Tersergam indah ditengah kota suci
menggamit pengunjungmu tanpa jemu
saban tahun semakin berganda yang ingin menyentuhmu
melihatmu dengan penuh ketaksuban
Maha Suci Allah, dengan izinNya kau semakin kukuh di situ
Kiri kananmu semakin gah dengan pembangunan
kau kini dikelilingi oleh hutan batu yang moden
namun kau tetap utuh dan gagah menahan asakan itu
kerana kau lah nadi di situ untuk menunaikan rukun yang kelima
Maha suci Allah, dengan izinNya kau semakin kukuh disitu
Berjutaan pengunjung membanjiri kotamu
Tanah Haram yang mulia menanti setahun sekali
Ibadat dikerjakan dengan penuh keikhlasan dan ketenangan
arus kemodenan membawa pelbagai kemudahan dan pembaharuan
Maha suci Allah, dengan izinNya kau semakin kukuh disitu
Labaikallah Huma Labaik
Labaikallah Syarikala kalabaik....berkumandang dan tercetus dari setiap pengunjungmu
Ya Allah, berikan aku rezeki yang murah
agar aku dapat bersama-sama dengan lain mengunjungi Kaabahmu
Maha suci Allah, dengan izinNya kita akan bertemu nanti....
Nukilan : Talamkeladi.com
Apa ada pada nama...yg penting adalah keikhlasan hati, kejujuran jiwa dan ketulusan minda
Nuffnangs
Wednesday, November 17, 2010
Monolog Lambaian Kaabah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam aidiladha. nice one :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteterima kasih macy...kalo suka tekan "like"...heheheh
ReplyDelete