Hi,
Kita jumpa lagi. Selepas puas memujuk Alya, kami menyeberangi satu jalanraya atau lebuhraya yang agak buzy dengan lalulintasnya...pergh payah betul nak melintas. Aku dapat lihat satu traffic light yang ada "zebra crossing" tp agak jauh. Lebih kurang dalam 500 meter.
Memandangkan kami membawa si kembar, kami menunggu sehingga lalulintas agak clear sedikit dan mengambil keputusan melintas. Alhamdullilah, akhirnya kami berjaya ke seberang jalan untuk ke sebuah lagi kompleks membeli belah iaitu yang dikenali sebagai Kompleks Ngee Kui. Terdapat cold storage di sana dan kami mengambil peluang ini untuk membeli mee segera dan juga ubat gigi.
Kompleks ini agak besar juga dengan kedai-kedai beraneka yang boleh dikira agak grand daripada kompleks asia city. So kami menghabiskan masa lebih kurang 1 jam di sana sebelum mengambil keputusan untuk balik ke bilik untuk berehat.
Sebelum pulang ke hotel, sekali lagi Alya merengek pasal sandal yang dia inginkan. So, kami setelah malas untuk bertelagah dengan dia terus membawa Alya ke kedai yang dia maksudkan.
Sampai di sana, memang terdapat sandal atau kasut sepertimana yang dia inginkan tetapi malangnya saiz yang diingini sudah habis.
Walaupun tidak dapat membeli sandal atau kasut yang dia inginkan, tetapi nampaknya Alya berpuashati dengan keadaan itu dan kami terus balik ke bilik untuk berehat.
Selepas ini akan aku ceritakan aktiviti kami pada sebelah malam pula pada hari yang pertama kami di KK.
Apa ada pada nama...yg penting adalah keikhlasan hati, kejujuran jiwa dan ketulusan minda
Nuffnangs
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!