Nuffnangs

Wednesday, August 17, 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Entri kali ini aku taknak nak buat panjang-panjang sbb letih le kan nak baca. Cumanya saja jer nak bercerita tentang perjalanan hari ke 17 dan ke 18 puasa aku.

Semalam, hari ke 17 berpuasa, merupakan hari yg sgt letih, namun aku gagahkan juga. Mana taknya seawal pkl 6.30 pg dah keluar dari rumah utk ke outstation. Pagi itu aku ada kes bicara di Mahkamah Tinggi Muar yg jaraknya dari Kluang lbh kurang 1 jam 40 minit. Nasib baik tak amik masa lama untuk pendengaran kes, dan alhamdulillah aku berjaya dapatkan apa yg aku nak utk fail itu. Selesai di sana lbh kurang pkl 10 pg, aku terpaksa bergegas ke Batu Pahat pulak untuk satu review dengan pihak Bank Muamalat pada jam 11 pg.

Memandangkan masih awal, so aku bawa le slow-slow dlm 80-100 km sejam. Pertama kali bawa seslow ni tp best gak, minyak jimat, jiwa tenang dan tak rasa terlalu tertekan. Hahaha...gila tak tertekan, kalo tak tekan, tak bergerak ye tak.

Sampai di BP, tepat jam 11 pg. Memang hari tu aku amat bernasib baik, sbb biasa tmpt parking mmg susah nak dapat, tp kali ni dapat betul2 di depan bank. pergh mmg bersyukur sesangat. Review berjalan lancar dan habis lbh kurang pkl 12 tgh. Terus aku bergegas balik ke Kluang kerana banyak kerja yg menanti aku di ofis.   
Alhamdulilah, semalam semuanya berjalan seperti yg dirancang. Cumanya, agak letih sikit sbb pagi tu cuaca agak panas, selepas sampai diofis, hujan mencurah-curah turun...so suasana  agak nyaman dipetangnya.
Malahan semalam juga merupakan hari yg paling relax diwaktu malamnya sbb x perlu hantar anak tuisyen. Kalo x, pkl 8 mlm je dah kena keluar rumah dan menunggu hingga jam 9.45 baru selesai. Yelah, setelah begitu letih di siangnya, dptle aku merehatkan badan dimalamnya.
Hari ke 18, hari ini bermula dgn agak sibuk, sbb wife aku plak outstation ke JB. So, aku kena amik alih tugas menjaga dua anak kembar yg perlu dihantar ke nursery pada pukul 8 pg. Selepas semuanya selesai, aku pun terus ke Mahkamah Sesyen Kluang utk amik tarikh kes yg aku MOB. Nasib baik ada mmbr kat situ, sbb 1 kes tu kena panggil, memandangkan aku tak "fully attire", so x bole appear. Aku terpaksa minta tolong mmbr tu utk MOB  Alhamdulillah semuanya selesai. 

Skrg baru menunjukkan pkl 11.30pg, so aku kena bereskan keje-keje yg ada atas meja aku. Ptg nnti tak taulah apa yg berlaku. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Sampai berjumpa lagi...

No comments:

Post a Comment

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE