Hampa....kecewa.....hampeh!!!!!
Apa dah jadi dengan skuad badminton Piala Thomas kita kali ni....kalah kepada China sekali lagi.
Disaksikan oleh lebih kurang 10,000 penyokong dan tumbang pula dihalaman sendiri.
3-0....Tidak ada orang yang mempertikaikan tentang kalah menang dalam satu pertandingan kerana ia adalah adat pertandingan...tapi kalah dengan caranya, dengan maruahnya, dengan semangatnya, dengan melawannya....bukan dengan kekalahan yang diibaratkan sebagai pertandingan antara kelicap dengan sang helang!
Bermula dengan kapten ie datuk.....apa dah jadi....malas dan kurang bijak....tidak menggunakan akal...tertekan dengan diri sendiri...apa ni! 21-17 dan 21-8...(8 satu angka yang amat mengecewakan).
Persoalannya mengapa bawah sepuluh....tidak setaraf dengan taraf beliau sebagai pemain no 1 dunia. Diperkotak katikkan oleh lawan yang bukan baru pertama kali beliau temui.
Beregu No 1 Malaysia menyusul selepas itu....dengan aksi yang begitu baik diperingkat kumpulan dan suku akhir tap kecundang kepada beregu veteran China dengan jinaknya...hampeh!!!! 21-12 dan 21-10...kalau dicampur dua-dua mata sekalipun baru 22...
Baik sikit daripada angka 8 yang diperolehi oleh Datuk....kenapa boleh jadi seperti itu? Dimana semangat beregu yang amat dikenali dengan semangat melawan yang tinggi. Terlalu banyak "unforced error" yang dibuat oleh mereka berdua.
Menyusul selepas itu single veteran yang sepatutnya wajar bersara lebih awal sebelum Piala Thomas lagi. Dengan harapan menggunung bak pungguk merindukan bulan...beliau memberikan harapan dengan semangat melawan di set pertama tapi akhirnya tewas dengan 21-16...peminat ketika ini masih lagi menaruh harapan agar beliau bangkit lebih bersemangat di set kedua. Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Beliau tumpas dengan terlalu mudah...sama seperti pemain-pemain negara yang lain...terlalu banyak unforced error...hampa. Tumbang dengan 21-7 adalah amat-amat dikesali dan tidak dapat diterima akal. Tetapi itulah hakikatnya yang berlaku.
Aku rasa single kedua kita ni merasakan bahawa sekiranya beliau kalah sekalipun tiada apa-apa kerana pemain-pemain harapan lain sudah kecundang terlebih dahulu...kalau betullah apa yang aku rasakan maka ayng silapnya adalah percaturan pengurusan yang meletakkan beliau sebagai single kedua dan bukannya Hafiz Hashim yang rasanya lebih berkeyakinan tinggi setelah mencatat kemenangan ke atas pemain Denmark.
Lebih baik letakkan pemain muda yang mentah kerana kalau kalah sekalipun, tiada apa yang boleh dikesalkan dan sekurang-kurangnya tiada harapan tinggi diletakkan ke atas mereka.
Nampaknya, kita terpaksa menunggu 2 tahun lagi untuk mencuba merampas Piala Thomas dan membawa pulang ke tanah air...tetapi apakah strategi pengurusan selepas ini.
Namun begitu, aku sebagai rakyat Malaysia yang amat sayangkan pasukan negara merasakan bahawa mental dan psikologi pemain haruslah ditingkatkan lagi terutama terhadap pemain-pemain China.
Hentikan perasaan badi ketika bertemu Pemain China terutama Datuk Lee Chong Wei yang jelas menunjukkan kegugupan ketika menentang Lin Dan. Lantaran itu, aku sangat-sangat mengharapkan agar pengurusan mengambil langkah proaktif untuk mengatasi masalah ini.
hatiku kecewa........
Apa ada pada nama...yg penting adalah keikhlasan hati, kejujuran jiwa dan ketulusan minda
Nuffnangs
Saturday, May 15, 2010
Malaysia 0 China 3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!