Pernah lihat slogan atau ads seperti di atas...atau korang pernah dengar tentang kempen "Stop Child Abuse" ni...kalo korang belum pernah dengar cuba korang baca post ni sampai habis...
Berbagai-bagai corak atau jenis penderaan kanak-kanak yang kita pernah dengar tapi adakah kita mengambil kisah tentang hal itu...
Jenis atau Corak Penderaan Kanak-Kanak Yang Biasa Dibuat
1. Mencucuh tubuh badan kanak-kanak dengan puntung rokok.
-gambar hiasan-
2. Tindakan Fizikal Ganas Menggunakan Tangan Atau Kaki
Biasa yang dilakukan adalah menumbuk muka atau badan kanak-kanak serta menggunakan tangan dengan teknik melempang. Kadang-kadang terjahan ala "Bruce Lee" pun ada digunakan...hish 3x memang tak berperikemanusiaan betul.
-gambar hiasan-
3. Menggunakan alatan rumah untuk menyakitkan tubuh badan kanak-kanak
Sebagai contoh menggunakan seterika panas untuk melecurkan kulit kanak-kanak tersebut selain mengunakan alatan rumah yang lain seperti batang penyapu, batang mop, tali pinggang dan alatan-alatan lain.
-gambar hiasan-
5. Yang paling biasa didengar - Penderaan secara seksual
Jenis penderaan inilah yang paling tidak mahu kita dengar. Kadang-kadang yang buat ni bukan orang lain, tetapi saudara sedarah sedaging dengan kanak-kanak tersebut. Sebagai contoh bapa, abang, adik, bapa saudara, datuk dan sebagainya. Penderaan secara seksual yang biasa didengar adalah rogol, melakukan kelucahan melampau seperti meraba, meramas, menggomol, mencucuh kemaluan dengan putung rokok, mencucuk kemaluan dengan benda-benda lain seperti terung, timun dan barang-barang lain yang boleh mendatangkan kecederaan dan kesakitan kepada anggota-anggota badan dan alat sulit kanak-kanak tersebut.
-gambar hiasan-
Sebagai rakyat Malaysia yang bertamadun dan maju, marilah kita bersama-sama membanteras gejala penderaan kanak-kanak ini agar ia tidak berlaku di dalam masyarakat kita lagi. Adakah kita sanggup melihat anak-anak kecil didera sebegitu rupa. Kita sebagai manusia yang dewasa adalah pelindung kepada kanak-kanak, bukannya sebagai haiwan yang tidak mempunyai akal fikiran. Sedangkan haiwan sendiri kadang-kadang lebih sayangkan anak-anaknya, jadi mengapa tidak kita.
Oleh itu................................