Tanggal 6hb April 2010 yang lepas, aku, isteri tercinta dan 4 orang anakku iaitu Alya, Aina , Anis Dania dan Ahmad Dani telah menjejakkan kaki ke bumi negeri di bawah bayu (tau tak...Sabah ler) buat pertama kalinya.
Seingat aku sebelum berlepas ke sana, perasaan ku bercampur baur mengenangkan ini adalah pertama kali kami ke sana dan sering berpendapat bahawa negeri ini mesti terlalu banyak kekurangan....haha namun segala pendapat dan perasaan ku meleset.
Sejurus selepas kapal terbang mendarat di lapangan terbang Kota Kinabalu, jelas kelihatan pembangunan yang sedang rancak dijalankan di sana. Lupa aku yang Kota Kinabalu ni adalah sebuah bandaraya.
Keadaan jalanrayanya teratur dan kebanyakkan adalah jalan 2 lorong dengan pembahagi jalan yang jelas mendatangkan kekaguman di dalam diri aku. Pergh...boleh tahan.
Beberapa flyovers juga sedang rancak dibina, jelas menunjukkan pembangunan pesat bandaraya itu.
Nanti aku ceritakan pengalaman aku seterusnya....tunggu
Apa ada pada nama...yg penting adalah keikhlasan hati, kejujuran jiwa dan ketulusan minda
Nuffnangs
Thursday, April 15, 2010
Jalan-jalan di Sabah..............
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!