Semalam aku menziarahi channel 114 Al Hijrah, 30 Minit Ustaz Don.
Topik yang dibincangkan adalah berkenaan dengan Malam Lailatul Qadar atau Al Qadri.
Semua dah tahu yang malam tersebut adalah malam yang sangat ditunggu oleh ramai orang kerana jikalau kita bertemu dengan malam itu, ibadat yang kita lakukan adalah lebih baik daripada 1000 bulan. Maksudnya apa juga ibadah yang kita lakukan di malam tersebut akan digandakan berkali-kali ganda banyaknya.
Kenapa Allah sw memberikan kita umat Islam malam lailatul qadar ini? Ustaz Don menyatakan bahawa ada 3 cerita yang paling utama yang mana cerita2 ini adalah berkisar tentang kehebatan seorang atau 4 orang dari kalangan Bani Israel yang begitu hebat, gagah perkasa ketika berperang dan bertahajud kepada Allah sw di malam hari tanpa henti. Ini menimbulkan perasaan kurang senang dikalangan musuh2nya yang mana ingin menghapuskan. Kegagahan beliau ini akhirnya dikalahkan setelah beliau dipujuk rayu oleh isterinya yang telah dirasuah oleh musuh. Beliau memberitahu yang janggutnya ada beberapa helai yang sangat panjang dan itulah punca kekuatan beliau. Isterinya telah mengikat dia dengan janggut itu ketika tidur dan dapatlah musuh menangkap dan menyiksa beliau. Ketika disiksa inilah beliau telah memohon kepada Allah sw untuk melepaskan nya dan akhirnya beliau berjaya dan membunuh semua musuhnya.
Kekuatan dan keimanan beliau ini tiada tolok bandingnya tetapi Allah sw telah berjanji kepada umat Islam bahawa ada satu malam yang lebih baik daripada segala kebaikan dan ibadah yang telah dilakukan oleh pemuda Bani Israel ini. Itulah dia malam lailatul qadar.
tapi bagaimana hendak bertemu dengan malam itu atau adakah formula untuk mengetahui adakah malam tersebut adalah malam yang dicari-cari.
Formula yang biasa diguna seperti banyak dibicarakan dalam hadis Nabi saw adalah carilah malam itu dalam 10 malam terakhir Ramadhan. Dan yang lebih tepat dalam malam2 yang ganjil di dalam 10 malam tersebut contohnya mlm 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan.
Dan smlm Ustaz Don juga ada mengatakan bahawa sekiranya malam tersebut adalah malam lailatul qadar, maka pagi hari tersebut akan merasa nyaman dan dingin walaupun matahari bersinar. Ini adalah disebabkan turunnya para malaikat ke bumi untuk memberi rahmat. Jumlah malaikat yang begitu banyak yg menyebabkan suasana akan berlainan dan nyaman sehinggalah semuanya naik kembali setelah terbit fajar keesokkan harinya.
Ada juga yang mengatakan sekiranya malam itu adalah malam lailatul qadar, maka akan turunlah hujan rintik-rintik yang menyamankan bumi. Wallahualam.
Aku ingin berkongsi pengalaman aku pagi. Tapi tak taulah samada ia adalah petunjuk kepada malam yang dicari-cari ini.
Cuba korang lihat foto di bawah :-
tompokan hitam yang seperti payung
Nilah adalah foto Gunung Lambak di Kluang yang diambil jam 7.15 pagi. Kita boleh lihat di atas gunung tersebut terdapat tompokan hitam yang dipercayai adalah awan seolah-olah memayungi gunung dilatari dengan cahaya atau kilauan matahari yang agak unik dibelakangnya.
Dan suasana pagi ini juga agak berangin dan sejuk. walaupun tiada hujan rintik-rintik seperti formula yang dinyatakan di atas.
Lebih kurang 5 minit selepas itu dilihat awan tersebut bergerak laju meninggalkan gunung dalam keadaan sekata ke arah barat.
gumpalan awan yang bergerak laju
Samada malam ini adalah malam yang kita cari, wallahualam. Hanya Allah sw yang Maha Mengetahui. Apa yang perlu kita buat adalah meningkatkan ibadah kita pada malam-malam terakhir ini agar kita tidak terlepas malam yang lebih baik daripada seribu bulan ini. Semuanya adalah ketetapan ilahi. Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.
Kenapa 10 malam yang terakhir bukan malam2 yang awal. Sebab paling mudah adalah supaya kita mudah melakukan ibadah kerana telah berlatih sejak awal dan satu lagi adalah kebiasaannya banyak ujian dan cabaran kepada manusia ketika malam2 terakhir ni. Nak buat kuih raya lah, shoppinglah, dsbnya.
Wallahualam.