Nuffnangs

Friday, August 10, 2012

Petua Talamkeladi : Untuk Kecerdasan Minda Dan Melawan Kanser

Pernah dengar pokok lempoyang. Lebih kurang pokoknya macam pokok kunyit atau lengkuas dan isinya pun lebih kurang kunyit cuma ia tidak kuning mcm kunyit.

Pokok Lempoyang

Masa kecik2 dulu, mak aku rajin ambil lempoyang ni. Disagat lalu diperah airnya. Biasanya mak aku x bagi banyak sangat. Biasa gelas kecil tu suma kurang dari suku.

 Kami adik beradik akan beratur untuk minum. Siap dengan gula atau susu. Sbb lempoyang ni rasanya sangat pahit. Akan terasa di tekak selama beberapa jam. Sbb tu bila mak aku nak bagi minum ni, biasanya secara paksa. Tu yang siap gula, susu, atau air manis.  Biasanya kami akan diberi minum 2 minggu sekali.

Apa yang mak beritahu, minum lempoyang ni bagus untuk otak atau minda agar lebih cerdas dan mudah untuk belajar.

Sekarang baru aku tau, banyak lagi khasiat dia. Terutama sebagai agen melawan kanser. Ada juga yang cakap bagus untuk kulit muka. Tapi betul kot sebab kulit muka aku agak bersih dan tak berjerawat sehingga sekarang. Begitu juga dengan adik beradik aku yang lain.

So, korang bolehlah mula amalkan untuk minum lempoyang ni. Sesiapa yang muka berjerawat, nilah yang paling baik untuk anda.

Semoga berjaya semuanya.

No comments:

Post a Comment

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE