Salam semua....
kali ni aku nak cerita hari ketiga aku kat Kota Kinabalu....semalam dah penat shopping. Hari ni nak travell laks.
bermula jam 7.30 pg, aku dan usop dah bersiap nak ke Poring Hot Spring kat Ranau. Sebelum tu kami telah mengalas perut kat kedai bersebelahan dgn Fook Yuen...makanannya x berapa ok. Bedal ajelah.
Fizi dan Lan x dpt ikut...isteri Lan x brp sihat....
So aku dan usop pun memulakan perjalanan kami ke kundasang yg letaknya lebih 3 jam perjalanan dr KK.
Menyusuri pada mulanya jalan 2 lorong tp setelah melepasi papar, jalannya menjadi 1 lorong yg menaiki bukit. Siapa yang pernah pergi cameron highland, hah macam tulah jalannya.
Aku perhatikan sepanjang perjalanan tu, setiap kampung di lereng gunung akan terdapat gereja. Musykil aku kenapa boleh jadi mcm tu. X de satu pun masjid...boleh aku simpulkan kat sini yang kawasan ni merupakan kawasan org2 Kristian.
Sampai di Kinabalu Park iaitu kawasan kaki gunung Kinabalu, cuaca amat dingin yang dianggarkan dalam 18-19 darjah celsius. berkabus dan boleh merasa titisan air. Aku telah mengikuti kereta usop hingga satu tmpt yang agak curam dan merasakan yang kereta kami x kan dapt naik. kami pun berpatah balik.
Kami lepak2 di situ sambil mengambil gambar lebih kurang dalam 30 min dan meneruskan perjalanan ke Kundasang. Hajat kami ke Poring akhirnya terpaksa dibatalkan memandangkan jaraknya yang masih jauh dan waktu yang semakin suntuk.
Mencari Pekan Kundasang rupanya bukan perkara yang mudah bagi first timer macam kami dan kami keliru dimanakah lokasi yang sebenarnya Pekan itu. Setelah terlepas lebih kurang 5 min perjalanan barulah kami sedar bahawa Pekan Kundasang sudah jauh kami lewati dan terpaksalah kami berpatah balik.
Singgah di Kundasang, kami telah membeli buah-buahan utk di bawa pulang ke Hotel. Murah amat buah kat sini. Lepas bergerak melepasi Kinabalu Park, Fizi sms yg dia baru jer sampai ke Kinabalu Park. Terkojut Den. Poie jugak pokcik ni.
Sampai dihotel jam menunjukkan lebih kurang pkl 2 ptg, kami bercadang utk melawat muzium Sabah. Kami makan tengahari di sebuah restoran dihadapan Muzium. Hujan mula turun dengan lebatnya ketika itu.
Selesai makan, kami pun masuk ke Muzium dan ketika itu hujan masih lagi mencurah turun. Kami menghabiskan lebih kurang 2 jam di sana. Nasib kami kurang baik kerana kami tidak dapat melawat kawasan sekitar muzium yang mana terdapat perkampungan mini masyarakat seperti rumah panjang dan muzium2 kesenian yang lain kerana waktu itu hujan turun terlalu lebat.
Kami mengambil keputusan untuk pulang ke hotel dan berehat. Malam itu kami telah merancang untuk pekena seafood di Tanjung Aru. Namun kali ini Usop tidak dapat bersama-sama kerana telah dijemput untuk makan malam di rumah adiknya.
Malam itu, aku, Fizi dan Lan telah pergi ke Tanjung Aru Food Court dan kami telah memilih gerai dihujung sekali. Menunya, ikan pais seekor, udang, ketam 2 ekor. Nampaknya x banyak pilihan di sini, cuma kelebihannya, cara masakan adalah pelbagai dan terdapat juga menu2 lain seperti masakan mee bergoreng dan sebagainya. Tgh sedap2 makan Dani buat hal. Menangis x henti2 kerana maukan susu. Aku rasa sebenarnya dia terlalu penat dan wanted to have a nap.
Malam ini jumlahnya adalah RM150 ++++. Oklah jugak.
Bertambah lg kolesterol aku. X pe janji puas walaupun sebenarnya x puas hati. Balik hotel aku anak beranak semuanya terbongkang kerana kepenatan. Nasib baik barang2 aku dah kemas petang tadi.
Apa ada pada nama...yg penting adalah keikhlasan hati, kejujuran jiwa dan ketulusan minda
Nuffnangs
Wednesday, May 12, 2010
Jalan2 di Sabah 7
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!