Salam,
sambung lg kita. sampai di pasar filipina, waktu tu dah agak tengahari. Panasnya bukan main sbb rasanya mcm nak hujan. Lebih2 lg kedudukan pasar tu terletak di tepi laut, maka keadaannya panasnya mmg terasa.
Masuk ke dalam pasar tu, aku merasa puas sbb inilah dia pasar yg sering dikatakan oleh pengunjung bandaraya ni...bangga aku...yeah aku dah sampai kat sini.
Tmptnya agak usang dengan bangunan papan yg aku agak dah lama sangat didirikan. Tp aku x survey bila mulanya pasar ni dibuka. Nnti bila aku buat research aku bgtau k.
Mulanya kami survey seluruh kedai, nampaknya makin jauh ke dalam makin mahal lak harganya.
jadi kami pun berpatah balik ke kedai yg mula kami masuk. Aku belilah souveniour utk kenalan dan keluarga. Wife aku belilah juga gelang, rantai dan cincin mutiara. Mentang2 mutiara murah, semuanya mutiara. Amboiiiii.....
Ada satu kedai kat depan sekali sebelah pasar ikan kering, kedai tu nama dia kedai Pak Lah Kelantan. terkojut den dibueknyo. Orang kelantan berniaga kat sini. Tp hari tu kami telah ignore kedai tu, x tau kenapa.
Lepas lebih kurang 2 jam lebih kat sana, aku, usop, Fizi dan Lan telah sepakat nak pg Lok Kawi Wild Life park kat Lok Kawi. Tp sebelum tu, kami nak memenuhkan perut dulu. So kami telah sepakat nak pg KFC yg terdekat. Rupa2nya x jauh pun , sebelah dia ada burger king lak tu. Nak makan kat mana ek? Akhirnya kami telah memilih KFC.
Lepas makan, kami telah follow kereta usop utk ke Lok Kawi. Tiba2 hujan turun dengan lebatnya. Habislah kalo hujan ni tak berhenti.
Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 40 minit. Dengan keadaan hujan, masa yang diambil menjadi semakin panjang. Akhirnya kami sampai ke sana, malangnya hujan masih turun, terbantutlah hasrat kami untuk melihat prosboscis monkey yang hanya hidup di hutan borneo Nak tgk kat Zoo Negara mmg tak ada. Tau tak specis monyet ni? Ala yang hidung dia agak mancung tu, mcm belalai, perut buncit, bontot merah. Kalo tak sure, google lah k.
Jadi kami pun berpatah balik ke pusat bandar KK dan terus balik ke bilik hotel utk berehat sementara menunggu malam. Malam ni kami dan plan nak pekena seafood lg kat tmpt yang sama. Kali ni lobster menjadi buruan kami.....haha tunggu kau lobster, aku datang menjemputmu.
Tepat jam 8 malam, kami telah ke area PasarFilipina tu dengan menaiki kereta. Dengan kereta cuma amik masa 5 min jer. Nasib ada tmpt parkir kat pasar basah. Sebelum menjamu selera, kami diajak oleh Fizi utk ke pasar malamnya dulu. Memandangkan kami dah pg semalamnya, jadi kami pun hanya2 pusing jer.
Lepas semuanya selesai menjelajah pasar malam tu, kami pun mengambil posisi kami di salah satu gerai seafood, tp bukan gerai yang kami pergi semalam. Katanya nak test market. Kali ni, aku, Fizi, Usop dan Lan telah memilih 4 ekor ketam, seekor ikan, seekor lobster yang berharga hanya RM60.00 dan beberapa ekor udang harimau....pergh mengancam beb. yang tak shioknya kat sini hanya dihidangkan dengan makanan yang digrill sahaja dengan kuahnya air asam. Kurang asam betul...tp pada aku oraitlah tu...itu yang aku suka pun. hehehe
Apa yang kurang menyenangkan malam tu ialah air asamnya kurang menyengatlah dibandingkan dengan yang semalam. Kat sini kuahnya cair, dan kurang rasa. Apa boleh buat, bedal ajalah.
Namun begitu, kehadiran awek bermata biru (lawa beb...lupa lak nak amik gambar dia) telah mengubat lara kami. Bukan main lain lg si Fizi menjual ubat, mcm2lah yang kami minta, airlah, limau lah, dari orang lain x mau, mesti minta dari awek tu.
Itulah kisah hari kedua...macam2 kan. Itulah kisah seterusnya di hari yang ketiga pula.
Apa ada pada nama...yg penting adalah keikhlasan hati, kejujuran jiwa dan ketulusan minda
Nuffnangs
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!