Nuffnangs

Tuesday, November 2, 2010

"How you have the best of both worlds" - fr Lovely BB Torch 9800


Amacam cantik tak? Ni bukan setakat cantik jer bro, yg ni mmg canggih. Ni le Blackberry Torch 9800 (BB yg terbaru). Kalo korang nak tau atau mmg dah tau, Torch 9800 ni ada dwi fungsi, apa yang aku maksudkan adalah korang boleh guna keypad dia atau gunakan touch screennya je. Mana2 yang korang sukalah. Penat menekan, korang gosok jelah. Hehehe!


Secara formalnya, skrin sebesar 3.2 inci yang menjadi paparan Torch 9800 ni mmg sensitif dan sangat senang untuk digunakan. Korang nak tau tak berapa berat dia. Cuma 161.1 gm jer. Aik! berat ker...taklah. Dibandingkan dengan BB Bold, ia cuma mempunyai lebihan berat sebanyak 39.1 gm jer. 


Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Sape2 yang biasa guna slide phone, mmg suka dgn Torch ni. Tapi kalo korang mmg x pernah guna slide, korang mesti jatuh cintalah dengan phone ni. Bukan nak kata apa, kelancaran dan halusnya sliding yang direka ke atas phone, mmg tak dapat dinafikan. Kalo korang tak percaya gak, korang pergilah kat mana Celcom Centre, kat sana korang boleh test...kalo tak best bagitau aku.

Anyway, berikutan pelancaran Blackberry Torch 9800 ni pada 29hb Oktober 2010 lepas, kat pintu masuk Bukti Bintang, dekat Pavilion (depan la Bodega), Celcom telah membuat kejutan budaya yang amat memeranjatkan...malangnya aku sendiri tak berkesempatan untuk merebut peluang tu. Peluang apa? Jangan tak percaya, pada tarikh tu, Celcom dengan beraninya menawarkan promosi seperti di bawah :-

Dengan pelan Celcom Exec atau Celcom Biz

1. 10 pelanggan pertama yang sign up boleh beli BB torch 9800 ni dengan harga cuma RM8 jer.....wow!!!!! 

2. 100 pelanggan yang berikutnya pula boleh beli dengan harga cuma RM488 jer, dan

3. 100 pelanggan yang seterusnya boleh beli dengan harga RM888 saja. 

dan macam2 lagi bro...hadiah percuma yang Celcom bagi!!!

Mana nak dapat beb, kalo harga asal dia boleh capai berkali-kali ganda daripada harga ni....hehehe rugilah korang! Aku pun rugi gak. Takpelah.Celcom ada pelan yang amat menarik untuk korang semua, kalo korang semua teringin nak pakai BB Torch ni. Korang tengok kat bawah ni. Tak puas hati korang tengok sendiri kat link ni - Celcom Blackberry Torch 9800


Suka tak, mestile korang suka kan...sebab package ni akan bermula esok 3hb November 2010. Kali ni, korang jangan lepaskan peluang ni. Apa lagi jom le ke pusat Celcom yang terdekat....jumpa anda di sana....!!!!!!



No comments:

Post a Comment

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE