Nuffnangs

Thursday, December 13, 2012

Malaysia vs Thailand Review

Assalamualaikum

Sakit buah pinggang aku menonton perlawanan smlm. Sejak dari minit Fazdli Shaz dibuang padang hinggalah tamat masa penuh perlawanan penuh dengan caci maki terhadap pengadil dari korea (aka pengadil k-pop aka pengadil gangnam style).

Sudahle bermain diatas padang yang macam bendang tmpt kerbau berkubang, tahap atau mutu pengadilan yang lemah oleh kesemua pengadil menyebabkan perlawanan semlm seperti ada yg tak kena. Biarlah pihak berwajib yang menyiasat.

Pengadil K-pop tu dengan terang2 sejak dari awal perlawanan mmg jenis yang suka bagi kad. Fazdli telah mendapat kad kuning seawal 10 minit perlawanan yang sepatutnya hanya dberikan amaran shj. Keadaan ini jelas merencatkan permainan skuad HARIMAU MALAYA yang juga jelas gagal mencari rentak dalam keadaan padang yang teruk.

Sejak dari min ke 26 Malaysia telah bermain dengan 10 org mengingatkan aku dengan perlawanan Sukan Asia di China dimana kita lawan team China dan telah bermain dengan 9 org sejak dari minit ke 10. Aku salute dengan semangat juang para pemain dan berjuang bermatian sehingga ke wisel penamat. Dalam keadaan yang cacat itu, mereka berjaya juga untuk membuat beberapa serangan berbahaya terutamanya tandukan Norsahrul pada minit ke 70 yg hampir meletakkan Malaysia seri 1-1.

Corak permainan Malaysia sebenarnya tidak berapa menjadi akibat dari kehilangan fokus terhadap perlawanan mungkin dengan kekurangan kreativiti di bhg kiri dan kanan dengan keluarnya Kunalan dan tanpa kehadiran Wan Zack untuk merencanakan bahagian sayap. Bahagian tengah juga gagal menyerlah kerana terlalu berhati-hati akibat kekurangan pemain.

Pertahanan Malaysia bahagian kiri dan kanan tidak dapat membuat overlapping yg berkesan kerana juga berhati-hati agar tidak memberi ruang lebih kpd Thailand. Mahali dan Bunyamin bermain baik tetapi gagal memberikan sumbangan berkesan kerana kurangnya support di bhg tengah dan sayap yang sedikit pincang.

Namun beberapa hantaran lintang oleh Mahali dapat juga beberapa kali mengecutkan tali perut pertahanan Thailand namun nasib tidak menyebelahi pasukan Malaysia.

Apa yang dapat aku lihat, pemain2 Thailand lebih fokus dan berjaya memainkan peranan dengan baik, Dengan hantaran kemas dan kawalan bola yang baik terutama di bahagian tengah dan sayap, membuatkan pertahanan Malaysia terpaksa bekerja lbih keras. Sayap kiri mereka jelas terlalu mudah memasuki ruang pertahanan Malaysia kerana kurangnya sokongan antara Mahali dan Azamudin yang kadangkala naik terlalu tinggi dan gagal turun dengan cepat. Bahagian midfield mereka terutama yang dikuasai oleh Adul Laso dan Tanglao begitu banyak diberi ruang utnuk bergerak. Kerap bola hantaran kepada penyerang mereka Terasil Dangda berjaya menyelit masuk dicelah2 pertahanan Malaysia. Namun tahniah diucapkan kepada Farizal yang menjaga gawang dengan cemerlang sekali.

Kemasukan Faizal sebagai pertahanan tengah boleh dikatakan baik tetapi kegopohan Amar Rohidan yang hilang tumpuan memberikan peluang kepada Terasil menghasilkan gol pertama Thailand. Safee yang masuk menggantikan Baddrol jelas tidak banyak mengubah corak serangan Malaysia walaupun diberi peluang yang sangat baik sekali hasil hantaran Mahali tetapi tandukannya tersasar.

Hasil dari satu sepakan percuma, bola sepakan Tanglao muntah dari tangkapan Farizal dan disambar dengan tenang oleh Terathon yang menjaringkan gol kedua Thailand.

Keadaan berlanjutan hingga wisel penamat dan begitulah juga berlanjutannya cacian dan makian terhadap pengadil k-pop tu.

Anyway, tahniah kepada pasukan Malaysia yang berjaya ke semi final walaupun pada awalnya tidak beri harapan langsung. Corak permainan yang bersemangat adalah sebenarnya satu kemenangan moral kepada rakyat Malaysia.

Tahniah sekali lagi kepada semua pemain dan paling penting jangan patah semangat. Bukan rezeki kita kali ni. Cuba lagi 2 tahun lagi dan harapan agar pemain2 muda akan menyerlah.

Aummmmmm.....Harimau Malaya tetap dihati.

No comments:

Post a Comment

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE