Nuffnangs

Monday, July 23, 2012

Malaysia vs Arsenal



Malam ni Harimau Malaya akan bertemu sekali lagi pasukan Arsenal selepas bertemu tahun lalu. Ketika itu Malaysia tewas 4-0 dan mereka berharap akan dapat menewaskan Malaysia dengan jumlah jaringan yang sama atau lebih. Chit...ingat ni team anak kucing ke...ini Harimau Malaya la. Kuku dah pun diasah cumanya mungkin tumpul sedikit dengan ketiadaan Safiq Rahim, Khairul Fahmi dan Ahmad Shakir yang dikatakan masih lagi belum pulih dari kecederaan. Apa-apapun diharapkan mereka dapat cergas sebelum perlawanan malam ni.

Bagi aku, Safiq Rahim adalah senjata paling utama kerana beliau mempunyai keupayaan untuk menjaringkan gol dalam situasi bola mati. Aku percaya mereka akan merantai Safee Sali yang ketika ini masih bergelut untuk mencapai prestasi terbaik beliau dan seorang lagi penyerang kemungkinan besar NorShahrul Idlan yang aku rasa juga akan digari oleh Arsenal. Shahrul adalah pengumpan dan kaki dribble yang baik, tanpa beliau susah untuk memasuki benteng Arsenal. Aku harapkan agar penyerang muda Rozaimi berada dalam skuad malam ini kerana sememangnya Malaysia ketandusan striker yang baik ketika ini.


Difahamkan perlawanan akan bermula pada pukul 945 mlm dan dipercayai ada siaran langsung di channel Supersport 813 bermula jam 930 mlm ni bagi yang tak berkesempatan untuk ke Stadium. Bola-bola juga, solat jgn dilupa. Hahaha...begitulah prihatinnya FAM kepada peminat2 bolasepak semuanya.

Memandangkan aku bukanlah fan Arsenal, so aku harapkan agar Malaysia menang malam ni.

Aummmm....Harimau Malaya!

No comments:

Post a Comment

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE