Nuffnangs

Friday, May 28, 2010

Rice Crisps by Mister Potato Review

Semalam aku dah beli Mister Potato perisa hot & spicy kat 7 eleven. Aku beli satu jer. Nak rasa dulu. Kata orang ia lg sedap daripada jenama "P". Sampai kat rumah, belum sempat aku buka, anak-anak dah merampasnya daripada aku. Dapatlah rasa dalam 5 keping. Pergh...melatoppp lah rasa dia. Memang berbeza betul dan satu cannister mmg tak cukup untuk makan 4 org. Bagi sesiapa yang tak tahan pedas, jangan takut sebab kepedasannya ternyata mendatangkan rasa yang lain yang tak pernah anda rasai sebelum ini. Pasti anda akan teringat-ingat akan kepedasannya, kepanasannya dan kelazatannya yang memang lain dari yang lain. Sampai serdaknya pun dituang ke dalam mulut, Bayangkanlah! Sayang kamera aku rosak pulak nak ambil foto-foto ketika aku sedang makan mister kentang tu. Esok rasanya aku nak pg beli lagi. Kali ni aku akan pastikan aku punya 1 cannister, tak nak kongsi-kongsi lagi. Hehehe...mister potato tunggu...aku akan makan kau sorang-sorang. Nak rasa juga perisa yang lain, mungkin esok aku akan beli keempat-empat perisa yang ada. Jangan marah ya pada sesiapa yang belum menjamah mister kentang ni, cepat-cepatlah ke kedai yang berdekatan ye. Tunggulah komen aku yang lain pasal perisa yang lain pulak.

3 comments:

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE