Nuffnangs

Wednesday, February 8, 2012

Berhijrah atau tidak?

Salam pg Khamis semuanya,

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar cumanya jawapan belum dapat lagi. Skrg ni dalam kepala aku cuma satu iaitu kalo tak dapat pergi ke sana, aku akan terus berusaha memajukan diri di sini saja. Tp kalo dapat, alhamdulillah, rezeki Allah sw dan insyaAllah akan menjadi "the stepping stone" utk satu perubahan yang baik bg diri aku dan keluargaku.

Selama ni  banyak rupanya aku dah berdosa pada kedua ibubapaku...tak sangka ada perkara remeh yang kita fikirkan no hal lah, rupa-rupanya mrk sudah  berkecil hati dan rasa tersinggung...astaghfirullah apa yg dah aku lakukan. Nasib baik dapat tau, sempat gak lah mohon maaf dan keampunan dari mereka. Betul kata alim ulamak, syurga itu dibawah tapak kaki ibu (yang ni khas buat lelaki dan para suami je) sbb perempuan selepas kawin, syurga mrk adalah dibawah tapak kaki suami. Tp bila isteri tidak taat kepada suami dan tidak menghormati ibu bapa suaminya, maka nerakalah tmpt mereka sekiranya tidak sempat memohon ampun dan maaf daripada suami dan ibu kepada suaminya. Kerana keredhoan suami adalah keredhoan ibunya dan keredhoan ibunya adalah keredhoan Allah sw. Sekadar mengingatkan kepada diri sendiri dan rakan-rakan sekelian.

Cuba  kita muhasabah diri kita, bagaimana kehidupan kita skrg ni. Adakah bahagia dan berjalan lancar seperti yang diharapkan dan didoakan.  Kalo tak, contohnya kita rasa, duit sentiasa tidak mencukupi, keluarga kita kuca kacir, anak-anak tidak seperti yang kita harapkan, hidup sentiasa dalam gundah gulana, tidak tenteram dsb, maka cuba kita ingat kembali  apa yg telah kita lakukan kepada ibu bapa kita. Adakah kita jaga makan pakai mereka, kehidupan mereka , adakah mereka gembira dengan kehidupan kita sekarang, adakah mereka ada berkecil hati dgn kita, adakah mereka marah dengan kita atau isteri kita dsb..kalo ada cepat-cepatlah minta maaf dan mohon keampunan dari Allah sw dengan melakukan solat taubat, insyaAllah kita akan dapat lihat perubahan ketara selepas itu. Mungkin tidak secara drastik, tp perlahan-perlahan kita akan nampak kelainannya.

Bagi yang ada anak lelaki, ingatan kepada kaum wanita, syurga anak2 itu adalah dibawah tapak kaki anda. Muhasabah diri kita samada kita sudah berlaku adil kepada suami dan ibu mertua anda. Adakah kita menghormati, mengasihi, menyayangi ibu mertua kita sepertimana kita menghormati, mengasihi dan menyayangi ibu kita sendiri. Kalo belum sampai tahap itu, berusahalah ke arah itu. Walau sekejam mana dia, walau sebodoh mana dia, walau sehina mana dia, anggaplah dia sbg ibu kita sendiri. Sbbnya mudah, adakah kita mahu anak lelaki kita beristerikan wanita yang tidak menghormati, mengasihi dan menyayangi kita, sudah tentu tidak. bagaimana perasaan kita apabila diperlakukan seperti orang asing oleh anak kita sendiri. Bagaimana perasaan kita apabila anak lelaki kita tidak endahkan kita kerana terlalu mengikut kata-kata isterinya. Nauzubillah...berdoalah agar kita mendapat hidayah daripadanya. Ingatan ini adalah tulus ikhlas dari aku utk diriku dan rakan-rakan yang membaca tulisan ini.

Selagi kita hidup, berbaktilah dan berkhidmatlah  kepada kedua orang tua kita kerana pengorbanan mereka selama ini  tidak  boleh dibalas dgn wang ringgit. Apa yang mereka inginkan adalah kasih sayang dan rasa hormat kita kepada mereka. Kalo ada kemampuan, jangan lupa berikan kepada mereka setiap bulan. Kadang-kadang dgn wang yang sedikit yang kita berikan, Allah sw akan lipat gandakan rezeki kerana berkat dan doa dari ibu bapa kita itu. 

Berbalik kepada berhijrah atau tidak, semuanya adalah kehendak Allah sw, mana yang baik utk kita dan sekiranya rezeki kita ditempat itu, maka terimalah seadanya dan berusahalah utk lebih berjaya. Alhamdulillah selepas membuat solat istikharah, aku ada mendapat petunjuk...samada berhijrah atau  tidak...kita tunggu saja kesudahannya. 

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE