Dengar citer dah ramai yg sudah bergerak atau memulakan perjalanan pulang ke kampung. Ada sorang member aku tu, mg lepas dah balik sbb kg dia kat Kuching. Mebbe flight susah nak dapat. Anyway aku ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kpd En Abdullah yang rasanya sdg bersiap dan berkemas dirumah keluarganya di Kuching.
Aku plak esok akan bergerak ke Nilai, N9. Kali ni mak mertua kata nak beraya kat sana instead of Putrajaya. Rasanya adik beradik ipar akan bersama, so akan crowded sedikit. jadi rumah di Nilai agak selesa berbanding apartment di Putrajaya.
Yang aku terkilan sbb PLUS highway hanya memberi diskaun bagi tarikh2 tertentu shj. Tarikh yg diberi tak kena langsung dengan aku. At least bagilah diskaun dalam tempoh seminggu sebelum dan selepas raya, barulah adil. Kalo tak 30% pun. 10% ke, 20% ke, taklah ralat sgt kan. Banyak tu kalo 30%, yelah kalo biasa dah RM30, lps diskaun cuma RM21 jer...ishk3x. Tak pelah bukan rezeki aku. Anyway thanks kepada Plus yg telah memberikan tips dan cadangan jadual perjalanan untuk mengelakkan kesesakan lalulintas di lebuhraya.
foto hiasan shj
Pesanan kepada semua pengguna jalanraya, berhati-hatilah dijalanraya dan sentiasa patuhi peraturan lalu lintas. Semua orang ada hak menggunakan jalanraya termasuklah penunggang basikal dan motorsikal. Jangan amalkan sikap pentingkan diri sendiri. Bukan hanya menyusahkan diri sendiri tetapi menyusahkan orang lain juga.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin
Selamat Hari Raya bro.. nak buat camne.. PLUS banyak bagi diskaun time2 yg tak ramai org./
ReplyDeletep/s :- singah sini lepas tengok entri blog lama ..
Tulah...kalo nak bagi tu bagilah betul2...baru org respek.
Delete