Nuffnangs

Monday, August 1, 2011

Rebah Bukan Titik Akhir

REBAH BUKAN TITIK AKHIR

GEGAK GEMPITA MALAM ITU
SELURUH PELUSUK MALAYA MENGHARAPKAN SESUATU
BAGAIKAN PESTA  MENYAKSIKAN SEMUANYA BERGANDING BAHU
SORAKAN KALLANG HANYUT ENTAH KE MANA
DITELAN GEMPITA HARIMAU MALAYA

MALAM ITU NGAUMANMU CUKUP GAH
TEMPIKAN MU CUKUP NYARING DAN MENAKUTKAN
KUKUMU CUKUP TAJAM DAN SANGAT BERBISA
BULUMU BERKILAT DAN BERGEMERLAPAN
TARINGMU SUDAH DIASAH DENGAN SEMPURNANYA
DENGAN PADUAN SORAKAN APIT DI SEKELILINGMU
KAU SEPERTI RAJA YANG SANGAT DIHORMATI

NAMUN NASIBMU TIDAK SEINDAH YANG DIHARAPKAN
KETENTUAN ILAHI MELANGKAUI SEGALA-GALANYA
APA YANG DICITA APA YANG DIRANCANG
SEMUANYA TIDAK MENJADI KENYATAAN
KAU REBAH DI CAKAR SINGA-SINGA YANG ENTAH DARI MANA DATANGNYA

AHHH...PERSETANKAN SEMUA ITU
KAU SEBENARNYA LEBIH GAGAH, CUMA NASIBMU YANG TIDAK BERPIHAK
LUKAMU ITU PASTI SEMBUH DALAM BEBERAPA PURNAMA INI
CUMA JANGAN LUPA ASAHKAN TARING DAN KUKUMU SEMULA
AGAR TIDAK TUMPUL SELAMANYA
JADIKAN KETEWASAN ITU SATU PENGAJARAN YANG TERBAIK
USAH TERUS KECEWA KERANA PELUSUK MALAYA SENTIASA BERSAMAMU....

2 comments:

  1. Jika pemain harimau muda membaca puisi ini,saya percaya semangat mereka akan pulih.

    ReplyDelete
  2. Harap2 mrk membacanya dan kembalikan motivasi diri yg mungkin menurun sedikit...semoga mrk berjaya selpas ini...

    ReplyDelete

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE