Nuffnangs

Monday, December 10, 2012

Sepi

Assalamualaikum

weekend lepas adalah weekend yg sgt sepi dan sunyi bagi aku sbb anak-anak dan wife ke Putrajaya. Anak yg sulung dan no 2 ada kem solat di Masjid Putrajaya dari 10-12hb Dis. Aku plak ada meeting dgn klien pada hari sabtu lepas. teringin nak pergi ttp ada sesuatu yg menghalang.

Nasib baik ayah dan ibu ada kat Kluang. Tgh sabtu tu aku ke rumah mereka dan makan tengahari di sana. Petang dalam pukul 2 ada meeting dgn Shah di Rengit. Lama juga meeting tu sampai pkl 10 mlm. Adalah business ckit.

Sepi dan sunyi sebenarnya banyak mengajar aku bahawa hidup di dunia ni kalo kita x bersedia utk sunyi dan bersendiri maka hidup kita pasti akan terumbang-ambing sebab kita asyik melayan perasaan rindu hanya kepada insan. Aku cuma nak ingatkan kepada diri aku dan sahabat-sahabat bahawa harta, anak-anak, adalah perhiasan di dunia ini yg membolehkan kita rasa bahagia bila semuanya ada. Tetapi kita harus tau bagaimana nak menggunakan perhiasan ini untuk kehidupan di akhirat kelak. Korang mesti tertanya-tanya kenapa aku cakap macam tu. Aku bagi contohlah. Kalo harta kita banyak dan kita infak atau sedekahkan kepada mana2 badan kebajikan atau mereka yang berhak, maka harta inilah yang akan menjadi bantuan kepada kita diakhirat kelak. Begitu juga dengan anak2. Didikan yang baik akan menjadikan anak2 ini anak2 yang soleh dan sentiasa mendoakan ibu dan bapanya. Dengan doa yang disedekahkan apabila kita sudah tiada akan juga menjadi bantuan kepada dari alam barzakh lagi hingga lah ke akhirat. Beringatlah!

Jangan layan sangat sunyi dan sepi tu. Sunyi dan sepi inilah yang terbaik untuk kita mendekatkan diri kita dengan Allah Azza Wajjala. Pencipta kita. Bila lagi kita nak bersama-sama dengan Dia. Kesibukan kita dengan hal dunia da perhiasan2 kita seharian sedikit sebanyak melalaikan kita untuk bersama dengan Allah sw. Sebab itu digalakkan untuk bangun di sepertiga malam untuk melakukan solat sunat dan tahajjud dengan objektif bahawa jiwa pada masa itu adalah paling tenteram dan damai. Hanya kita dan Allah sw sahaja ketika itu. Dapatlah kita khusyuk dan tawadduq dalam menjalankan ibadat kepada Nya.

Alhamdulillah aku diberikan waktu itu utk bersama-samaNya. Walaupun perasaan sepi dan sunyi itu menyelubungi, aku tau Allah sw sentiasa ada bersama-sama aku untuk selamanya.  

No comments:

Post a Comment

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE