dan benci utk dtg ke rumah anda. Sebelum tidur, bacalah basmalah 21 kali, 3 Qul dan juga ayat kursi, insyaAllah anda akan tidur nyenyak tanpa gangguan.

Renung-renungkan dan selamat beramal! 


MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE