Nuffnangs

Thursday, October 11, 2012

Yang Ku Rindui

Talamkeladi : Yang Ku Rindui
 
Jauh aku melangkah
Meninggalkan semuanya buat seketika
Hati ini gundah gulana
Penuh dengan kerisauan dan keluh kesah
Bimbang akan apa yang ditinggalkan
Bimbang aku bimbang
 
Tadi aku terlupa
Ketika kita berseorangan
pasti ada yang meneman perjalanan
Sentiasa ada walau di mana
Sentiasa sedia walau apa situasinya
Dibelai dan dijaganya diri ini penuh mesra
Walau diri ini penuh noda dan dosa
 
Kini aku tidak lagi bimbang
Kerna aku sedar akan kehadiranNya
Dia akan sentiasa menjaga apa yang ku tinggalkan
Seperti aku juga
Apa yang aku tinggalkan tidak pernah Dia sisihkan
Akan dijagaNya sentiasa
Samada kita ingat atau alpa
 
Ku amat merindui apa yang aku tinggalkan
Namun demi mereka juga ini ku lakukan
tinggalkan bukan bermakna terus lupakan
tetapi tinggalkan kerana kasih dan sayang
kerana cinta ku kepada mereka
Cintaku kepada Dia

No comments:

Post a Comment

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE