Ini sudah lebbey...mana ada sedetik lebih, kurang adalah. Ntahlah kenapa hari ni terasa sangat lesu sedangkan pagi tadi aku bersahur melantak nasi goreng dengan kuih donut baki berbuka semalam. Mebbe aku kurang tido kot. Ataupun kerana aku x berapa sihat. 2 hari lepas memang lagi teruk sebab demam dan selsema. La ni kepala masih biol dan selsema belum betul2 sembuh. Tapi kerja tetap kerja. Tu yang membuatkan aku bertambah tension....huwarghhhhh! Kerja memang banyak tapi aku dah siapkan separuh. Tinggal lagi satu Afidavit yang perlu disiapkan. Tapi aku ketandusan idealah. Tunggu mereka punya application tak sampai2, tu yg membuatkan aku fed up.
Hari ni dah masuk 12 hari berpuasa, lagi 18 hari Syawal akan menjelma (macam pantun lah pulak), persiapan raya masih terkontang kanting nih...nasib baik baju raya anak2 aku dah settlekan sebelum puasa lagi. Legalah ckit. Tapi aku rasa macam tak de mood nak raya lah. kenapa ek? Aku cuma berharap agar anak2 dan isteri aku bahagia dan gembira jer di hari raya ni.
Aku tengok bazar ramadhan kat Kluang nih memang meriah tahun ni tapi takat hari ni aku belum singgah lagi kat sana. Balik kerja dah dkt pkl 6, sibuk amik anak2 balik sekolah. Malam pulak sibuk hntr si akak pegi tuisyen sampai pkl 945. Mana ada masa. Balik rumah dah penat. Beli kuih2 atau air pun kat tepi jalan jer. Nasib baik wife aku rajin memasak bulan ramadhan ni, so save ckit duit beli juadah buka atau sahur. Alhamdulillah....
La ni pulak tengah berlangsungnya Sukan Olimpik. Balik jer mengadap tv tgk perkembangan kat sana. tapi takat ni belum ada yang menarik sebab olahraga belum start. Acara yang aku nantikan ialah 100 meter lelaki. Nak tengok sape lelaki paling pantas kat dunia tahun ni. Rasanya Usain Bolt dah ada pencabar dari negara sendiri. Kita tengoklah jelah nanti. Yang x bestnya ialah kebanyakan acara menarik berlangsung awal pagi waktu Malaysia. Mana ada masa nak tengok. Dah le penat berpuasa, takkan nak bersengkang mata lak demi olimpik. Baik aku buat solat terawih atau bertadarus. Bertambah juga pahala aku. Lebih2 kalo acara sukan renang ke atau diving ke atau gimnastik untuk wanita. pergh...berapa banyak lah pahala puasa aku yang hilang haritu. Chit buang karen betul lah. So macamana? tepuk dada tanya iman kata budak2 sekarang.
Sedetik lebih atau kurang semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. Kita yang buat kitalah yang tanggung. Dan terngiang-ngiang ditelinga aku ceramah yang pernah aku dengar, hidup di dunia ni hanya sementara, semuanya adalah pinjaman semata-mata. Tidak ada satu pun harta di dunia adalah hakmilik mutlak kita, even tanah yang atas nama kita yang berdaftar tu pun bukan milik kita sebenarnya. Semuanya akan kembali ke Sang Pencipta, Allah Azza Wajalla. Walau sebesar mana dosa yang pernah kita lakukan, Allah sw itu Maha Pengampun. Mintalah keampunan dariNya sebelum kita kembali kepadaNya untuk selama-lamanya.
No comments:
Post a Comment
Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!