Korang pernah dengar tak acara ni...trek omnium. Aku pun first time dengar ni. Kat Olimpik 2012 ni lah.
Apa yang aku tengok kat tv, acara ni dah macam acara lebuhraya. Memang lama dan cara dia berlepas secara beramai-ramai. Ada 2 lapis atau barisan sekali heat. Daripada korang berteka teki apa itu omnium, korang bacalah kat bawah ni.
lepas beramai-ramai
Apa yang aku dapat tau, acara omnium ni telah merangkumi kombinasi pelbagai acara trek atau pengganti kepada acara pecut individu, point race dan madison. Kalo korang pernah tengok olimpik, kita ada acara point race mcm kat lebuhraya tu. Point dikira ketika zon pecut dan sebagainya.
Omnium sudah diperkenalkan di kejohanan dunia sejak 2007 lagi. Cumanya dalam olimpik, inilah kali pertama diperkenalkan walaupun mendapat pelbagai kecaman dan bantahan.
Ok kalo dah faham ini pula cara pengiraan pointnya. Bagi yang mendapat tempat pertama di zon pecut, dia akan mendapat 1 markah, no 2 dapat 2 markah, no 3 dapat 3 markah. Markah2 ini dikira secara terbalik yg bermaksud sesiapa yang mendapat markah terendah menjadi pemenang.
Ada 6 events dalam omnium ni.
- Flying lap (lawan jam)
- Perlumbaan mata
- 30 km untuk lelaki elit, 20 km untuk wanita elit, 15 km untuk junior lelaki, 10 km untuk junior wanita
- Penyingkiran
- pecut individu
- 4000 metres untuk lelaki elit, 3000 metres for junior lelaki dan elit wanita, 2000 metres wanita junior
- Scratch
- Ujian masa
- 1km lelaki, 500 metres wanita
Harap2 adalah pelumba Malaysia dalam acara ni nanti.
No comments:
Post a Comment
Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!