Nuffnangs

Saturday, May 29, 2010

World Cup Jersey 2010

Salam frens, kepada sesiapa yang berminat dengan jersi-jersi world cup silalah emel kat aku sebab la ni jersi2 ni stoknya terlalu limited. Harga cuma RM50 termasuk kos penghantaran. emel aku abubakaranuar@yahoo.com atau mytrajet@gmail.com atau sms ke 0127256698 untuk pengesahan stok.

Friday, May 28, 2010

talam keladi: World Cup Jersey 2010

talam keladi: World Cup Jersey 2010

Rice Crisps by Mister Potato Review

Semalam aku dah beli Mister Potato perisa hot & spicy kat 7 eleven. Aku beli satu jer. Nak rasa dulu. Kata orang ia lg sedap daripada jenama "P". Sampai kat rumah, belum sempat aku buka, anak-anak dah merampasnya daripada aku. Dapatlah rasa dalam 5 keping. Pergh...melatoppp lah rasa dia. Memang berbeza betul dan satu cannister mmg tak cukup untuk makan 4 org. Bagi sesiapa yang tak tahan pedas, jangan takut sebab kepedasannya ternyata mendatangkan rasa yang lain yang tak pernah anda rasai sebelum ini. Pasti anda akan teringat-ingat akan kepedasannya, kepanasannya dan kelazatannya yang memang lain dari yang lain. Sampai serdaknya pun dituang ke dalam mulut, Bayangkanlah! Sayang kamera aku rosak pulak nak ambil foto-foto ketika aku sedang makan mister kentang tu. Esok rasanya aku nak pg beli lagi. Kali ni aku akan pastikan aku punya 1 cannister, tak nak kongsi-kongsi lagi. Hehehe...mister potato tunggu...aku akan makan kau sorang-sorang. Nak rasa juga perisa yang lain, mungkin esok aku akan beli keempat-empat perisa yang ada. Jangan marah ya pada sesiapa yang belum menjamah mister kentang ni, cepat-cepatlah ke kedai yang berdekatan ye. Tunggulah komen aku yang lain pasal perisa yang lain pulak.

Thursday, May 27, 2010

“I wanna watch Toy Story 3”

Hi guys, I'm really excited right now...even my daughters also are so eager to watch this new sequel of toy story. What will happen this time to Andy, Buzz, Woody and the gang? My heart is thumping like a train which running out of gas...hahahaha. I heard there are many new toys have been included in this movie. I have chosen the cutest one which is Lots-O'-Huggin'-Bear. A Cute pink colour bear with a walking stick. What is that for? Anyway he is so cute and I think he will become a good friend to Andy, Buzz and Woody. When it will come out for screening? Good question...I also don't know. Harharhar. What i heard is it 18th June....? We have to wait and see until it's officially launch. Until that time, be patience and be a good citizen ok.

Friday, May 21, 2010

World Cup Jersey 2010

Salam....
World Cup is just around the corner....support your team by wearing their home and away kit.. As the demand of the WC jersey is uprising, all the jerseys are considered limited stock. The size either M or XL is depending to the stock.So hurry up while stock last. For limited time only we are selling the jersey only RM55.00 inclusive shipping costs. Any inquiries please email to ; abubakaranuar@yahoo.com or just sms to 0127256698 Payment can be made to Maybank Acc 501066014856 (Anuar Abu Bakar)

Pictures of JUALAN PENGHABISAN STOK BAGI BARANGAN TERPILIH - Kluang - Jewelry - Watches

Pictures of JUALAN PENGHABISAN STOK BAGI BARANGAN TERPILIH - Kluang - Jewelry - Watches

Thursday, May 20, 2010

Jersey EPL dan La Liga 2009/10 - Kluang - Clothing - arsenal malaysia

Salam Semua....check this out. Clearance stock sale...last chance. Only Rm36.00 inclusive shipping. Don't miss out frenz.....Man U Home, Away Black, Away White, Chelsea 3rd kit, Liverpool w/o sponsor etc Just click the link :- Jersey EPL dan La Liga 2009/10 - Kluang - Clothing - arsenal malaysia

Saturday, May 15, 2010

Malaysia 0 China 3

Hampa....kecewa.....hampeh!!!!! Apa dah jadi dengan skuad badminton Piala Thomas kita kali ni....kalah kepada China sekali lagi. Disaksikan oleh lebih kurang 10,000 penyokong dan tumbang pula dihalaman sendiri. 3-0....Tidak ada orang yang mempertikaikan tentang kalah menang dalam satu pertandingan kerana ia adalah adat pertandingan...tapi kalah dengan caranya, dengan maruahnya, dengan semangatnya, dengan melawannya....bukan dengan kekalahan yang diibaratkan sebagai pertandingan antara kelicap dengan sang helang! Bermula dengan kapten ie datuk.....apa dah jadi....malas dan kurang bijak....tidak menggunakan akal...tertekan dengan diri sendiri...apa ni! 21-17 dan 21-8...(8 satu angka yang amat mengecewakan). Persoalannya mengapa bawah sepuluh....tidak setaraf dengan taraf beliau sebagai pemain no 1 dunia. Diperkotak katikkan oleh lawan yang bukan baru pertama kali beliau temui. Beregu No 1 Malaysia menyusul selepas itu....dengan aksi yang begitu baik diperingkat kumpulan dan suku akhir tap kecundang kepada beregu veteran China dengan jinaknya...hampeh!!!! 21-12 dan 21-10...kalau dicampur dua-dua mata sekalipun baru 22... Baik sikit daripada angka 8 yang diperolehi oleh Datuk....kenapa boleh jadi seperti itu? Dimana semangat beregu yang amat dikenali dengan semangat melawan yang tinggi. Terlalu banyak "unforced error" yang dibuat oleh mereka berdua. Menyusul selepas itu single veteran yang sepatutnya wajar bersara lebih awal sebelum Piala Thomas lagi. Dengan harapan menggunung bak pungguk merindukan bulan...beliau memberikan harapan dengan semangat melawan di set pertama tapi akhirnya tewas dengan 21-16...peminat ketika ini masih lagi menaruh harapan agar beliau bangkit lebih bersemangat di set kedua. Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Beliau tumpas dengan terlalu mudah...sama seperti pemain-pemain negara yang lain...terlalu banyak unforced error...hampa. Tumbang dengan 21-7 adalah amat-amat dikesali dan tidak dapat diterima akal. Tetapi itulah hakikatnya yang berlaku. Aku rasa single kedua kita ni merasakan bahawa sekiranya beliau kalah sekalipun tiada apa-apa kerana pemain-pemain harapan lain sudah kecundang terlebih dahulu...kalau betullah apa yang aku rasakan maka ayng silapnya adalah percaturan pengurusan yang meletakkan beliau sebagai single kedua dan bukannya Hafiz Hashim yang rasanya lebih berkeyakinan tinggi setelah mencatat kemenangan ke atas pemain Denmark. Lebih baik letakkan pemain muda yang mentah kerana kalau kalah sekalipun, tiada apa yang boleh dikesalkan dan sekurang-kurangnya tiada harapan tinggi diletakkan ke atas mereka. Nampaknya, kita terpaksa menunggu 2 tahun lagi untuk mencuba merampas Piala Thomas dan membawa pulang ke tanah air...tetapi apakah strategi pengurusan selepas ini. Namun begitu, aku sebagai rakyat Malaysia yang amat sayangkan pasukan negara merasakan bahawa mental dan psikologi pemain haruslah ditingkatkan lagi terutama terhadap pemain-pemain China. Hentikan perasaan badi ketika bertemu Pemain China terutama Datuk Lee Chong Wei yang jelas menunjukkan kegugupan ketika menentang Lin Dan. Lantaran itu, aku sangat-sangat mengharapkan agar pengurusan mengambil langkah proaktif untuk mengatasi masalah ini. hatiku kecewa........

Wednesday, May 12, 2010

Jalan2 di Sabah 7

Salam semua.... kali ni aku nak cerita hari ketiga aku kat Kota Kinabalu....semalam dah penat shopping. Hari ni nak travell laks. bermula jam 7.30 pg, aku dan usop dah bersiap nak ke Poring Hot Spring kat Ranau. Sebelum tu kami telah mengalas perut kat kedai bersebelahan dgn Fook Yuen...makanannya x berapa ok. Bedal ajelah. Fizi dan Lan x dpt ikut...isteri Lan x brp sihat.... So aku dan usop pun memulakan perjalanan kami ke kundasang yg letaknya lebih 3 jam perjalanan dr KK. Menyusuri pada mulanya jalan 2 lorong tp setelah melepasi papar, jalannya menjadi 1 lorong yg menaiki bukit. Siapa yang pernah pergi cameron highland, hah macam tulah jalannya. Aku perhatikan sepanjang perjalanan tu, setiap kampung di lereng gunung akan terdapat gereja. Musykil aku kenapa boleh jadi mcm tu. X de satu pun masjid...boleh aku simpulkan kat sini yang kawasan ni merupakan kawasan org2 Kristian. Sampai di Kinabalu Park iaitu kawasan kaki gunung Kinabalu, cuaca amat dingin yang dianggarkan dalam 18-19 darjah celsius. berkabus dan boleh merasa titisan air. Aku telah mengikuti kereta usop hingga satu tmpt yang agak curam dan merasakan yang kereta kami x kan dapt naik. kami pun berpatah balik. Kami lepak2 di situ sambil mengambil gambar lebih kurang dalam 30 min dan meneruskan perjalanan ke Kundasang. Hajat kami ke Poring akhirnya terpaksa dibatalkan memandangkan jaraknya yang masih jauh dan waktu yang semakin suntuk. Mencari Pekan Kundasang rupanya bukan perkara yang mudah bagi first timer macam kami dan kami keliru dimanakah lokasi yang sebenarnya Pekan itu. Setelah terlepas lebih kurang 5 min perjalanan barulah kami sedar bahawa Pekan Kundasang sudah jauh kami lewati dan terpaksalah kami berpatah balik. Singgah di Kundasang, kami telah membeli buah-buahan utk di bawa pulang ke Hotel. Murah amat buah kat sini. Lepas bergerak melepasi Kinabalu Park, Fizi sms yg dia baru jer sampai ke Kinabalu Park. Terkojut Den. Poie jugak pokcik ni. Sampai dihotel jam menunjukkan lebih kurang pkl 2 ptg, kami bercadang utk melawat muzium Sabah. Kami makan tengahari di sebuah restoran dihadapan Muzium. Hujan mula turun dengan lebatnya ketika itu. Selesai makan, kami pun masuk ke Muzium dan ketika itu hujan masih lagi mencurah turun. Kami menghabiskan lebih kurang 2 jam di sana. Nasib kami kurang baik kerana kami tidak dapat melawat kawasan sekitar muzium yang mana terdapat perkampungan mini masyarakat seperti rumah panjang dan muzium2 kesenian yang lain kerana waktu itu hujan turun terlalu lebat. Kami mengambil keputusan untuk pulang ke hotel dan berehat. Malam itu kami telah merancang untuk pekena seafood di Tanjung Aru. Namun kali ini Usop tidak dapat bersama-sama kerana telah dijemput untuk makan malam di rumah adiknya. Malam itu, aku, Fizi dan Lan telah pergi ke Tanjung Aru Food Court dan kami telah memilih gerai dihujung sekali. Menunya, ikan pais seekor, udang, ketam 2 ekor. Nampaknya x banyak pilihan di sini, cuma kelebihannya, cara masakan adalah pelbagai dan terdapat juga menu2 lain seperti masakan mee bergoreng dan sebagainya. Tgh sedap2 makan Dani buat hal. Menangis x henti2 kerana maukan susu. Aku rasa sebenarnya dia terlalu penat dan wanted to have a nap. Malam ini jumlahnya adalah RM150 ++++. Oklah jugak. Bertambah lg kolesterol aku. X pe janji puas walaupun sebenarnya x puas hati. Balik hotel aku anak beranak semuanya terbongkang kerana kepenatan. Nasib baik barang2 aku dah kemas petang tadi.

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE