Nuffnangs

Thursday, December 27, 2012

Johor Darul Takzim FC vs Woodland Wellington FC

Assalamualaikum

smlm aku berpeluang untuk menonton match antara dua team yg disebut di atas. Ini merupakan perlawanan pertama kejohanan 4 Penjuru yg membabitkan Johor DT FC, Johor United, Pahang dan Woodland Wellington FC.

Aku sampai kat Stadium Larkin dlm pkl 815 mcm tu. Lupa lak nak mention. Aku pg dengan member kau, Hafez. Dia yang amik aku kat Impian Emas. Sampai kat dpn stadium pergh ramainya manusia hinggakan jalan jem. Pusing kat tmpt parking last2 dptlah satu tmpt. Alhamdulillah.



Nasib baik mmbr lain dah belikan tiket dan dptlah aku duk kat grandstand...memandangkan stadium kecik, rasa dkt jerk dgn padang. 1st time masuk stadium larkin. Padangnya akan ok dgn keadaan rumput yg dijaga baik cuma lampu limpahnya yg masih mencapai standard. Scoreboard elektronik dah ok.

830 sharp match pun mula. Nampak sgt perbezaan pemain2 kebangsaan spt Safiq, Zakuan, Azmi Muslim, Safee main dgn sgt tenang. Pemain lain spt Guiza jgn ceritalah. Yang aku respek adalah kerajinan Guiza mencari bola dari bawah ke atas x kenal penat. Tapi pemain2 johor yang lain agak gugup pada awalnya tapi atas pengalaman Safiq yg mengawal bhg tengah jelas membantu. Johor DT mengawal hampir 60% possession sepanjang perlawanan. Match aku katakan berat sebelah sbb Woodland jarang2 sekali dapat menembusi benteng defence Johor DT.

Gol pertama Johor DT dilakukan oleh Daniel Guiza hasil sepakan percuma yang jelas tidak begitu mengancam tapi bola sedikit terbias kekiri gol WW hinggakan keeper tergamam tak mampu buat apa2.

Gol seterusnya dijaringkan oleh Safee yang diberikan hantaran cantik oleh Guiza dari sebelah kanan dan tindakan Safee yg tidak gopoh berjaya menembusi gol lawan dengan meletakkan bola disebelah kiri gol. Sblm tu Safee telah diberi 2 peluang terbuka hasil hantaran Guiza juga tapi beliau terlalu gopoh didepan gol.

Gol ketiga dihasilkan melalui gerakan cantik Safiq, Guiza dan Safee yang akhirnya menggelecek 2 pertahanan lawan dan melepas rembatan deras dari luar kotak penalti dan bola menerjah masuk di sebelah kiri gawang.

Separuh masa  berkesudahan 3-0 dan separuh kedua bermula dengan Zakuan dikeluarkan dan Aidil masuk menggantikan Ahmad Thamimi di bhg bek tengah.

Johor DT bermain agak lewa hingga WW berjaya mengawal sedikit permainan dan hasil gerakan cantik bhg tengah, pemain import WW berjaya membuat tendangan dari luar kotak yang agak deras ke sebelah penjuru kanan gol Johor DT dan terus menerjah masuk tanpa dapat di tepis oleh keeper Johor DT.

Tapi gol WW ini tidak merencatkan serangan Johor DT yang berjaya mendapat beberapa peluang melalui sepakan percuma luar petak. 2 sepakan yang diambil Safiq mengegar palang gol tapi sepakan percuma yang ketiga diambil dengan tenang dan sepakan cantik lencong yang agak rendah menerjah gawang sebelah kiri WW. Kedudukan 4-1 dan Guiza juga beberapa kali mempunyai peluang terbuka tapi gagal dimanfaatkan sepenuhnya. Kemasukan Mat Yo @ Wak Lan menampakkan kembali penguasaan Johor DT. 

Hasil gerakan solo cantik Wak Lan, beliau berjaya membuat rembatan rendah deras ke sebelah kanan gawang WW dan bola terus melepasi keeper membuatkan lebih 20 ribu penyokong Johor DT bersorak riang.

Aku boleh simpulkan perlawanan malam sebagai satu perlawanan berat sebelah yang seumpama team Harimau Malaya menentang pasukan liga perdana Malaysia. Langsung tiada tentangan menarik dari WW.

Apapun aku ucapkan tahniah kepada Johor DT dan teruskan kecemerlangan di final pada hari Jumaat nanti cumanya aku tak berpeluang untuk menonton sebab pulang ke Kluang pada hari itu.

Southern Tigers .....Luaskan Kuasamu!!!!Aummmmm!!!!! 

No comments:

Post a Comment

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE