Nuffnangs

Sunday, August 5, 2012

Adakah Anak-Anak Yang Belum Akil Baligh Perlu Di paksa Berpuasa?


Cuba korang dengar ceramah ni. Ramai ibu bapa sekarang ni tak faham situasi berpuasa bagi kanak-kanak yang belum baligh. Anak2 umur 6 tahun, 7 tahun dipaksa berpuasa. Aku pun salah seorang daripada ibu bapa itu. Bila dengar ceramah di atas, jelas hukumnya haram memaksa anak2 berpuasa kecualilah anak2 itu memang nak berpuasa. Kalo anak nak berbuka, maka hendaklah kita biarkan mereka berbuka. Berdosa menghalang mereka dan membiarkan mereka berlapar.

jelas memang tiada dalil mengatakan kewajipan  atau sekurang-kurangnya harus berpuasa kepada anak2 yg belum akil baligh kecuali dalam bab solat. Ramai yang tidak ambil berat tentang solat tapi kalo cakap bab puasa, lain macam pulak dah. nauzubillah...Solat adalah tiang agama, tanpa solat runtuhlah ibadat yang lain. Kena ingat tu.

Alhamdulillah satu penemuan yang baik dan ilmu yang baik dan benar wajiblah dikongsi. Semoga kita lebih peka dan insaf  tentang keadaan ini.  So renung2 kanlah dan ambil iktibar daripada video ini.

Wallahualam

No comments:

Post a Comment

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE