vs
Malam ni team Arsenal akan turun menentang team dari BPL juga, Manchester City yang abru dinobatkan sebagai juara BPL 2011/12.
Korang agaklah apakah keputusan perlawanan ini kan. tapi pada aku kalo Arsenal main macam mereka main lawan Malaysia tempoh hari, aku agaklah mereka mungkin akan tewas dengan jumlah jaringan yang besar. Bukannya aku nak menidakkan keupayaan Malaysia hari tu tapi permainan Arsenal ketika itu tidak mencapai grade yang sepatutnya. Level antara Malaysia dan Arsenal jauh tapi Malaysia mempamerkan semangat juang yang agak tinggi manakala Arsenal pula dilihat ketandusan striker atau penyudah tepat.
Apa-apapun tahniah sekali kepada pasukan Malaysia yang bermain dengan yakin dan bersemangat.
Cerita pasal perlawanan malam ni, difahamkan perlawanan ini diadakan di Beijing, China bermula jam 7 petang waktu tempatan dan tiada siaran langsung untuk tatapan peminat2 semua.
Antara kedua-dua pasukan ni, aku x sokong mana2 tapi aku harapkan agar Arsenal menang untuk menaikkan semangat pemain kita apabila berhadapan dengan Man City hari Isnin depan. Moral pemain agak tinggi ketika ini tetapi sekiranya Man City menang besar malam ni, moral dan semangat pemain Malaysia pasti akan turun sedikit kerana beranggapan bahawa Man City adalah terlalu gagah berbanding Arsenal. Itu hanya anggapan aku sahaja. Korang buatlah penilaian sendiri.
Tentang pemain2 yang akan diturunkan oleh kedua-dua pasukan, aku belum dapat berita lagi tetapi yang pasti adalah Van Persie tidak akan bermain kerana dikatakan tidak dibawa semasa tour kali ini. Vermaelen pula difahamkan akan diturunkan untuk menguatkan barisan pertahanan Arsenal. Begitulah gamaknya.
Kepada fan kedua-dua pasukan ini, harap bersabarlah menanti keputusannya dan aku pasti akan update bila sahaja perlawanan tamat.
No comments:
Post a Comment
Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!