Nuffnangs

Tuesday, August 7, 2012

Azizul Hasni Awang dan Acara Keirin

Siapa tak kenal sekarang ni dgn Azizul Hasni Awang atau pocket rocket man kita...kecik jer orangnya tapi hatinya sangat besar.

 Azizul Hasni Awang aka Pocket Rocket Man (PRM)
 (foto hiasan)

Malam tadi aku tengok le dia fight semi final acara kegemaran dia iaitu keirin. Pencabar dlm heat dia masa tu termasuklah juara dunia Chris Hoy dari Great Britain, dan 4 yang lain yang semuanya dari Eropah. Body mereka semuanya solid2 beb. PRM juga yang kerdil kat situ. Sori ye Azizul bukan nak ngata tapi kenyataan. Fizikal memang ketara sangat berbeza.

Cer korang tengok yg no 3 tu adalah PRM, beza kan fizikal dia....haha

Tapi apa yang aku nak cakap kat sini adalah semangat dia dan hati dia yang sangat besar. Aku rasa dia tak takut pun berada dalam kelompok puak2 yang besar tu. Akhirnya, dengan semangat yang membara tu, dia dapat no 2...no 2 tu beb belakang Chris Hoy. Sikit je lagi nak dapat no 1.

Bangun pagi tadi, aku dengar final acara keirin ni dah berakhir dan PRM dpt no 6. Kecewa sikit aku tapi percaya dia dah berusaha yang terbaik untuk negara. Siapa yang tak nak medal kan. Lagi2 emas. Berbaloi-baloi tu kalo dapat. Mau jadik jutawan bila balik karang. Anyway tahniah PRM. Aku rasa lepas ni pesaing2 dari Eropah dan Asia pasti gerun kan tengok dia. Tapi aku rasa, kalo lah ada Josiah Ng masa final tu, pasti keadaan nya berbeza sebab keirin ni memerlukan taktikal dan strategi yang betul. Kita boleh tengok masa Sukan Asia yang lepas macamana Josiah bantu PRM jadik juara. Kadang2 PRM bantu Josiah. Begitulah keadaannya, hadang, himpit dan sebagainya boleh digunakan untuk capaikan matlamat.

yang depan tu le basikal bermotor (foto hiasan)

Cakap pasal keirin ni, korang tau ke macamana cara ia dilakukan? Sebenarnya keirin ni berasal dari Jepun bermula tahun 1948 lagi. Dulu cuma untuk tujuan pertaruhan tapi dijadikan sukan rasmi pada olimpik Sydney tahun 2000. Di lakukan dalam 8 pusingan yang mana pelumba akan mengikut sebuah basikal bermotor dengan kelajuan dalam 40-50 km/jam sehinggalah pusingan ke 6 yang mana basikal bermotor ini akan keluar dari track. Pelumba2 akan meningkatkan kelajuan dalam 60-70 km/jam dan semakin laju ketika pusingan yang terakhir. Kat sinilah strategi dan taktikal sangat penting dan kalo ada rakan sepasukan mmg satu kelebihan.

Oklah. Sebarang kemusykilan bolehlah terus Google k. hahaha...sori.

No comments:

Post a Comment

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE