Korang pernah dengar permainan Bocce tak? tak pernah....hehehe. tapi korang mesti pandai main guli kan...sebenarnya permainan lebih kurang macam main guli lah cumanya bola bocce ni besar sedikit daripada bola lontar peluru , kecil sedikit daripada bola baling...pernah main boling padang atau petanque? hehehe tak pernah tak pe,,,nnti korang boleh cuba lepas ni...
Bocce ni adalah adik beradik kepada boling padang dan petanque, cuma cara permainan ni berbeza dan bolanya juga berbeza. Ia berasal daripada Itali dan dimainkan di Eropah.
Di kenali sebagai bochas; bolas criollas di Venezuela, bocha (sukan) di Brazil), Slovenia (dikenali sebagai balinanje[6]), Croatia sebagai boćanje, Bosnia and Herzegovina, Serbia, and Montenegro.[7] di Selatan France dikenali sebagai Boule Lyonnaise dan di Mexico sebagai bochas.[8]
Bola Jack (Putih) dan Bocce (merah)
Bola Bocce ni biasanya diperbuat samada daripada besi atau pelbagai jenis Plastik, mengikut kepada kesesuaian tempat dan gelanggang. Biasanya dimainkan oleh dua orang atau dua pasukan yang dimainkan oleh 2 atau 4 orang setiap pasukan. Setiap orang diberikan peluang membaling 4 biji bola dan pembaling bola utama atau dikenali sebagai Jack atau Boccino atau Palino (disesetengah tempat) akan diberikan kepada pemain atau pasukan yang memenangi undian awal.
Balingan mestilah dibuat dalam kawasan gelanggang yang diperbuat daripada tanah biasa atau gelanggang asphalt (tar) dengan ukuran 27 meter panjang dan 2.5 hingga 4 meter lebar dan sekiranya pembaling pertama bola Jack gagal membuat balingan di dalam kawasan gelanggang sebanyak 2 kali maka pemain lain diberikan peluang membuat balingan bola Jack.
Peraturannya adalah selepas membaling bola Jack, pemain tersebut diberikan peluang membaling bola boccenya, dan seterusnya pemain yang lain akan membuat balingan. Balingan seterusnya ditentukan oleh kedudukan bola bocce yang paling hampir dengan bola Jack dan akhirnya mata dikira terhadap kedudukan bola-bola bocce pemain mana yang paling hampir dengan bola Jack. Biasanya permainan akan diteruskan selanjutnya sehingga salah seorang pemain atau pasukan mendapat 7 atau 13 mata terdahulu.
Latihan perlu dilakukan untuk melakukan balingan yang konsisten dan tepat sama seperti kita bermain guli! Selamat mencuba...
Permainan ini sering dimainkan oleh pelajar istimewa
ReplyDeletex pernah main lagi tp ada games dlm anpon, mmg best le permainan dia...
ReplyDeleteCara game sama dengan bola padang?
ReplyDeletehampir sama cumanya bola bocce boleh dibaling dan dibaling secara seretan...
ReplyDelete