Nuffnangs

Tuesday, July 31, 2012

Review : Malaysia vs Manchester City 2012

Semalam telah berlangsung perlawanan antara Malaysia dan Manchester City di Stadium Bukit Jalil yang berkesudahan Malaysia tewas 1-3. 

Jaringan2 oleh Sergio Aguero, Carlos Tevez dan Adam Johnson bg Man City dan Azzamudin bagi Harimau Malaya.

Bagi aku, perlawanan semalam memang agak berat sebelah pada beberapa bhg perlawanan. Maksudnya, di separuh masa pertama, jelas penguasaan penuh oleh Man City yang mana kita lihat ball possession adalah 60:40 dan ada ketika hampir 70:30. 

Man City jelas menguasai bhg tengah dengan Yaya Toure mengemudi bhg itu sambil dibantu oleh Suarez. Bhg serangan mereka amat mengancam menerusi Aguero dan Tevez dibhg tengah dan Kolarov (kiri) dan Johnson (kanan).

Namun begitu, aku tabik dengan barisan pertahanan negara yang dikemudi oleh Aidil Zafuan bersama dengan Subra serta Azmi dan Bunyamin yang begitu agresif menghalang pergerakan lawan walaupun seringkali mati langkah dengan gerakan cantik oleh Aguero dan Tevez yang begitu lincah.

Separuh masa pertama, Man City hanya berjaya membolosi gawang Malaysia sekali dengan hasil gerakan cantik oleh Aguero yang disudahi oleh beliau sendiri yang jelas mengecewakan Farizal yang beraksi cemerlang sepanjang perlawanan.

Separuh masa kedua, Man City mengatur strategi awal yang mana hasil umpanan cantik Aguero disudahi oleh Tevez dengan ledakan kaki kirinya. Malaysia seolah-olah terpaku dengan jaringan itu yang mana permainan Malaysia agak kucar kacir selepas itu. Safee dan Norshahrul jelas tidak berdaya untuk menembusi pertahanan lawan yang dikemudi oleh Kalo Toure dan Zabaletta. Setiap gerakan mereka dikunci dan aku lihat Norshahrul tidak menunjukkan permainan yang baik malam tadi. Gelecekan beliau tidak menjadi dan sentiasa tersekat. Begitu juga dengan Safiq Rahim yang jelas keletihan dan tidak konsisten.

Aku faham situasi pemain2 muslim yang berpuasa dan mereka boleh diberi "excuse" kali ini dan untuk itu aku berikan ucapan tahniah kepada mereka semua yang berjaya mengharungi perlawanan semalam dengan baik.

Kemasukan Badrol, Khyril, Azzamudin, Faizal, Ahmad Shakir, Rozaimi Rahman dan Ridwan Taj dilihat mengubah sedikit corak serangan dan pertahanan Malaysia. jelas di suku terakhir perlawanan Malaysia banyak menumpukan serangan dibhg kiri dan kanan. Gerakan Rozaimi dan Azzamudin kerap kali mengkucar kacirkan pertahanan lawan. Dilihat Zabaletta juga keletihan di babak akhir tersebut.

Ketika penonton mulai pasrah dengan kekalahan Malaysia kali tanpa jaringan, gerakan Azzamudin pada minit ke 90, hasil hantaran dari Mahali berjaya memperdaya Zabaletta dan berjaya memasuki kotak penalti Man City. Penjaga Gol Man City, Johannsen cuba menghalang namun Azzamudin lebih cepat membuat sepakan grounder yang deras melepasi jangkauan Johannsen. Bergempita Stadium Bukit  Jalil dengan sorakan lebih 50 ribu penyokong kedua-dua pasukan yang puas hati dengan jaringan tersebut.

Secara keseluruhan, Harimau Malaya bermain baik cuma tidak konsisten dibeberapa bahagian yang perlu diambil perhatian seperti bek kiri dan kanan serta bahagian serangan. Faktor cuaca, padang dan juga keletihan juga perlu diambil kira. Safee dan Norshahrul perlu lebih bijak dan tenang dalam mengawal bola dan melihat rakan-rakan yang lain kerana "team work" adalah kunci kejayaan pasukan yang mempunyai fizikal yang kurang seperti Malaysia.  Jelas dilihat bahawa Shahrul sering cuba mengelecek walaupun situasi tidak mengizinkan. Ini akan membantutkan serangan dan membolehkan lawan membuat counter attack yang boleh membahayakan. 

Pujian boleh diberikan kepada Kunalan, Gary Steven Robart dan juga Aidil untuk perlawanan  malam tadi yang mempamerkan permainan konsisten serta penuh kesungguhan.

Manakala bagi Man City pula, aku boleh bagi thumbs up pada Kolarov, Aguero, Tevez, Johnson, Zabaletta, adik beradik Toure yang bermain cukup baik dan membanggakan. Untuk musim BPL yg baru ini, pasukan lain harus memberikan perhatian kepada pemain2 di atas. Aguero dan Tevez memang cukup pantas dan mempunyai daya kawalan bola yang cukup baik. Dalam cuaca dan keadaan padang yang tidak begitu baik, mereka boleh bermain dengan cemerlang, apatah lagi jika bermain digelanggang mereka sendiri! Good luck untuk team ini.







Kepada team Harimau Malaya, jadikan semua perlawanan yang diharungi sebagai pemangkin kejayaan di Piala AFF Suzuki nanti dan semoga berjaya mengekalkan kejuaraan berturut-turut. 

No comments:

Post a Comment

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE