Nuffnangs

Sunday, October 28, 2012

FACEBOOK DAN IMPLIKASINYA

Assalamualaikum
 
Semalam aku berpeluang ber"reunion" dgn sahabat lama aku dari Sek Tinggi Kluang batch 1987-1993. Walaupun hanya beberapa org yang hadir tapi kehadiran yang bbrp org inilah banyak mengimbau kenangan zaman sekolah.  Yg nakal dulunya sekarang ni dah jadi tokeh besar, ramai yg menyambung pendidikan ke tahap yg lbh tinggi. Dulunya nk dikatakan malas belajar tp sekrg ni dah pegang "master" dlm bidang masing2. Pergh...mmg mantop le korang. Aku juga yg berbelah bagi nk sambung apa sbb x de objektif sebenar apa tujuan nk sambung belajar tu. La ni aku tgh konsentrate  dgn kerjaya aku.
 
Bila sibuk2 ambik gambar, masing2 lps tu mulalah sibuk mengupload foto2 tu ke dalam wall masing2. Create site di dalam FB dan mulalah tag nama masing kat dlm tu. Jeles juga aku sbb aku dah lama meng"deactivate"kan akaun FB aku. Masing2 mulalah senyap seketika dgn FB. Sibuk komen dan mcm2 lagi. Itulah penangan FB yg aku rasakan amat hebat dan ganas sekali.
 
X pelah. Masing2 ada hak mrk. Kalo mrk senang dengan keadaan itu maka teruskanlah. Bagi aku xde masalah. Sbb masa aku tgh angau dgn FB dulu, mcm tu juga. Hahaha...tp sejak aku dh bercerai dengan FB ni, actually aku nk jatuhkan talak 3 terus kt FB ni tp nntilah dulu. Mana tau Allah mengizinkan aku kembali rujuk. Hehehe...ada hati lg tu, rasanya aku tiada masalah tidak berFB. Skrg ni dah masuk bulan ke 4 aku meninggalkan FB. Kalo dulu, setiap minit setiap saat mesti nk update kat wall. Tak kira apapun, makan cendol pun nk update. Yg bestnya kalo ada yg komen. Huhu...nak nak pula kalo komen tu mula berantai.
 
Anyway, kepada rakan2 semua. Yg manis tu pasti ada pahitnya. Kdg2 ada baiknya juga kita berenggang dengan FB ni. Ada baiknya ada buruknya. Korang fikirlah sendiri. Korang dah matang dan boleh decide mana yang buruk dan baik. Kalo korang rasa FB ni dah mula rosakkan korang, baik hentikan lah sebelum dia jadi barah grade ke 4. Hahaha....
 
Oklah guys...jap lagi aku nak layan Chelsea vs Man U. Aku sdg memikirkan kat mana aku nk tinggal dlm bln Nov ni. Rumah sewa x dpt lagi. Ya Allah. Kau permudahkan segala urusan dan perjalanan hidupku hari ini dan hari-hari seterusnya. Amin... 

No comments:

Post a Comment

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE