Nuffnangs

Thursday, August 11, 2011

Dah dekat dah...

Assalamualaikum semua...


Alhamdulilllah, hari ni dah masuk hari ke 12 umat Islam semua berpuasa. Tinggal lg lbh kurang 17 atau  18 hari lg kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan al mubarak ni...

dah dekat dah...apa yg dah dekat...apa lg raya le. Itu yg aku risau sgt tu. Mana taknya, persiapan raya nak kena wat juga. Pakaian sendiri, isteri dan anak-anak perlu disediakan. Haaaaa....semput. Tp tahun ni nampaknya fikiran aku hanya memberi tumpuan kepada persiapan bagi isteri dan anak-anak je dulu. Biar lah mereka gembira dan ceria di pagi raya. Pada aku, apa yg ada bagi aku sudah memadai. Janji semuanya bahagia dan tidak berduka dipagi yang mulia itu.
 
Baru jer bulan 2 lepas aku membeli 2 pasang baju melayu, nampaknya boleh dikira baru lagi tu. So. baju tu le yg akan aku pakai nanti...harap2 matching le dgn anak beranak aku...almaklumlah, kebiasaannya mereka nak sedondon...bg aku sedondon ke x sedondon adalah perkara kedua. Yang paling penting adalah kesihatan di pagi raya tu sendiri...kalo x sihat mcmana nak beraya kan. 

InsyaAllah tahun ni, aku akan beraya dihalaman sendiri sbb tahun lepas dah ke tempat mertua. Mebbe raya ke 3 atau ke 4 baru balik ke sana...Putrajaya. Orang balik ke kg, aku plak balik ke bandar...hahahaha...

Apa-apa jelah...paling utama sekarang adalah menghabiskan ibadah puasa ni dgn kalo boleh penuh dengan amalan yang berkat, yelah, kalo kita just berpuasa je, ibadah2 lain seperti solat kita abaikan, berkat ke puasa kita. Penat je kita berpuasa disiang hari, akhirnya dapat penat jer kan...tp itu semua kerja Allah sw. Kita hanya mampu merancang, semuanya adalah ditangan tuhan. Tp, kita hendaklah disiplin kan diri kita, samada Allah nak terima ke tidak amalan kita, kita x tau. Yang penting kita buat semuanya dengan penuh khusyuk dan tawadduk. Aik...macam ustaz dah.


Oklah kengkawan, kita jumpa lagi di coretan lain...insyaAllah...semoga semuanya mendapat setinggi-tinggi pahala atas apa jua amalan ibadat yang dilakukan.




2 comments:

  1. setuju!...jgn lupe bulan 11 dan 12 ni yea :)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah...x de aral kami akan sampai...don't worry...

    ReplyDelete

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE