Nuffnangs

Friday, December 31, 2010

1.11.11....Any meaning to you?

1.11.2011


Sometimes I feel, there will be a new change when a new year come and I'm really hoping that it will change some of my lifestyles.
Sadness, unhappiness, unprosperous business, really make my life different...with a bucket of credit cards debt lying on the grounds. Now I feel that it has to be changed drastically without any compromisation...now, this  minute, this second!

Holding my hands tight, actually the vision already been set up earlier when every Muslim celebrated our new year in early Dec 2010, and from there I'm not looking back and aiming that in the year 2014, I can clear up all the debts and live in debt free situation...pray to God to grant my wishes...amin!

To all frens, I wish each and every of you a Happy New Year and pray that our lives is blessed with happiness, long lives, prosperity and good health through out the year... 

To Malaysian football team 2010, you're  at true Malaysian Heroes that brings back the memories of Malaysian superb year,s a decade or two ago...wish that the team will be more success and hoping that they will shine further in the Asian and world stage...go, go Malayan Tigers...

Wednesday, December 29, 2010

Malaysia vs Indonesia Piala AFF Suzuki 2010 Final Kedua




Tahniah....3000x kepada pasukan Malaysia. Anda adalah juara Piala AFF Suzuki yang terkini.

 -Safiq dan rakan-rakan meraikan kejuaraan bersama Piala AFF Suzuki-

Apa lagi yang hendak dikatakan oleh penyokong2 Indonesia, jelas dengan pancaran laser yang ditujukan kepada pemain Malaysia sepanjang perlawanan tidak langsung mengganggu rentak permainan dan konsistensi prestasi pemain yang jelas menggunakan taktikal berkesan mengekang serangan Indonesia yang tampak begitu terdesak lebih2 lagi setelah Safee Sali menjaringkan gol bagi team Malaysia...

Barisan pertahanan yang begitu kebal diketuai oleh Muslim Ahmad dan Fadzli Shas jelas menunjukkan kematangan mereka dan mereka tampak konsisten dan merupakan bekal terbaik bagi pasukan Malaysia. ketiadaan Mahali Jasuli di bek kanan diganti dengan berkesan oleh Sabre Abu walaupun jelas ada sedikit kekurangan dibahagian itu.

Ashaari yang menggantikan Amirul Hadi berjaya menjalankan tugasnya dengan baik dan hantaran cantik beliau secara through pass kepada Safee Sali sememangnya bertaraf antarabangsa dan penyudahan tepat oleh Safee menjelaskan bahawa Malaysia bukan datang ke Indonesia sekadar untuk bertahan.

Namun nasib tidak menyebelahi pasukan Malaysia, sedikit kelalaian dan gol sendiri oleh Muslim Ahmad memberikan kemenangan yang melegakan penyokong Indonesia yang secara hakikatnya telah mengakui bahawa piala AFF tahun ini adalah milik Malaysia...

Namun begitu, 2 gol tidak memadai bagi timnas Indonesia kerana setelah dibolosi satu gol, mereka perlu mencari sekurang-kurangnya 5 jaringan  untuk menang...namun itu bukanlah mudah kerana Harimau Malaya pada kali ini bukanlah lagi harimau muda yang tumpul taringnya, Harimau Malaya kini sudah cukup matang dan bersedia dari segenap segi...dan mereka sangat terdesak!

Tahniah sekali lagi kepada pasukan Malaysia dan bagi pasukan Indonesia, team anda juga sangat sporting dan penuh dengan semangat kesukanan tinggi. Namun bukan nasib kalian kali ini, mungkin dilain kali.

Jelas, ngauman Malayan Tigers kali ini telah menggegar dan menggegerkan pelosok belantara nusantara dan andalah raja rimba yang tersohor dan terhormat!



Tuesday, December 28, 2010

Piala AFF Suzuki 2010 : Final kedua Malaysia vs Indonesia

HARIMAU MALAYA VS PANCARAN LASER VS GARUDA VS COLI JUPE

Malam ini adalah penentu kepada segalanya, malam untuk menangkis segala cercaan, tohmahan, cacian, makian, hinaan dan bermacam-macam "an" lagi.



Bermula dengan kutukan berkenaan dengan penggunaan cheat  laser yang dikatakan menjadi punca kekalahan Indonesia di Bukit Jalil tempohari, pengunaan dukun atau bomoh oleh pasukan Malaysia hinggalah kepada statement yang dikeluarkan oleh Julia Perez (Jupe) berkenaan dengan kemarahan beliau hingga sanggup menayangkan colinya untuk memerangkap pemain Malaysia, cukuplah wahai penyokong Indonesia, sedarlah bahawa permainan bolasepak adalah permainan berpasukan, bukan individu dan inilah yang menjadi tonggak kepada segala kecemerlangan pasukan Harimau Malaya ketika ini...

Pemain Malaysia takkan goyah dengan apa jua percubaan yang akan dilakukan oleh mu, penyokong Indonesia, jangan katakan coli, kalo diletakkan penanri bogel sekalipun, takkan tercabar ketabahan pemain-pemain kita...sama-samalah kita berdoa kepada tuhan agar kemenangan mutlak menjadi milik kita malam ini.
 
Walau laser ultraman dipancarkan, walau Garuda mengamuk dipadang, walau coli dilayangkan, walau apa2 lagi yang akan dilakukan oleh Indonesia, namun semangat perjuangan harmoni Harimau Malaya yang gagah tidak akan luntur...

Kepada semua pemain-pemain Malaysia, teguhkan imanmu, tetapkan pendirianmu, yakinkan dirimu bahawa Piala Suzuki ini akan dibawa pulang ke Malaysia malam ini....Hidup Malayan Tigers....Hidup Malaysia!

MALAYAN TIGERS WILL MAKE THE GARUDAS AS THEIR MEAL TONITE...!!!!!

Sunday, December 26, 2010

Ngaumanmu Memecah kesunyian Malam

Puisi : Ngaumanmu Memecah kesunyian Malam

Tersentak dari lamunan yang panjang
lalu mengasah taring dan kukumu
setajam belati yang berkilat dihujungnya
untuk menghapuskan keaiban yang terpalit
adakah engkau sudah bersedia untuk maju dan menghancurkan musuhmu
pastinya engkau lebih garang dan gagah kali ini
tetapi adakah engkau sudah bersedia....

Tiba-tiba terdengar ngaumanmu di purnama berikutnya
gegak gempita memecah sunyi malam
bukan sekali tetapi 3 kali engkau bertempik
kukumu kini telah menyiat dan menghancurkan daging-daging mangsamu
engkau kini tampak terlalu garang
taringmu terlekat daging merah yang dulunya angkuh dan sombong
pastinya engkau tidak mau untuk melepaskan mangsamu itu pergi
tapi adakah engkau akan merelakan ianya terjadi

Seluruh belantara Malaya kini jelas akan mengingatimu
raja rimba yang gagah dan perkasa
Tapi jangan kau biarkan taring dan kukumu tumpul kembali
asahlah dengan emas yang tersedia di sana
Jangan biarkan Gelora melemaskanmu
pantang undur sebelum melangkah
tiada istilah tewas di dalam jiwa
teruskan egomu untuk menguasai rimba nusantara
ego bukan bererti sombong dan angkuh
tapi demi tanah tumpah darahmu yang tercinta......

Nukilan : Talam keladi

"Khas buat Pasukan Bolasepak Malaysia yang akan turun menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno. pada 29hb Dis ini..semoga mereka berjaya membawa pulang Piala AFF Suzuki kali ni"

Monday, December 20, 2010

Malaysia vs Indonesia Piala AFF Suzuki 2010

Final.....selepas 14 tahun menunggu...mungkinkah Malaysia akan menjulang Piala tersebut bagi edisi kali ini...? Satu persoalan yang harus dilihat dari sudut yang positif, kerana sekiranya bersandarkan kepada prestasi Indonesia pada edisi kali, jelas Malaysia sukar menandingi kehebatan pemain-pemain Indonesia yang jelas lebih berpengalaman dan berkeyakinan ketika berhadapan dengan pasukan kita.

Jadi, apakah anak2 buah K Rajagopal boleh mengatasi masalah konsistensi dalam permainan dan mengekalkan tahap disiplin yang tinggi seperti dalam perlawanan menentang Vietnam tempoh hari, 26hb Disember 2010 ini adalah penentu kepada prestasi sebenar pemain-pemain Malaysia.

Perlawanan timbal balik yang akan di adakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 26hb Disember 2010 dan di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia pada 29hb Disember 2010 merupakan titik tolak kepada kebangkitan dramatik kepada pasukan muda Malaysia.
Jika dilihat kepada perlawanan antara Malaysia dan Vietnam pada 18hb yang lepas, jelas menunjukkan taktikal disiplin yang begitu baik dilakukan oleh pasukan Malaysia walaupun boleh dikatakan pasukan negara bernasib baik juga, penyerang2 Vietnam gagal melakukan penyudahan tepat walaupun  dihidangkan dengan belasan cubaan ke arah gol Malaysia. tetapi harus diingat bahawa Indonesia mempunyai penyerang2 berbisa yang jelas lebih ampuh penyudahannya seperti Gonzales yang menjaringkan 2 gol ketika mengalahkan Filipina, Yongki, Okto, Bambang Pamungkas, Firman Utina (kapten) dan ramai lagi. Sekiranya Malaysia masih menagamalkan corak permainan "less possession" sedemikian, pasti padah akan menimpa....

Kekurangan pegangan terhadap bola dan ketidaktepatan dalam hantaran pasti akan menggugat pencapaian Malaysia kali ini...namun jika dilihat dari sudut stamina dan kecergasan pemain, jelas menunjukkan pemain kita boleh bertahan sehingga 90 minit.

Pemain2 pertahanan perlulah lebih bijak dalam mengawal bola, bukan sekadar untuk keluarkan bola sahaja tapi perlulah membuat hantaran tepat yang pantas untuk memerangkap lawan. Barisan petahanan seperti Muslim Ahmad, Fadhli, Sabre Abu/ Mahali Jasuli, Asrarudin adalah pemain2 yang bagus, cuma kadang-kadang cepat panik menyebabkan kekasaran dilakukan. Contohnya Mahali yang ketika ini merupakan pemain yang paling banyak menerima kad kuning dan kad merah, pastiny beliau tidak mahu perkara ini berulang ketika pertemuan Akhir nanti. Dibandingkan dengan Sabre Abu, Mahali lebih tegap dan laju tetapi kekurangan pengalaman di arena antarabangsa. Sesiapapun yang diturunkan dibahagian pertahanan ini perlulah bersikap lebih tenang dan lebih berkomunikasi antaras satu sama lain untuk mengelakkan kesilapan yang pastinya akan menyukarkan penjaga gol.
Dibahagian tengah, Amar Rohidan, Safiq Rahim, Kunalan, Amirul Hadi menjadi tunjang kepada bahagian serangan dan diharapkan mereka juga lebih tenang dan lebih bersemangat untuk membantu penyerang negara iaitu Norshahrul dan Safee Sali. Ketika menentang Vietnam di Malaysia di mana Malaysia menang 2-0, jelas menunjukkan bahawa gandingan Safee dan Safiq begitu berjaya. Amirul Hadi dan Kunalan juga hebat diposisi masing2. Didoakan agar semangat pemain Malaysia tidak luntur dan lebih bermotivasi selepas diaibkan oleh Indonesia dipusingan awal dengan jumlah jaringan yang dikatakan tidak masuk akal.

Dendam dan amarah kepada kekalahan itu perlulah diterjemahkan dengan satu sikap tidak mudah menyerah kalah dan bermain bermati-matian dan janganlah diterjemahkan dengan kekasaran dan pergaduhan.
Semoga Malaysia beroleh kejayaan nanti....VIVA HARIMAU MALAYA....NGAUMANMU JELAS KEDENGARAN KINI....

puisi  untuk Malaysia...HARIMAU MALAYA SATU TRANSFORMASI

Tuesday, December 14, 2010

Malaysia vs Vietnam Piala AFF Suzuki 2010

Pertemuan separuh akhir pertama antara Malaysia vs Vietnam ini diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 8.00 malam ini.

Sudah pasti perlawanan ini akan sengit dengan kehadiran ribuan penyokong Harimau Malaya yang semestinya teringin sangat melihat kejayaan  dipihak pasukan Malayan Tiger ni....kepada sesiapa yang belum beli tiket...cepat2 ke kaunter tiket stadium. Kita ramai2 sokong pasukan kita dan doakan kejayaan anak2 buah K Rajagopal ni.

Kepada sesape yang tidak berkesempatan ke stadium, lekatlah di depan tv malam di saluran 812 Astro Superspot untuk siaran secara langsung atau mungkin juga TV1 RTM akan bersiaran secara langsung...harap2 adalah kan...kesian yang x de Astro atau ada Astro tp x amik channel sukan...hehehe!

Thursday, December 9, 2010

Bermulanya Sebuah Cerita Benar....Episod 4

Bermulanya Sebuah Cerita Benar....Episod 4

Pada 3hb Disember 2010, hari Jumaat, plan kami pada hari ini adalah untuk berjalan-jalan sekitar Taiping dan acara yang pertama adalah ke Zoo Taiping yang terletak berdekatan dengan Lake Garden.

Tiket masuk adalah RM12 utk dewasa dan RM6 utk kanak-kanak.

Mulanya memang excited sangat nak masuk terutamanya anak-anak tapi bila dah masuk, adrenalin kami menurun, sebabnya.....


-menunggu tramp-




-nampak tak lotong bulu kuning kat pokok tu...hehe tak nampak, maknanya...-







Actually, aku dah malas nak amik gambar binatang sbb dah banyak sangat gambar...so korang boleh pg sendiri kat zoo ni cumanya aku nak bg tau yang kat sini x de animal show, so pusing le zoo ni sampai korang puas...anyway kalo nak try Night Safari, ble lah dtg kat sini waktu malam...tiket dia mahal ckit.

Lepas puas mengambil udara zoo yang berbagai tu, sampai seluar baju aku pun bau zoo, kitaorg  bergerak ke MRSM Taiping (x-school wife aku dulu)...dia kata nak mengimbau kenangan silam, so kitaorg pun pergilah sana bersama-sama dengan ibu dan bapa mertuaku....tgk muka wife, penuh dengan syahdu syahdan dah....


-Ni pintu masuk ke MRSM Taiping- 


-di depan kolej kenanga tmpt tinggal dia dulu-
a


Memandangkan hari tu hari Jumaat, maka kami meninggalkan MRSM Taiping tepat jam 12.30 tgh, dan terus mencari masjid yang terdekat...pusing2 tak jumpa, last2 tunggu adik ipar dtg jadi runner, dan bersolatlah kami di Masjid Telekom.

Lepas solat, perut mulalah melagukan lagu rock kali ni, apa tidaknya, dah pukul 2 lebih rupanya. So kami bercadang utk ke KFC di Pekan Taiping, malangnya tak jumpa. Puas dah tawaf 3-4 kali, last2 wife teringat satu  kopitiam yang agak terkenal di sini yang dikenali sebagai Restoran Yut Sun yang terletak ditengah-tengah Pekan. Kalo nampak Esso, berdekatan dengan pam minyak itulah.

Yang best kat sini adalah Chicken Chop dia yang agak unik kuahnya...UTK KE SANA, korang google lah KAT SINI :  RESTORAN YUT SUN TAIPING



-CHICKEN CHOP-



Tanggal 4hb Disember 2010, adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua org yang datang ke Taiping (semua org, hehehe betul ker) sebab hari ini adalah hari di mana pihak keluarga Hazwan akan menyambut menantu yang diadakan di rumah homestay En Abdul Rahim (bapa Hazwan) yang terletak di Taman (ntah x ingat la plak) tapi berdekatan dengan Burmese Pool. 

Bergerak dari tumah persanggahan lebih kurang jam 12 tgh, disebabkan ada beberapa lagi ahli keluarga yang menunggu di Zoo Taiping, sampai di sana dalam pukul 12.30 tgh...kami berkumpul di satu kawasan letak kereta di jalan masuk ke Burmese Pool. Lebih kurang pkl 1.15 mcm tu barulah semboyan dibunyikan menandakan kami dibenarkan masuk ke perkarangan rumah pengantin...masa nilah hujan mulai turun, mulanya rintik2 jer tapi kemudiannya bertambah lebat hinggakan aku terlupa nak amik gambar pengantin. haha....

Dalam pukul 4 lebih mcm tu, kami pun bertolak balik ke rumah bersanggah dan take a nap dalam sejam (nap ke tu)...lepas solat, kami pun meneruskan misi seterusnya iaitu Doli Char Kwey Teow.





5hb Disember 2010, pagi2 lagi kami telah bertolak balik ke selatan, kali ni destinasi kami adalah Pekan Tronoh di mana terdapatnya satu kedai makan yang dikenali sebagai Mee Udang Banjir Tronoh. Dengar je dah terliur kan, kepada yang makan see food lah...hehe. Yang membuatkan kami teruja sangat adalah harga mee udang special kat sini cuma RM6-50 jer. tak percaya ker...jomle ikut kami.
Perjalanan dari Taiping ke Tronoh melalui exit Tol Jelapang memakan masa lebih kurang sejam 1/2. sampai di sana.....




-Bangunan Lama Kolonial-



Kesian ayah mertuaku, termenung dia, kedai yang dicari tutup. Tak tau kenapa, tapi yang kami dapat lihat, kedai sedang diubah suai...lupa nak amik gambar kedai tu...cer cari kat bawah pokok


 -signboard dia- (ehsan blog siswazah tani)


-kat depan tulah lokasi Warung Mee Udang Banjir Tronoh-


 -Pekan Tronoh Dgn Bangunan Lama Zaman Jepun-


Lepas kehampaan sambil menyanyi lagu hampa oleh To'ki, kami pun meneruskan perjalanan ke kawasan bandar baru Tronoh utk mencari kedai makan, akhirnya kami singgah di satu restoran  melayu yang mmg hampeh...kedai jer besar, menu ciput...tapi alhamdulillah dapatlah juga kami memenuhkan perut kami dengan sarapan pagi.

Sedang kami makan, abg Radzi dan Kak Ni pun sampai, dijemputnya kami ke rumahnya yang tak jauh dari situ. Hendak tak hendak, kami pun ke sana lah dulu. Lepas berehat, kami dihidangkan dgn makan tgh. Melantaklah kami dulu dengan lauk ikan jacket panggang, sayur labu dan lauk pauk yang lain. Lepas solat zohor, barulah kami berlepas  ke Kuala Lumpur.
Begitulah berakhirnya destinasi percutian kami sekeluarga dari Kluang ke Putrajaya ke Gua Musang ke Taiping ke Penang dan ke Tronoh yang begitu tragis dan penuh dramatik hinggakan berepisod untuk menghabiskannya..

Semoga kalia semua terhibur dengan cerita seram di atas....jumpa lain dengan destinasi lain. Wassalam....



Wednesday, December 8, 2010

Bermulanya Sebuah Cerita Benar....Episod 3

Bermulanya Sebuah Cerita Benar....Episod 3

Masa kat Penang tu, mulanya kitaorg nak try nasi kandar kayu yg mmg terkenal tu...pusing2 punya pusing (tangan ikut style mamak), restoran tu tutup la plak...teringat la satu tempat nasi kandar yang mmg pioneer kat Penang, Nasi Kandar Line Clear...

Masa tu guna GPS, tgk mcm dekat2 jer...memandangkan kami dah terlajak, so teruskan jelah perjalanan ke satu Museum yang unik iaitu Toys Museum kat dgn Copthorne Orchid Hotel di Jalan Tanjung Bungah. Ikut jeer jalan nak ke Batu feringghi, mesti jumpa la.

Tiket masuk RM10 utk dewasa dan RM6 utk kanak-kanak....silalah tgk foto2 yang aku amik kat sana...banyak gak...yang bestnya, camera dan video cam dibenarkan di bawa masuk...









Pintu masuk ke sana...











My kids and nephew....































Lepas penat pusing dalam museum, perut kami pun dah mula Keroncong untuk Ana...so bermulalah pencarian kami mencari Kedai Nasi Kandar Line Clear yang terkenal tu.....

Pusing2 last GPS menunjukkan ia terletak berdekatan dgn Restoran Nasi Kandar Kayu atau dgn kata lain dihadapan restoran itu.

Terletak dicelah-celah lorong di Jalan Penang,  dikatakan kedai ini telah dibuka sejak tahun 1947 lagi...pergh lama sangat tu...

-Inilah kedainya-


-Pak Mertua dan Ibu mertuaku dah makan kat tmpt lain, so melepaslah diaorg nak rasa nasi kandar kat sini-








Kalo korang sumer nak tau, harga kat sini mmg berpatutan sgt2, korang bayangkan le, kitaorg makan 5 orang siap nasi beriani dgn ayam, air mcm2 termasuk cendol pulut 4 mangkuk baru RM53.00, murah tak? So, tmpt ni aku recommended bg korang semua kalo korang pegi Penang....

Lepas dah penat makan, kami pun mencari masjid utk solat zohor. Masa tu hujan mulai turun, pusing-pusing jumpa satu masjid yang secara keseluruhan warnanya biru...mmg cantik masjid tu. Alhamdullillah, kami semua selamat bersolat dgn tenangnya kat sana.

Selepas berehat sebentar, tgk jam dah pukul 4.30 ptg, memandangkan kami dah jamak solat kami, xpedisi diteruskan utk ke Padang Kota Lama yang memang terkenal dengan sotong kangkung dan pasemburnya...



 -my dearie-







Mula-mula tgk cendol yang anak aku makan punyalah mengancam, jadi tanpa membuang masa orderlah lagi satu...secara fizikalnya mmg terbaiklah tapi bila dah makan, cendolnya spoil le...keras kejung...perut dah mmg kejung pun...lagi tadi melantak jer kerjanya...haha




Oklah episod ni sampai disini saja...jangan lupa jenguk episod berikutnya....bye!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE