Assalamualaikum semua,
Hari ni dah masuk hari ke2 kita berpuasa. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan seperti yg dirancang. Termasuklah anak2 aku, Alya dan Aina dan telah berjaya melepasi rintangan hari pertama yg penuh mencabar. Doa aku adalah semoga mereka diberi kekuatan untuk melepasi rintangan bagi keseluruhan Ramadhan kali ini.
Alhamdulilah juga aku telah sebulan bekerja di tempat baru, dan aku berjaya mengharungi sebulan itu dengan penuh yakin dan bersemangat. Cuma kali, aku hanya berharapan dan berdoa agar Aidilfitri yang akan menjelang menjadi hari raya yang paling bermakna dalam hidupku. Aku sedar banyak yang perlu aku lakukan untuk mencapai hasrat itu tetapi aku sanggup melakukan apa saja demi kebahagiaan mereka.
Kunci kejayaan sebenarnya terletak ditangan kita dan Allah sw yg menentukan segalanya. IzinNya juga yang aku harapkan. Kepada isteriku, anak-anakku, dan seluruh umat Islam yg membaca titipan, sama-samalah kita bekerja keras beribadat di bulan Ramadhan ini demi mengejar keberkatan yang ada didalammya. Jangan persiakan segala yang ditawarkan kerana belum tentu kita akan bertemu dengannya di tahun hadapan. Semoga kita mendapat rahmat dariNya dan beroleh kekuatan iman untuk mengharungi cabaran dan dugaan di bulan puasa ini. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.....
No comments:
Post a Comment
Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!