Assalamualaikum...
Semalam semasa merehatkan badan selepas solat Isyak, aku dapat ilmu daripada youtube berkenaan mimpi boleh jadi petanda gangguan jin. Saja aku nak kongsikan kat sini untuk jadi pengetahuan kepada rakan2 semua.
Antara mimpi yang boleh menjadi petanda gangguan. Yang pertama, jatuh daripada tempat tinggi. Samada kita selamat atau tidak semasa jatuh tu. Kadang2 tu selepas jatuh, kita boleh terbang pulak. Dah jadi macam superman atau kita ada kuasa untuk terbang. Yang ni aku tambah je. Yang penting kita mimpi jatuh tersebut.
Yang Kedua, mimpi dikejar binatang berbisa seperti ular, kala jengking atau lipan atau binatang ganas yang menyebabkan kita ketakutan yang teramat sangat. Disebabkan oleh mimpi tersebut kita terbangun dengan tercungap-cungap dan terasa kepenatan yang teramat sangat.
Yang Ketiga, mimpi rumah dimasuki binatang2 berbisa seperti di atas dan lebih buruk sekiranya kita mimpi dipatuk atau dibelit ular atau disengat binatang berbisa tersebut.
Yang keempat, mimpi menyusukan bayi atau menggendong budak kecil. Yang ini kebiasaan dikaitkan dengan saka yang mengikuti kita
Sekiranya, rakan2 ada mengalami mimpi2 seperti yang diatas dan terasa badan atau diri korunk semua lain seperti lemah, sentiasa pening2, sakit dibahagian bahu atau belakang, bangun tidur ada lebam2 di bahagian badan, nak bangun tidur susah sangat, cepat-cepatlah mencari orang ilmuan atau yang bijak pandai untuk mengubati korunk. Kemungkinan anda terkena gangguan jin atau iblis ini.
Ayat-ayat....
Ayat yang paling senang untuk diamalkan untuk mengelakkan gangguan jin ialah ayat akhir Surah Al Baqarah iaitu Ayat Kursi. Amalkan setiap kali habis solat dan sekiranya terasa yang sgt tidak menyenangkan di rumah bolehlah azan ditengah-tengah rumah, kalo ada tiang seri, azan di tiang tersebut sekuat-kuatnya. InsyaAllah jin akan lari dan benci utk dtg ke rumah anda. Sebelum tidur, bacalah basmalah 21 kali, 3 Qul dan juga ayat kursi, insyaAllah anda akan tidur nyenyak tanpa gangguan.
Renung-renungkan dan selamat beramal!
No comments:
Post a Comment
Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!