Apa ada pada nama...yg penting adalah keikhlasan hati, kejujuran jiwa dan ketulusan minda
Nuffnangs
Wednesday, April 28, 2010
Jalan-jalan di Sabah 5
Salam sejahtera semua,
Hari kedua kami di KK bermula seawal jam 7.30pg. Hari ini kami telah bersetuju utk bersarapan bersama.
Tepat jam 7.30pg, kami semua telah pergi ke sebuah restoran di dalam bangunan Asia City iaitu sebuah restoran melayu yang juga menjalankan bisnes dengan gaya kopitiam. Ada wifi di sini. Sistem layan diri juga.
Ketika breakfast itulah kereta sewa kami iaitu sebuah perodua kancil telah sampai. Dihantar terus ke hotel oleh pemberi sewa iaitu En Azhan. Setelah melihat dan memeriksa kereta itu, aku pun berpuashati dengan kondisi kereta, cuma telah diberitahu yg kereta akan sedikit bergegar ketika perlahan, kemungkinan masalah clutch dan absorber. Sewanya adalah RM140 utk 2 hari.
Fizi pula pada mulanya mempunyai masalah utk mendapatkan kereta sewa pada mulanya, tp akhirnya dapat juga sebuah kereta wira saloon dengan kadar RM120 sehari daripada syarikat Hawk. Ok jugak memandangkan masa itu adalah peak week yang mana semua kereta sewa telah habis ditempah. Manakala, Usop telah meminjam kereta kenari adik beliau.
Setelah selesai breakfast, kami telah balik ke lobi hotel kerana diberitahu oleh Usop yg boss beliau juga berada di KK dan ingin membawa kami pusing2 KK. Namun, kami terpaksa menunggu kereta sewa Fizi dan lebih kurang 45 min menunggu , kereta yang ditunggu telah sampai dan urusan penyewaan selesai dalam masa lebih kurang 15 min kemudian.
Selesai semua, kami pun bergerak dengan mengikuti kereta boss Usop, yang mana lokasi pertama yang kami pergi adalah Menara Tun Mustapha atau lebih dikenali sebagai Bangunan Yayasan Sabah. Ini adalah mercu tanda bagi Kota Kinabalu. pergh....tinggi jugak dan pemandangan juga agak menarik di situ.
Selepas itu, kami telah berpatah balik ke pusat bandaraya dan diberitahu akan ke Pasar Filipina yang terkenal tu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!