MEMBERI
MAKAN KEPADA YANG BERPUASA
Daripada Zaid bin Khalid al Juhani r.a, Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang memberi makan kepada seseorang untuk berbuka puasa, nescaya ia mendapat ganjaran yang sama dengan orang yang berpuasa itu.” (Riwayat at-Tirmizi)
(Sumber: 300 hadis bimbingan kearah mencari redha Allah, Zahazan Mohamad, Ahmad Hasan Mohd Nazam)
Daripada Zaid bin Khalid al Juhani r.a, Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang memberi makan kepada seseorang untuk berbuka puasa, nescaya ia mendapat ganjaran yang sama dengan orang yang berpuasa itu.” (Riwayat at-Tirmizi)
(Sumber: 300 hadis bimbingan kearah mencari redha Allah, Zahazan Mohamad, Ahmad Hasan Mohd Nazam)
Sesungguhnya begitu besar pahala sesiapa yang bersusah payah di dalam kepenatan berpuasa menyediakan juadah berbuka puasa samada kepada keluarga sendiri atau sesiapa pun dan seperti hadis di atas, pahalanya adalah sama dengan apa yang diperolehi oleh orang yang berpuasa tersebut. Sudahlah kita mendapat pahala kerana berpuasa, ditambah pula dengan pahala yang berganda. Subhanallah...
Begitu juga dengan sesiapa yang bangun awal pagi dan menyediakan juadah sahur untuk keluarga atau orang lain. Mereka juga akan mendapat ganjaran berganda daripada Allah sw. Segala susah payah mereka dalam keadaan mengantuk dan kepenatan dibalas dengan setimpal.
Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Bersahurlah! Sesungguhnya terdapat padanya keberkatan. “ (Riwayat al Bukhari dan Muslim)
Yang paling penting adalah apa juga yang kita kerjakan mestilah ikhlas dan bukannya kerana berkehendakkan nama, balasan atau penghormatan dari orang lain. Kita lakukan semuanya kerana Allah sw. Kita mungkin tidak melihat ganjarannya tapi percayalah janji Allah itu adalah pasti dan tetap ditepati!
Sekiranya kita beriman dengan hari Akhirat sudah pasti kita akan percaya dengan segala ganjaran yang dijanjikan ini. Percayalah bahawa dunia ini hanya sementara sahaja, akhirat juga yang kekal abadi. Berbuatlah kebajikan untuk menambah pelaburan diakhirat kelak.
Wallahualam...
No comments:
Post a Comment
Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!