Nuffnangs

Friday, April 30, 2010

Jualan Bersih Stor 2010

Salam kengkawan semua, Aku nak bersihkan stor aku. So aku nak jual habis jersi EPL, La Liga dan Jersi World Cup 2010 La ni ada jersi :- 1) Manchester United Home saiz S, M dan XL 2) Manchester United Away Black saiz M 3) Liverpool away phantom Black kosong M dan XL 4) Arsenal Home red M dan XL 5) Manchester United Away White XL 6) Chelsea Away White M 7) Barcelona Home M dan XL 8) Real Madrid Home M dan XL 9) England Home White XL 10) Germany Home White XL P/S : Stok tak banyak so kalo nak cepat2...sila emel ke abubakaranuar@yahoo.com, bgtau jersi apa, saiz, kalo ada stok aku akan confirmkan ke emel korang semua. Jgn lupa sertakan emel korang k. Harga bole nego kalo beli lebih dari 1, maybe kita lesskan kat posting charges. Tq kengkawan.

Wednesday, April 28, 2010

Jalan-jalan di Sabah 6

Salam, sambung lg kita. sampai di pasar filipina, waktu tu dah agak tengahari. Panasnya bukan main sbb rasanya mcm nak hujan. Lebih2 lg kedudukan pasar tu terletak di tepi laut, maka keadaannya panasnya mmg terasa. Masuk ke dalam pasar tu, aku merasa puas sbb inilah dia pasar yg sering dikatakan oleh pengunjung bandaraya ni...bangga aku...yeah aku dah sampai kat sini. Tmptnya agak usang dengan bangunan papan yg aku agak dah lama sangat didirikan. Tp aku x survey bila mulanya pasar ni dibuka. Nnti bila aku buat research aku bgtau k. Mulanya kami survey seluruh kedai, nampaknya makin jauh ke dalam makin mahal lak harganya. jadi kami pun berpatah balik ke kedai yg mula kami masuk. Aku belilah souveniour utk kenalan dan keluarga. Wife aku belilah juga gelang, rantai dan cincin mutiara. Mentang2 mutiara murah, semuanya mutiara. Amboiiiii..... Ada satu kedai kat depan sekali sebelah pasar ikan kering, kedai tu nama dia kedai Pak Lah Kelantan. terkojut den dibueknyo. Orang kelantan berniaga kat sini. Tp hari tu kami telah ignore kedai tu, x tau kenapa. Lepas lebih kurang 2 jam lebih kat sana, aku, usop, Fizi dan Lan telah sepakat nak pg Lok Kawi Wild Life park kat Lok Kawi. Tp sebelum tu, kami nak memenuhkan perut dulu. So kami telah sepakat nak pg KFC yg terdekat. Rupa2nya x jauh pun , sebelah dia ada burger king lak tu. Nak makan kat mana ek? Akhirnya kami telah memilih KFC. Lepas makan, kami telah follow kereta usop utk ke Lok Kawi. Tiba2 hujan turun dengan lebatnya. Habislah kalo hujan ni tak berhenti. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 40 minit. Dengan keadaan hujan, masa yang diambil menjadi semakin panjang. Akhirnya kami sampai ke sana, malangnya hujan masih turun, terbantutlah hasrat kami untuk melihat prosboscis monkey yang hanya hidup di hutan borneo Nak tgk kat Zoo Negara mmg tak ada. Tau tak specis monyet ni? Ala yang hidung dia agak mancung tu, mcm belalai, perut buncit, bontot merah. Kalo tak sure, google lah k. Jadi kami pun berpatah balik ke pusat bandar KK dan terus balik ke bilik hotel utk berehat sementara menunggu malam. Malam ni kami dan plan nak pekena seafood lg kat tmpt yang sama. Kali ni lobster menjadi buruan kami.....haha tunggu kau lobster, aku datang menjemputmu. Tepat jam 8 malam, kami telah ke area PasarFilipina tu dengan menaiki kereta. Dengan kereta cuma amik masa 5 min jer. Nasib ada tmpt parkir kat pasar basah. Sebelum menjamu selera, kami diajak oleh Fizi utk ke pasar malamnya dulu. Memandangkan kami dah pg semalamnya, jadi kami pun hanya2 pusing jer. Lepas semuanya selesai menjelajah pasar malam tu, kami pun mengambil posisi kami di salah satu gerai seafood, tp bukan gerai yang kami pergi semalam. Katanya nak test market. Kali ni, aku, Fizi, Usop dan Lan telah memilih 4 ekor ketam, seekor ikan, seekor lobster yang berharga hanya RM60.00 dan beberapa ekor udang harimau....pergh mengancam beb. yang tak shioknya kat sini hanya dihidangkan dengan makanan yang digrill sahaja dengan kuahnya air asam. Kurang asam betul...tp pada aku oraitlah tu...itu yang aku suka pun. hehehe Apa yang kurang menyenangkan malam tu ialah air asamnya kurang menyengatlah dibandingkan dengan yang semalam. Kat sini kuahnya cair, dan kurang rasa. Apa boleh buat, bedal ajalah. Namun begitu, kehadiran awek bermata biru (lawa beb...lupa lak nak amik gambar dia) telah mengubat lara kami. Bukan main lain lg si Fizi menjual ubat, mcm2lah yang kami minta, airlah, limau lah, dari orang lain x mau, mesti minta dari awek tu. Itulah kisah hari kedua...macam2 kan. Itulah kisah seterusnya di hari yang ketiga pula.

Jalan-jalan di Sabah 5

Salam sejahtera semua, Hari kedua kami di KK bermula seawal jam 7.30pg. Hari ini kami telah bersetuju utk bersarapan bersama. Tepat jam 7.30pg, kami semua telah pergi ke sebuah restoran di dalam bangunan Asia City iaitu sebuah restoran melayu yang juga menjalankan bisnes dengan gaya kopitiam. Ada wifi di sini. Sistem layan diri juga. Ketika breakfast itulah kereta sewa kami iaitu sebuah perodua kancil telah sampai. Dihantar terus ke hotel oleh pemberi sewa iaitu En Azhan. Setelah melihat dan memeriksa kereta itu, aku pun berpuashati dengan kondisi kereta, cuma telah diberitahu yg kereta akan sedikit bergegar ketika perlahan, kemungkinan masalah clutch dan absorber. Sewanya adalah RM140 utk 2 hari. Fizi pula pada mulanya mempunyai masalah utk mendapatkan kereta sewa pada mulanya, tp akhirnya dapat juga sebuah kereta wira saloon dengan kadar RM120 sehari daripada syarikat Hawk. Ok jugak memandangkan masa itu adalah peak week yang mana semua kereta sewa telah habis ditempah. Manakala, Usop telah meminjam kereta kenari adik beliau. Setelah selesai breakfast, kami telah balik ke lobi hotel kerana diberitahu oleh Usop yg boss beliau juga berada di KK dan ingin membawa kami pusing2 KK. Namun, kami terpaksa menunggu kereta sewa Fizi dan lebih kurang 45 min menunggu , kereta yang ditunggu telah sampai dan urusan penyewaan selesai dalam masa lebih kurang 15 min kemudian. Selesai semua, kami pun bergerak dengan mengikuti kereta boss Usop, yang mana lokasi pertama yang kami pergi adalah Menara Tun Mustapha atau lebih dikenali sebagai Bangunan Yayasan Sabah. Ini adalah mercu tanda bagi Kota Kinabalu. pergh....tinggi jugak dan pemandangan juga agak menarik di situ. Selepas itu, kami telah berpatah balik ke pusat bandaraya dan diberitahu akan ke Pasar Filipina yang terkenal tu.

Saturday, April 24, 2010

Jalan-jalan di Sabah 4

Salam semua, berjumpa lagi kita. Hah...sekarang aku nak cerita lah sikit apa yang berlaku sebelah malam pada hari pertama iaitu pada 6hb April 2010 tu. memandangkan waktu malam di sini bermula agak awal, jadi kami telah bersiap lebih awal. Lebih kurang jam 6.30pm, waktu maghrib telah tiba. Selepas selesai menunaikan solat maghrib, lebih kurang jam 7.30pm, kami pun bergerak ke destinasi yang dirancang iaitu pasar filipina atau filipino market. Selepas bertanya di kaunter hotel, kami diberikan satu map kecil bandaraya KK dan diberitahu oleh kaunter staff yang pasar tersebut hanya dalam jarak 15 min perjalanan dari hotel secara berjalan kaki. Oklah kalo camtu. Dekat jer kan. Maka kami pun memulakan perjalanan ke sana dengan hati yang tekad dan penuh keyakinan. Kami telah melalui jalan-jalan pintas berdekatan dengan hotel dan melalui beberapa gerai makanan yang nyatanya membuatkan perutku semakin berkeroncong. Setelah lebih kurang 20 minit berjalan, kami pun sampai ke kawasan yang sesak dengan gerai makan yang nyatanya penuh dengan gerai menjual makanan laut tp kami masih tertanya-tanya mana pasar filipina yang terkenal tu. Aku bagitau wife yang pasar tu rasanya macam didepan lagi. Kami bertanya kepada salah seorang peniaga tentang pasar tersebut dan alangkah terkejutnya kami yang kami sebenarnya telah sampai dikawasan pasar tersebut yang mana pasar tersebut terletak disebelah gerai-gerai tersebut dan didepannya disebelah jalanraya, terdapat pula pasar malam yang diadakan setiap hari...sekali pandang tak ubah seperti pasar downtown. Kami mengambil keputusan utk memenuhkan perut kami dan kami telah memilih gerai yang terletak dihujung sekali kawasan gerai tersebut dan nampaknya pilihan kami tidak salah kerana makanan di situ memang sedap. Kami telah memilih seekor ikan merah sederhana besar dengan harga RM18 seekor, 2 ekor udang harimau dengan harga RM12 seekor dan ketam bintang dengan harga RM15 seekor. Terdapat udang kara atau lobster di situ dengan harga RM80 seekor, hasrat hati memang nak sambar , tp wife kata esok-esok ada lagi. Yang penting kat gerai ni, air asam untuk cicahan memang terbaek wok....kalo kurang asam, boleh tambah asam, kurang masam, boleh tambah limau. Semuanya boleh tambah sendiri. Airnya pula, disediakan ais kosong yang diberikan secara percuma kepada pelanggan. Hehehe....memang puas hati lah. Setelah memuaskan perut kami, kami telah pergi ke pasar malam yang terletak disebelah jalan. Macam-macam dijual di sini tp yang paling banyak adalah gerai menjual barangan hiasan wanita yang dibuat daripada pelbagai mutiara dan kristal. Selain itu, terdapat juga gerai menjual beg, kasut, t shirt, baju bundle dan sebagainya. Aku dan wife sambarlah juga barangan mutiara untuk dibawa pulang. takut x sempat nak beli nanti. Perjalanan pulang, kami sempat singgah di kedai one stop untuk cari selipar aku. Dapatlah sepasang selipar berharga RM2.00 kat situ. Ok lah juga. Pulang ke hotel, terasa penat sangat. Lepas solat isyak, aku pun tertidur dengan nyenyaknya.

Monday, April 19, 2010

Jalan-jalan di Sabah 3

Hi, Kita jumpa lagi. Selepas puas memujuk Alya, kami menyeberangi satu jalanraya atau lebuhraya yang agak buzy dengan lalulintasnya...pergh payah betul nak melintas. Aku dapat lihat satu traffic light yang ada "zebra crossing" tp agak jauh. Lebih kurang dalam 500 meter. Memandangkan kami membawa si kembar, kami menunggu sehingga lalulintas agak clear sedikit dan mengambil keputusan melintas. Alhamdullilah, akhirnya kami berjaya ke seberang jalan untuk ke sebuah lagi kompleks membeli belah iaitu yang dikenali sebagai Kompleks Ngee Kui. Terdapat cold storage di sana dan kami mengambil peluang ini untuk membeli mee segera dan juga ubat gigi. Kompleks ini agak besar juga dengan kedai-kedai beraneka yang boleh dikira agak grand daripada kompleks asia city. So kami menghabiskan masa lebih kurang 1 jam di sana sebelum mengambil keputusan untuk balik ke bilik untuk berehat. Sebelum pulang ke hotel, sekali lagi Alya merengek pasal sandal yang dia inginkan. So, kami setelah malas untuk bertelagah dengan dia terus membawa Alya ke kedai yang dia maksudkan. Sampai di sana, memang terdapat sandal atau kasut sepertimana yang dia inginkan tetapi malangnya saiz yang diingini sudah habis. Walaupun tidak dapat membeli sandal atau kasut yang dia inginkan, tetapi nampaknya Alya berpuashati dengan keadaan itu dan kami terus balik ke bilik untuk berehat. Selepas ini akan aku ceritakan aktiviti kami pada sebelah malam pula pada hari yang pertama kami di KK.

Friday, April 16, 2010

Jalan-jalan di Sabah 2

Hai, jumpa lagi kita. Sebenarnya perjalanan aku ke Sabah ni akan disusuli oleh 3 lagi rakan-rakanku bersama ahli keluarga masing-masing. Usop atau nama sebenarnya Khairul Anuar telah tiba di Sabah lebih awal dari aku dan beliau telah pergi ke rumah saudaranya yang terletak tidak jauh dari Tanjung Aru, juga berdekatan dengan lapangan terbang. Manakala Hafizi dan Lan dijangka tiba di sini pada lewat sebelah malam kerana flight mereka telah ditangguhkan dari jadual asal. Lupa nak habaq mai, tambang teksi ke Hotel Cititel express adalah RM30.00. Dapat satu teksi wira dipandu oleh seorang pemandu yang agak berumur, dalam lingkungan 60 an. Yang tak bestnya adalah pakcik ni jenis yang tersangatlah peramahnya. Ditanya sepatah dijawabnya sepatah...last-last aku malas dah nak tanya sebab tengok dia macam dah tension jer. Perjalanan dari airport ke Hotel mengambil masa lebih kurang 15 min. Sampai diperkarangan hotel, aku dapat lihat yang hotel ni hotel yang baru dan moden. Walaupun berstatus 3 bintang tapi agak munasabah ler harga biliknya. Hotel ni terletak dalam kawasan yang dipanggil Asia City Kota Kinabalu yang mana dalam kawasan ni terdapat kedai makan, kompleks membeli belah dan bermacam-macam lagi. Kawasan ni agak padat dengan kedai, jadi memandu di sini kena berhati-hati takut tersalah jalan. Aku dan famili mengambil bilik jenis twin superior iaitu 2 katil single. Aku dapat bilik no 719. Memandngkan Usop sudah suruh aku bookkan sekali bilik dia, jadi aku check in dua sekali. Usop dapat bilik no 717 bersebelahan dengan bilik aku. Masuk dalam lif, kalo takde kad Hotel tak boleh naik ke tingkat atas. kena scan kad dulu baru dapat permission. Pergh...macam naik kondo. Sampai aje di bilik, hatiku merasa kagum dengan kelengkapan dalam bilik walaupun bilik agak "cramp", tapi siap dengan tv lcd, hair blower, peti simpanan keselamatan, hot and cold shower dan sebagainya. Jam sudahpun menunjukkan pukul 230 pm ketika aku masuk ke bilik, jadi kami pun cepat-cepat mandi dan bersiap untuk pergi lunch. Almaklumlah, perut sudah berdangdut lagu kopi dangdut, siap bergelek gerudi lagi. Masa tulah juga Usop dan famili dia sampai dan aku bagi dia kad bilik kat bawah sebab dia tak boleh naik atas. Aku ajak dia pergi makan, tapi dia kata dia dah makan. Maknanya, aku kena pergi sendirilah waktu ni. Turun dari hotel, kami pun melilau mencari kedai makan, nampaknya dalam waktu begini kedai makan kebanyakkannya dah habis jualan untuk lunch. So kami pun masuk kat satu kopitiam ni, nam dia Fook Yuen Kopitiam. Terpampang kat situ tanda halal JAKIM siap dengan sijil dari sana. So, kami berpuashati yang tempat ni halal dan kami lihat ramai orang Islam yang datang makan kat situ. Memang kedai ni sentiasa penuh. Sistem dia, layan diri, pilih nak makan apa, ambil saja. Lepas tu terus pergi ke kaunter, order air dan bayar di sana. Yang popular kat macam biasa roti bakar, berbagai-bagai roti, mee, mee hoon, berbagai jenis yong tau foo, makanan ala western dan sebagainya. Sampai tak tau nak makan apa. Last-last aku pilih mee + mee hoon kicap, lepas tu diletakkan telur mata dan sekeping Harahu. Air aku ambil air tebu. Harga RM6.30. Yang mahalnya kat sini adalah jenis yong tau foo. Ok jugaklah. Wife aku ambil makanan yang agak sama, Alya dan Aina nampaknya prefer makan dengan kitaorang jer. Lepas makan. kitaorang pusing kompleks Asia City, tiba-tiba Alya merengek-rengek nak suruh belikan sandal. Aku kata nanti dulu, kita pusing-pusing buat survey. Dah muka dia masam dan tak henti-henti cakap pasal kedai yang jual sandal tadi. oklah aku sambung balik nanti sebab dah penat ler...So see you allz soon.

Thursday, April 15, 2010

Jalan-jalan di Sabah..............

Tanggal 6hb April 2010 yang lepas, aku, isteri tercinta dan 4 orang anakku iaitu Alya, Aina , Anis Dania dan Ahmad Dani telah menjejakkan kaki ke bumi negeri di bawah bayu (tau tak...Sabah ler) buat pertama kalinya. Seingat aku sebelum berlepas ke sana, perasaan ku bercampur baur mengenangkan ini adalah pertama kali kami ke sana dan sering berpendapat bahawa negeri ini mesti terlalu banyak kekurangan....haha namun segala pendapat dan perasaan ku meleset. Sejurus selepas kapal terbang mendarat di lapangan terbang Kota Kinabalu, jelas kelihatan pembangunan yang sedang rancak dijalankan di sana. Lupa aku yang Kota Kinabalu ni adalah sebuah bandaraya. Keadaan jalanrayanya teratur dan kebanyakkan adalah jalan 2 lorong dengan pembahagi jalan yang jelas mendatangkan kekaguman di dalam diri aku. Pergh...boleh tahan. Beberapa flyovers juga sedang rancak dibina, jelas menunjukkan pembangunan pesat bandaraya itu. Nanti aku ceritakan pengalaman aku seterusnya....tunggu

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE