Masa kat Penang tu, mulanya kitaorg nak try nasi kandar kayu yg mmg terkenal tu...pusing2 punya pusing (tangan ikut style mamak), restoran tu tutup la plak...teringat la satu tempat nasi kandar yang mmg pioneer kat Penang, Nasi Kandar Line Clear...
Masa tu guna GPS, tgk mcm dekat2 jer...memandangkan kami dah terlajak, so teruskan jelah perjalanan ke satu Museum yang unik iaitu Toys Museum kat dgn Copthorne Orchid Hotel di Jalan Tanjung Bungah. Ikut jeer jalan nak ke Batu feringghi, mesti jumpa la.
Tiket masuk RM10 utk dewasa dan RM6 utk kanak-kanak....silalah tgk foto2 yang aku amik kat sana...banyak gak...yang bestnya, camera dan video cam dibenarkan di bawa masuk...
Pintu masuk ke sana...
My kids and nephew....
Lepas penat pusing dalam museum, perut kami pun dah mula Keroncong untuk Ana...so bermulalah pencarian kami mencari Kedai Nasi Kandar Line Clear yang terkenal tu.....
Pusing2 last GPS menunjukkan ia terletak berdekatan dgn Restoran Nasi Kandar Kayu atau dgn kata lain dihadapan restoran itu.
Terletak dicelah-celah lorong di Jalan Penang, dikatakan kedai ini telah dibuka sejak tahun 1947 lagi...pergh lama sangat tu...
-Inilah kedainya-
-Pak Mertua dan Ibu mertuaku dah makan kat tmpt lain, so melepaslah diaorg nak rasa nasi kandar kat sini-
Kalo korang sumer nak tau, harga kat sini mmg berpatutan sgt2, korang bayangkan le, kitaorg makan 5 orang siap nasi beriani dgn ayam, air mcm2 termasuk cendol pulut 4 mangkuk baru RM53.00, murah tak? So, tmpt ni aku recommended bg korang semua kalo korang pegi Penang....
Lepas dah penat makan, kami pun mencari masjid utk solat zohor. Masa tu hujan mulai turun, pusing-pusing jumpa satu masjid yang secara keseluruhan warnanya biru...mmg cantik masjid tu. Alhamdullillah, kami semua selamat bersolat dgn tenangnya kat sana.
Selepas berehat sebentar, tgk jam dah pukul 4.30 ptg, memandangkan kami dah jamak solat kami, xpedisi diteruskan utk ke Padang Kota Lama yang memang terkenal dengan sotong kangkung dan pasemburnya...
-my dearie-
Mula-mula tgk cendol yang anak aku makan punyalah mengancam, jadi tanpa membuang masa orderlah lagi satu...secara fizikalnya mmg terbaiklah tapi bila dah makan, cendolnya spoil le...keras kejung...perut dah mmg kejung pun...lagi tadi melantak jer kerjanya...haha
Oklah episod ni sampai disini saja...jangan lupa jenguk episod berikutnya....bye!
No comments:
Post a Comment
Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!