Assalamualaikum
Tajuk bukan main gempak lagi tapi ekceely xde apa-apa pun. Tadi aku ada sembang dengan sorang kawan ni. Terkenal dengan panas baran dan gagah berani dia. Aku suka kawan dia sbb dia ni walaupun dia muda sgt dari aku tapi beliau dimatangkan dengan pengalaman2 dan background yg sgt berbeza dari aku.
Mulanya kami hanya bercerita tentang kenangan masa di sekolah dan universiti. Aku ceritallah pasal awek lama aku dan gaya hidup aku. Aku rasa cerita aku masa tu dah cukup gempak lah. Tapi bila dia mula bercerita, maka dengan sendirinya aku ternganga sbb apa yg dia lalui sgt2 lah gempak dan x prnh terfikir utk aku buat.
Rupanya gaya hidup dia mmg x boleh blah langsung dengan aku sbb kalolah aku masa tu jadi kawan dia, mungkin aku juga akan terjebak. Dengan clubbing, perempuan, dikelilingi oleh orang2 yang togak air kencing setan, kehidupan gansterism dan sebagainya. Yang aku respek dia, walapun dia bercampur dengan kehidupan yang macam tu, dia masih dapat hindarkan diri dia dari menonggak air haram tuh dan juga berzina. Alhamdulillah, Allah telah lindungi sahabat aku ni.
Masa tu dia kata kawan2 dia respek dia sbb walaupun yang perangai dia x sebaik mana tapi dia masih berjaya utk mendapatkan segulung ijazah yang ibu dan ayah dia idamkan. Maknanya dia tak pernah menghampakan kedua orang tua dia dan paling penting orang yang dia sayangi ketika ini, isteri dia sendiri. Rahsia ini hanya aku dan dia aje yang tau. Biarlah menjadi rahsia. Yang aku nak ketengahkan kat sini adalah peristiwa2 yang berlaku atau terjadi kepada kita dahulu jgnlah dijadikan modal utk bermegah-megah tetapi hendaklah dijadikan pengajaran yang berguna kepada kita dan dijadikan sebagai pemangkin kepada kejayaan kita.
Tajuk kat atas aku letak sbb ada sorang lg mmbr ni menjual basikal MTB dulu2. Tapi la ni kalo nak order dengan dia boleh jer. Giant adalah satu jenama MTB yang agak murah tetapi berkualiti. Bila dia tunjukkan blog dia yang terkenal (kata dia) , kalo korang rajin bolehlah ke sini gilergiant.blogspot.com dan/atau rajasikal.blogspot.com.
Kepada peminat2 MTB, ni bukannya promosi sbb mmber ni dah hentikan jualan, cumanya kalo nak dapatkan nasihat daripada dia bolehlah ke blog dia tu.
Ok lah guys, aku nak stop kat sini dulu...jumpa lagi. Ingat hidup di dunia ni hanyalah sementara sahaja, akhirat jua yang kekal abadi selamanya. So jgn pernah lupakan pencipta kita. Wassalam
No comments:
Post a Comment
Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!