Nuffnangs

Monday, December 20, 2010

Malaysia vs Indonesia Piala AFF Suzuki 2010

Final.....selepas 14 tahun menunggu...mungkinkah Malaysia akan menjulang Piala tersebut bagi edisi kali ini...? Satu persoalan yang harus dilihat dari sudut yang positif, kerana sekiranya bersandarkan kepada prestasi Indonesia pada edisi kali, jelas Malaysia sukar menandingi kehebatan pemain-pemain Indonesia yang jelas lebih berpengalaman dan berkeyakinan ketika berhadapan dengan pasukan kita.

Jadi, apakah anak2 buah K Rajagopal boleh mengatasi masalah konsistensi dalam permainan dan mengekalkan tahap disiplin yang tinggi seperti dalam perlawanan menentang Vietnam tempoh hari, 26hb Disember 2010 ini adalah penentu kepada prestasi sebenar pemain-pemain Malaysia.

Perlawanan timbal balik yang akan di adakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 26hb Disember 2010 dan di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia pada 29hb Disember 2010 merupakan titik tolak kepada kebangkitan dramatik kepada pasukan muda Malaysia.
Jika dilihat kepada perlawanan antara Malaysia dan Vietnam pada 18hb yang lepas, jelas menunjukkan taktikal disiplin yang begitu baik dilakukan oleh pasukan Malaysia walaupun boleh dikatakan pasukan negara bernasib baik juga, penyerang2 Vietnam gagal melakukan penyudahan tepat walaupun  dihidangkan dengan belasan cubaan ke arah gol Malaysia. tetapi harus diingat bahawa Indonesia mempunyai penyerang2 berbisa yang jelas lebih ampuh penyudahannya seperti Gonzales yang menjaringkan 2 gol ketika mengalahkan Filipina, Yongki, Okto, Bambang Pamungkas, Firman Utina (kapten) dan ramai lagi. Sekiranya Malaysia masih menagamalkan corak permainan "less possession" sedemikian, pasti padah akan menimpa....

Kekurangan pegangan terhadap bola dan ketidaktepatan dalam hantaran pasti akan menggugat pencapaian Malaysia kali ini...namun jika dilihat dari sudut stamina dan kecergasan pemain, jelas menunjukkan pemain kita boleh bertahan sehingga 90 minit.

Pemain2 pertahanan perlulah lebih bijak dalam mengawal bola, bukan sekadar untuk keluarkan bola sahaja tapi perlulah membuat hantaran tepat yang pantas untuk memerangkap lawan. Barisan petahanan seperti Muslim Ahmad, Fadhli, Sabre Abu/ Mahali Jasuli, Asrarudin adalah pemain2 yang bagus, cuma kadang-kadang cepat panik menyebabkan kekasaran dilakukan. Contohnya Mahali yang ketika ini merupakan pemain yang paling banyak menerima kad kuning dan kad merah, pastiny beliau tidak mahu perkara ini berulang ketika pertemuan Akhir nanti. Dibandingkan dengan Sabre Abu, Mahali lebih tegap dan laju tetapi kekurangan pengalaman di arena antarabangsa. Sesiapapun yang diturunkan dibahagian pertahanan ini perlulah bersikap lebih tenang dan lebih berkomunikasi antaras satu sama lain untuk mengelakkan kesilapan yang pastinya akan menyukarkan penjaga gol.
Dibahagian tengah, Amar Rohidan, Safiq Rahim, Kunalan, Amirul Hadi menjadi tunjang kepada bahagian serangan dan diharapkan mereka juga lebih tenang dan lebih bersemangat untuk membantu penyerang negara iaitu Norshahrul dan Safee Sali. Ketika menentang Vietnam di Malaysia di mana Malaysia menang 2-0, jelas menunjukkan bahawa gandingan Safee dan Safiq begitu berjaya. Amirul Hadi dan Kunalan juga hebat diposisi masing2. Didoakan agar semangat pemain Malaysia tidak luntur dan lebih bermotivasi selepas diaibkan oleh Indonesia dipusingan awal dengan jumlah jaringan yang dikatakan tidak masuk akal.

Dendam dan amarah kepada kekalahan itu perlulah diterjemahkan dengan satu sikap tidak mudah menyerah kalah dan bermain bermati-matian dan janganlah diterjemahkan dengan kekasaran dan pergaduhan.
Semoga Malaysia beroleh kejayaan nanti....VIVA HARIMAU MALAYA....NGAUMANMU JELAS KEDENGARAN KINI....

puisi  untuk Malaysia...HARIMAU MALAYA SATU TRANSFORMASI

2 comments:

  1. Nur, sama2lah kita berdoa utk kejayaan Malaysia kali...semoga berjaya...1 4 all, all 4 1...

    ReplyDelete

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE