Nuffnangs

Saturday, April 24, 2010

Jalan-jalan di Sabah 4

Salam semua, berjumpa lagi kita. Hah...sekarang aku nak cerita lah sikit apa yang berlaku sebelah malam pada hari pertama iaitu pada 6hb April 2010 tu. memandangkan waktu malam di sini bermula agak awal, jadi kami telah bersiap lebih awal. Lebih kurang jam 6.30pm, waktu maghrib telah tiba. Selepas selesai menunaikan solat maghrib, lebih kurang jam 7.30pm, kami pun bergerak ke destinasi yang dirancang iaitu pasar filipina atau filipino market. Selepas bertanya di kaunter hotel, kami diberikan satu map kecil bandaraya KK dan diberitahu oleh kaunter staff yang pasar tersebut hanya dalam jarak 15 min perjalanan dari hotel secara berjalan kaki. Oklah kalo camtu. Dekat jer kan. Maka kami pun memulakan perjalanan ke sana dengan hati yang tekad dan penuh keyakinan. Kami telah melalui jalan-jalan pintas berdekatan dengan hotel dan melalui beberapa gerai makanan yang nyatanya membuatkan perutku semakin berkeroncong. Setelah lebih kurang 20 minit berjalan, kami pun sampai ke kawasan yang sesak dengan gerai makan yang nyatanya penuh dengan gerai menjual makanan laut tp kami masih tertanya-tanya mana pasar filipina yang terkenal tu. Aku bagitau wife yang pasar tu rasanya macam didepan lagi. Kami bertanya kepada salah seorang peniaga tentang pasar tersebut dan alangkah terkejutnya kami yang kami sebenarnya telah sampai dikawasan pasar tersebut yang mana pasar tersebut terletak disebelah gerai-gerai tersebut dan didepannya disebelah jalanraya, terdapat pula pasar malam yang diadakan setiap hari...sekali pandang tak ubah seperti pasar downtown. Kami mengambil keputusan utk memenuhkan perut kami dan kami telah memilih gerai yang terletak dihujung sekali kawasan gerai tersebut dan nampaknya pilihan kami tidak salah kerana makanan di situ memang sedap. Kami telah memilih seekor ikan merah sederhana besar dengan harga RM18 seekor, 2 ekor udang harimau dengan harga RM12 seekor dan ketam bintang dengan harga RM15 seekor. Terdapat udang kara atau lobster di situ dengan harga RM80 seekor, hasrat hati memang nak sambar , tp wife kata esok-esok ada lagi. Yang penting kat gerai ni, air asam untuk cicahan memang terbaek wok....kalo kurang asam, boleh tambah asam, kurang masam, boleh tambah limau. Semuanya boleh tambah sendiri. Airnya pula, disediakan ais kosong yang diberikan secara percuma kepada pelanggan. Hehehe....memang puas hati lah. Setelah memuaskan perut kami, kami telah pergi ke pasar malam yang terletak disebelah jalan. Macam-macam dijual di sini tp yang paling banyak adalah gerai menjual barangan hiasan wanita yang dibuat daripada pelbagai mutiara dan kristal. Selain itu, terdapat juga gerai menjual beg, kasut, t shirt, baju bundle dan sebagainya. Aku dan wife sambarlah juga barangan mutiara untuk dibawa pulang. takut x sempat nak beli nanti. Perjalanan pulang, kami sempat singgah di kedai one stop untuk cari selipar aku. Dapatlah sepasang selipar berharga RM2.00 kat situ. Ok lah juga. Pulang ke hotel, terasa penat sangat. Lepas solat isyak, aku pun tertidur dengan nyenyaknya.

3 comments:

  1. abg long buat novel keeee.....bgs2 boleh edit nih amik royalti bg kat alaf21
    fyp:my blog is 7518774.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Kalo kena gayanya..boleh ke cerita ni?

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE