Peria Katak
Korang pernah makan tak peria ni. Biasa dijual secara goreng nipis dan garing di kedai-kedai makan mamak atau india muslim atau restoran daun pisang. Memang sedap. Aku pun tatau macamana mereka masak dan goreng. Memang pandai mereka goreng kerana kerangupan kekal. Aku ada cuba gak goreng peria ni, tapi sekejap je dah lemau. mesti ada bahan rahsia yang mereka guna. Try juga risik2 tapi tak berjaya dapat resepi.
Khasiat perubatannya dikenali sebagai penawar penyakit kencing manis atau bahan pengawal kadar gula dalam badan. Tulah orang tua-tua kata, benda yang pahit biasanya adalah ubat. Tapi bukan nak kata apa, memang pahit sesangat. Ntah mcm mana aku mmg suka makan peria ni. Tak kiralah peria biasa atau peria katak.
Siapa yang belum dan takut nak makan peria ni, cubalah cari dan makan kat kedai mamak. Pasti anda semua teringat-ingat dan pasti nak cuba lagi.
No comments:
Post a Comment
Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!