Pada 3hb Disember 2010, hari Jumaat, plan kami pada hari ini adalah untuk berjalan-jalan sekitar Taiping dan acara yang pertama adalah ke Zoo Taiping yang terletak berdekatan dengan Lake Garden.
Tiket masuk adalah RM12 utk dewasa dan RM6 utk kanak-kanak.
Mulanya memang excited sangat nak masuk terutamanya anak-anak tapi bila dah masuk, adrenalin kami menurun, sebabnya.....
-menunggu tramp-
-nampak tak lotong bulu kuning kat pokok tu...hehe tak nampak, maknanya...-
Actually, aku dah malas nak amik gambar binatang sbb dah banyak sangat gambar...so korang boleh pg sendiri kat zoo ni cumanya aku nak bg tau yang kat sini x de animal show, so pusing le zoo ni sampai korang puas...anyway kalo nak try Night Safari, ble lah dtg kat sini waktu malam...tiket dia mahal ckit.
Lepas puas mengambil udara zoo yang berbagai tu, sampai seluar baju aku pun bau zoo, kitaorg bergerak ke MRSM Taiping (x-school wife aku dulu)...dia kata nak mengimbau kenangan silam, so kitaorg pun pergilah sana bersama-sama dengan ibu dan bapa mertuaku....tgk muka wife, penuh dengan syahdu syahdan dah....
-Ni pintu masuk ke MRSM Taiping-
-di depan kolej kenanga tmpt tinggal dia dulu-
a
Memandangkan hari tu hari Jumaat, maka kami meninggalkan MRSM Taiping tepat jam 12.30 tgh, dan terus mencari masjid yang terdekat...pusing2 tak jumpa, last2 tunggu adik ipar dtg jadi runner, dan bersolatlah kami di Masjid Telekom.
Lepas solat, perut mulalah melagukan lagu rock kali ni, apa tidaknya, dah pukul 2 lebih rupanya. So kami bercadang utk ke KFC di Pekan Taiping, malangnya tak jumpa. Puas dah tawaf 3-4 kali, last2 wife teringat satu kopitiam yang agak terkenal di sini yang dikenali sebagai Restoran Yut Sun yang terletak ditengah-tengah Pekan. Kalo nampak Esso, berdekatan dengan pam minyak itulah.
Yang best kat sini adalah Chicken Chop dia yang agak unik kuahnya...UTK KE SANA, korang google lah KAT SINI : RESTORAN YUT SUN TAIPING
-CHICKEN CHOP-
Tanggal 4hb Disember 2010, adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua org yang datang ke Taiping (semua org, hehehe betul ker) sebab hari ini adalah hari di mana pihak keluarga Hazwan akan menyambut menantu yang diadakan di rumah homestay En Abdul Rahim (bapa Hazwan) yang terletak di Taman (ntah x ingat la plak) tapi berdekatan dengan Burmese Pool.
Bergerak dari tumah persanggahan lebih kurang jam 12 tgh, disebabkan ada beberapa lagi ahli keluarga yang menunggu di Zoo Taiping, sampai di sana dalam pukul 12.30 tgh...kami berkumpul di satu kawasan letak kereta di jalan masuk ke Burmese Pool. Lebih kurang pkl 1.15 mcm tu barulah semboyan dibunyikan menandakan kami dibenarkan masuk ke perkarangan rumah pengantin...masa nilah hujan mulai turun, mulanya rintik2 jer tapi kemudiannya bertambah lebat hinggakan aku terlupa nak amik gambar pengantin. haha....
Dalam pukul 4 lebih mcm tu, kami pun bertolak balik ke rumah bersanggah dan take a nap dalam sejam (nap ke tu)...lepas solat, kami pun meneruskan misi seterusnya iaitu Doli Char Kwey Teow.
5hb Disember 2010, pagi2 lagi kami telah bertolak balik ke selatan, kali ni destinasi kami adalah Pekan Tronoh di mana terdapatnya satu kedai makan yang dikenali sebagai Mee Udang Banjir Tronoh. Dengar je dah terliur kan, kepada yang makan see food lah...hehe. Yang membuatkan kami teruja sangat adalah harga mee udang special kat sini cuma RM6-50 jer. tak percaya ker...jomle ikut kami.
Perjalanan dari Taiping ke Tronoh melalui exit Tol Jelapang memakan masa lebih kurang sejam 1/2. sampai di sana.....
Kesian ayah mertuaku, termenung dia, kedai yang dicari tutup. Tak tau kenapa, tapi yang kami dapat lihat, kedai sedang diubah suai...lupa nak amik gambar kedai tu...cer cari kat bawah pokok
-signboard dia- (ehsan blog siswazah tani)
-kat depan tulah lokasi Warung Mee Udang Banjir Tronoh-
-Pekan Tronoh Dgn Bangunan Lama Zaman Jepun-
Lepas kehampaan sambil menyanyi lagu hampa oleh To'ki, kami pun meneruskan perjalanan ke kawasan bandar baru Tronoh utk mencari kedai makan, akhirnya kami singgah di satu restoran melayu yang mmg hampeh...kedai jer besar, menu ciput...tapi alhamdulillah dapatlah juga kami memenuhkan perut kami dengan sarapan pagi.
Sedang kami makan, abg Radzi dan Kak Ni pun sampai, dijemputnya kami ke rumahnya yang tak jauh dari situ. Hendak tak hendak, kami pun ke sana lah dulu. Lepas berehat, kami dihidangkan dgn makan tgh. Melantaklah kami dulu dengan lauk ikan jacket panggang, sayur labu dan lauk pauk yang lain. Lepas solat zohor, barulah kami berlepas ke Kuala Lumpur.
Begitulah berakhirnya destinasi percutian kami sekeluarga dari Kluang ke Putrajaya ke Gua Musang ke Taiping ke Penang dan ke Tronoh yang begitu tragis dan penuh dramatik hinggakan berepisod untuk menghabiskannya..
Semoga kalia semua terhibur dengan cerita seram di atas....jumpa lain dengan destinasi lain. Wassalam....
Demam HDR dah kembali! jom rilex layan....^_^
ReplyDeleteApa tu?
ReplyDelete