Nuffnangs

Wednesday, July 25, 2012

Ulasan Perlawanan Malaysia vs Arsenal 2012

Begitu mengujakan...itu yang dapat aku katakan kat sini. Perlawanan semalam merupakan. satu perlawanan yang cukup seimbang bagi kedua-dua pasukan walaupun ke
sudahannya Malaysia tewas 1-2.

Pada separuh masa pertama Malaysia menurunkan pemain2 utama seperti Safiq Rahim, Kunalan, Bunyamin Omar, Safee Sali, NorShahrul Idlan, Azzamudin, Shakir Shaari, Aidil, Subramaniam  dan lain-lain. Jelas penguasaan bahagian tengah pasukan Harimau Malaya diketuai oleh Safiq begitu berkesan hinggakan pemain Arsenal berkejaran untuk mencari walaupun sekali sekala bek kita tenggelam dengan kelicikan pemain Arsenal yang rata2 adalah pemain muda dan baru. 

Malaysia nampak matang dengan corak hantaran pendek yang berkesan seperti Barcelona (walaupun mmg jauh kalo nak disamakan pun) tetapi sesekali melakukan through pass yang jelas memerangkap benteng lawan yang mempunyai pemain2 yang tegap dan tinggi. Beberapa kali Safee berjaya meloloskan diri dengan lorongan baik daripada Safiq yang dilihat boleh menghasilkan gol. Namun kecekapan penjaga gol Arsenal, Vito Mannone menggagalkan usaha Malaysia. Namun akhirnya, Azmi Muslim meletakkan Malaysia di hadapan dengan ledakan cantik kaki kiri daripada jarak lbh kurang 30 meter. Dilihat pemain bek Arsenal melakukan rantaian terhadap NorShahrul dan Safee yang membolehkan Azmi bergerak bebas dan berjaya melakukan sepakan itu.

Tiada Rosicky, Van Persie, Konchesny dan beberapa tonggak lagi di dalam team Arsenal kali ini. Bahagian tengah mereka hanya dikemudi oleh pemain baru seperti Andre Santos, Thomas Eisfeld, Chuks Aneke dan lain-lain. Namun begitu mereka mempunyai Mikel Arteta, Abou Diaby, Alex Song, Gervinho, Theo Walcott, Oxlade Chamberlain, Marouan Chamakh yang agak berpengalaman. Namun mereka gagal untuk menembusi benteng akhir Malaysia yang dikawal oleh Farizal Marlias yang menggantikan Khairul Fahmi yang masih belum cergas sepenuhnya.

Pertukaran pemain yang drastik dipihak Malaysia jelas mengubah haluan permainan terutama di bahagian pertahanan yang mana dengan ketiadaan Aidil, Subramaniam di bahagian tengah serta Bunyamin dan Azmi Muslim menjejaskan rentak Malaysia yang agak sedikit kucar kacir diakhir babak kedua. Ini menyaksikan Arsenal berjaya mengasak kubu Malaysia menerusi Theo Walcott dan juga Ryo dibahagian kiri dan kanan dan mendapatkan 2 gol dalam 5 minit terakhir perlawanan yang dijaringkan oleh Aneke dan Eisfeld.

Namun, pendedahan semua pemain termasuk Rozaimi Abdul Rahman yang dimasukkan sebagai bek kiri Malaysia jelas menjadi satu pengajaran dan pendedahan berguna kepada mereka semua untuk menghadapi perlawanan seterusnya iaitu menentang Manchester City pada 30hb Julai ini.

Diharapkan pemain2 Harimau Malaya boleh bermain seperti ini lagi atau lebih baik lagi yang mana perlawanan berikut ini bukanlah satu perlawanan yang biasa tetapi menentang pasukan yang menjuarai BPL 2012. Kita tunggu sahaja kesudahannya dan semoga pemain2 bermain secara konsisten seperti ini.



No comments:

Post a Comment

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE