Hai, jumpa lagi kita.
Sebenarnya perjalanan aku ke Sabah ni akan disusuli oleh 3 lagi rakan-rakanku bersama ahli keluarga masing-masing.
Usop atau nama sebenarnya Khairul Anuar telah tiba di Sabah lebih awal dari aku dan beliau telah pergi ke rumah saudaranya yang terletak tidak jauh dari Tanjung Aru, juga berdekatan dengan lapangan terbang.
Manakala Hafizi dan Lan dijangka tiba di sini pada lewat sebelah malam kerana flight mereka telah ditangguhkan dari jadual asal.
Lupa nak habaq mai, tambang teksi ke Hotel Cititel express adalah RM30.00. Dapat satu teksi wira dipandu oleh seorang pemandu yang agak berumur, dalam lingkungan 60 an.
Yang tak bestnya adalah pakcik ni jenis yang tersangatlah peramahnya. Ditanya sepatah dijawabnya sepatah...last-last aku malas dah nak tanya sebab tengok dia macam dah tension jer.
Perjalanan dari airport ke Hotel mengambil masa lebih kurang 15 min. Sampai diperkarangan hotel, aku dapat lihat yang hotel ni hotel yang baru dan moden. Walaupun berstatus 3 bintang tapi agak munasabah ler harga biliknya.
Hotel ni terletak dalam kawasan yang dipanggil Asia City Kota Kinabalu yang mana dalam kawasan ni terdapat kedai makan, kompleks membeli belah dan bermacam-macam lagi.
Kawasan ni agak padat dengan kedai, jadi memandu di sini kena berhati-hati takut tersalah jalan.
Aku dan famili mengambil bilik jenis twin superior iaitu 2 katil single. Aku dapat bilik no 719. Memandngkan Usop sudah suruh aku bookkan sekali bilik dia, jadi aku check in dua sekali. Usop dapat bilik no 717 bersebelahan dengan bilik aku.
Masuk dalam lif, kalo takde kad Hotel tak boleh naik ke tingkat atas. kena scan kad dulu baru dapat permission. Pergh...macam naik kondo. Sampai aje di bilik, hatiku merasa kagum dengan kelengkapan dalam bilik walaupun bilik agak "cramp", tapi siap dengan tv lcd, hair blower, peti simpanan keselamatan, hot and cold shower dan sebagainya.
Jam sudahpun menunjukkan pukul 230 pm ketika aku masuk ke bilik, jadi kami pun cepat-cepat mandi dan bersiap untuk pergi lunch. Almaklumlah, perut sudah berdangdut lagu kopi dangdut, siap bergelek gerudi lagi.
Masa tulah juga Usop dan famili dia sampai dan aku bagi dia kad bilik kat bawah sebab dia tak boleh naik atas. Aku ajak dia pergi makan, tapi dia kata dia dah makan. Maknanya, aku kena pergi sendirilah waktu ni.
Turun dari hotel, kami pun melilau mencari kedai makan, nampaknya dalam waktu begini kedai makan kebanyakkannya dah habis jualan untuk lunch. So kami pun masuk kat satu kopitiam ni, nam dia Fook Yuen Kopitiam. Terpampang kat situ tanda halal JAKIM siap dengan sijil dari sana. So, kami berpuashati yang tempat ni halal dan kami lihat ramai orang Islam yang datang makan kat situ. Memang kedai ni sentiasa penuh. Sistem dia, layan diri, pilih nak makan apa, ambil saja. Lepas tu terus pergi ke kaunter, order air dan bayar di sana. Yang popular kat macam biasa roti bakar, berbagai-bagai roti, mee, mee hoon, berbagai jenis yong tau foo, makanan ala western dan sebagainya. Sampai tak tau nak makan apa.
Last-last aku pilih mee + mee hoon kicap, lepas tu diletakkan telur mata dan sekeping Harahu. Air aku ambil air tebu. Harga RM6.30. Yang mahalnya kat sini adalah jenis yong tau foo. Ok jugaklah. Wife aku ambil makanan yang agak sama, Alya dan Aina nampaknya prefer makan dengan kitaorang jer.
Lepas makan. kitaorang pusing kompleks Asia City, tiba-tiba Alya merengek-rengek nak suruh belikan sandal. Aku kata nanti dulu, kita pusing-pusing buat survey. Dah muka dia masam dan tak henti-henti cakap pasal kedai yang jual sandal tadi.
oklah aku sambung balik nanti sebab dah penat ler...So see you allz soon.
Apa ada pada nama...yg penting adalah keikhlasan hati, kejujuran jiwa dan ketulusan minda
Nuffnangs
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!